Sunday, August 10, 2014

Pas jangan pecah gara-gara Khalid

ISU KHALID                                                                                       

Apabila PKR telah menggunakan kuasa perlembagaan yang ada kepadanya untuk memecat Abdul Khalid Ibrahim daripada parti itu, Pas sudah tidak ada hak lagi untuk mempertahankan Khalid dalam konteks dia ada hubungan dengan Pakatan Rakyat. Khalid kini bukan lagi warga Pakatan Rakyat. Dia adalah ahli bebas yang tidak ada kaitan dengan mana-mana parti. Posisi Khalid dari segi politik dengan Pas samalah dengan kedudukan Inchek Ibrahim Ali di Pasir Mas.

Bagi orang yang berfikir secara logik dan menghormati perlembagaan dan undang-undang pertubuhan tidak akan memperdulikan lagi kepada Khalid. Hak dan tanggungjawab itu sudah tidak ada. Sebahagian pimpinan Pas sebelum ini mempertahankan Khalid. Majlis Syura Ulamak (MSU) Pas sampai membuat mesyuarat di Kota Bharu untuk mempertahankan Khalid.

Sebelum mesyuarat, Presiden Pas telah membelakangkan keputusan konsensus majlis presiden mengumumkan sokongan terbuka kepada Khalid. Ia diturut bantu oleh Mursyidul Am Nik Abdul Aziz juga mempertahankan Khalid.

Kini kerja-kerja Pas untuk mempertahankan Khalid sudah pun berakhir. Seperti dikatakan tadi dari sudut peraturan sebuah organisasi Khalid tidak ada kaitan apa-apa dengan Pas. Mungkin atas sifat manusia (kawan atau jiran) mungkin orang Pas boleh bersimpati kepadanya tetapi bukan dalam konteks politik.

Tanggungjawab dan fungsi berorganisasi ini patut difahami oleh semua orang. Jangan ada kekeliruan pula ada yang mengatakan pemecatan Khalid itu sebagai satu kezaliman. Kepada sesetengah penyokong Pas yang menyayangi Khalid  mungkin kerana termakan buah tangan perlu faham hakikat ini. Tidak apa-apa kezaliman atas pemecatan itu melainkan ia proses politik yang biasa sahaja.

Semasa Hassan Akidah (Hasan Ahli) dipecat oleh Pas satu masa dahulu, apakah ada mana-mana pihak daripada PKR atau DAP mempertikaikan tindakan Pas memecat Hasan Akidah itu. Walhal pemecatan Hasan Akidah itu dibantah oleh segelitir ahli Pas. Mereka menganggap pemecatan itu sebagai tidak adil dan zalim.

Tetapi tidak ada mana-mana pemimpin PKR mempertikaikan tindakan Pas itu. Kenapa? Sebabnya mereka memahami bahawa urusan memecat Hasan sebagai ahli Pas itu adalah sebagai hak mutlak Pas. Rakan Pas perlu menghormati keputusan Pas itu sebagai urusan rumah tangganya walaupun Hasan itu adalah rakan karib mereka. Kenapa pula bila PKR pecat Khalid ada orang Pas yang iseng mempertahankan Khalid? Dimanakah logik dan asasnya?

Mereka yang bersolat hajat di rumah Khalid kerana mempertahankan Khalid juga wajar menghentikan tindakan mereka. Tindakan mereka membela dan mempertahankan Khalid sudah tidak relevan lagi. Bahkan tindakan itu diketawakan kerana ia satu aksi politik yang dangkal.

Macam kedudukan Hasan Akidah sebagai Exco dahulu, ramai yang sayang dengan kedudukan itu dan mahukan Hasan kekal. Tetapi peraturan dan amalan dalam parti menyebabkan beliau terpaksa berundur sebagai Exco kerajaan apabila sudah tidak mewakili mana-mana parti politik. Dalam kes seumpama ini Hasan lebih bermaruah daripada Khalid, kalau Khalid tidak memunggah barang-barangannya di pejabat MB esok

Dan Pas sendiri terpaksa mengambil keputusan memedihkan itu apabila Hasan telah melanggar peraturan parti. Nah.. begitu jugalah tindakan PKR dalam kasus Khalid itu.

Lainlah kalau Khalid akan memohon menyertai Pas esok dengan menyerahkan borang keahlian kepada Presiden Pas. Maka orang-orang Pas termasuk mereka yang bersolat hajat boleh terus berkubu di rumah Khalid untuk solat hajat, bermunajat dan berzikir meminta proses pengekalkan Khalid sebagai MB atas tikit Pas dikekalkan. Apakah Khalid sudah masuk Pas. Abdul Hadi pun dilaporkan ada memberi jaminan kepada Khalid.

Masa tinggal beberapa jam lagi. Mungkin perbincangan mendalam sedang dilakukan ke mana Khalid hendak pergi selepas ini. Sertai Pas atau berjumpa Sultan minta dibubarkan DUN. Mungkin bagi mereka yang waras akan bertanya apakah Pas sedia menerima Khalid sebagai ahli partinya kemudian kekal sebagai MB?

Apakah tindakan Pas itu sebagai bukan pengkhinatan kepada PKR. Kalau Pas menerima Khalid sebagai anggota partinya, ini bermakna Pas telah menghunuskan pedang "perang Salib" kepada PKR dan juga Pakatan Rakyat. Saya tidak fikir PKR reda dan sedia menerima hakikat itu. Sebagai janda yang masih belum habis edah PKR tidak sanggup untuk melihat Khalid tidur bersama suami barunya, Pas.

Jika ini juga berlaku Khalid belum tentu selamat. Suka atau tidak, berjaya atau tidak Khalid akan berdepan dengan undi tidak percaya di DUN Selangor. Impilikasi dan risiko ini seharusnya dikaji dengan teliti oleh Pas. Jangan pula Pas menjadi lebai malang yang dikejar tidak dapat yang dicicir tidak kedapatan.

Sokongan moral yang diberikan Pas kepada Khalid sebelum ini sudah cukup untuk menyakit hati PKR dan mengilankan hati DAP. Pas harus bertindak bijaksana menjaga keutuhan persepakatan. Lainlah kalau Pas sudah membuat keputusan akan berpisah dengan PKR dan DAP dan meninggalkan Pakatan Rakyat kerana untuk bersama BN.

Kalau Pas mengambil keputusan meninggal Pakatan Rakyat dan kembali bersatu sekali lagi dengan Umno menerus BN, tindakan ini juga tidak boleh disalahkan Pas. Ia adalah keputusan Pas secara mutlak. PKR dan DAP tidak boleh memberi apa-apa nasihat atau pun ugutan kepada Pas. Atas politik itu sendiri bukan sesuatu yang "qadim" ia boleh berubah pada bila-bila masa sahaja. Boleh jadi juga selepas ini Pas berpecah dua menyebabkan akan wujud fraksi baru dalam Pas yang akan membentuk sebuah parti baru?

Kita sedang meneliti hal ini dari jam ke jam. Waktu ini semua individu penting dalam ketiga-tiga parti itu Pakatan Rakyat sibuk dan sedang rapat mencari solusi terbaik. [wm.kl.12:06 10/08/14]

3 comments:

ucin sasuke said...

Salam.

Kekeliruan dalam PAS semakin terserlah kerana perbalahan dengan golongan UG yang masih berterusan.

Unknown said...

Tuan,

esok hari isnin, sewajarnya ahli2 exco selangor mesti letak jawatan. rasaya DAP dgn PKR akan letak jawatan tanpa masalah. ini boleh berlaku sebelum MB mengaddap sultan utk bubar @ proces undi tak caya.

soal dia, camne exco dari PAS...?.. bile exco PKR dgn DAPdah letak jawatan, kedudukan MB dgn kerja harian akan sangkut. itu signal yg paling jelas utk khalid bahawa MB sudah berakhir dan ia tak boleh berterusan [apakah khalid akan lantik exco baru dari BN sbg penganti?]

soal PAS yg nak keluar dari PR - rasanya PKR dgn DAP takan keluar statement pribadi. itu hak PAS dan depa akan hormati... tapi jgn pulak PAS cari pasal utk "dikekuarkan" dari PR

kredebiliti PAS dan cara kerja PAS sedang dihalusi. Bila nak buat emergency meeting nie.. takan nak tunggu 17hb.. ini bukan soal gelojoh tapi dah jadi soal kelembaan dan adakah serious PAS ini dalam mencapai matlamat die?

4G said...

Bguih analysis anta ni mso..ana stuju. .yg jdi hghu sokong khalid ni ahli pas fikrah UG