Wednesday, January 21, 2015

Hentikan cerita karut mengenai Tokguru

KENYATAAN                                                                                                   

Berbagai varsi berita mengenai kesihatan Tokguru Nik Aziz Nik Mat, 84 yang kini berada di wad ICU Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian. Untuk pengetahuan saya baru balik dari Kota Bharu dan semalam sempat menziarahinya di wad 2 Delima.

Maulana Munzair (tengah) diruang menunggu wad ICU.
Semasa menanti di ruang menunggu sempat saya mendapat malumat mengenai perkembangan Tokguru daripada keluarganya termasuk adiknya, besan dan menantunya.

Keadaan semasa saya mengunjunginya agak membimbangkan kerana beliau berada dalam separuh sedar. Tangan dan kakinya tidak dapat digerakkan. Ketika itu tidak dibenarkan sesiapa melawatnya kecuali keluarga terdekat. Selain itu hanya dibenarkan meninjau dari balik langsir.


Isterinya Tuan Sabariah Tuan Ishak menenami dan bergilir-gilir dengan anak-anak perempuannya. Pelawat luar hanya dibenarkan meninjau dari celah langsir sahaja.
Ketika itu juga berduyun-duyun anak buah Tokguru datang menziarahinya.

Tetapi perkembangan hari ini baik dimana Tokguru sudah sedar dan boleh menggerakkan tangan dan kakinya. Beliau juga sudah berselera untuk minum tea "O".

Beliau juga respon kepada pengunjungnya dan dapat mengenali dengan baik. Antara pengunjungi ternamanya hari ini ialah Dr Mohd Asri Zainal Abidin, dan ulama dari Pakistan Maulana Muhammad Munzai Musa Nazli serta para pemimpin kerajaan dan parti. Presiden Pas Abdul Hadi Awang bersama Setiasauha Agung Pas Mustapa Ali melawat pada malam semalam.

Kelmarin dan tengahari tadi Naib Presiden Pas Husam Musa, mengunjungi Tokguru sekali lagi bersama ulama dari Pakistan itu dan sempat mencium tangan Tokguru.

Meskipun keadaan Tokguru ada perkembangan baik, doktor melarang agar beliau tidak menerima banyak tetamu untuk memberi kerihatan secukupnya. Hanya keluarga terdekat dan pimpinan parti dan kerajaan saja yang diberi peluang mendekatinya. Wad Tokguru juga dikawal rapi oleh pengawal sukarelawan khas.

Situasi gawat ini diharap orang ramai memahaminya demi untuk kesihatan Tokguru.

Dalam pada itu berbagai berita buruk mengenai Tokguru disebarkan dan ini sungguh menyedihkan sekali. Saya berharap orang ramai jangan mudah percaya kepada perkembangan terkini Tokguru yang disampaikan melalui media baru atau cakap-cakap kedai kopi.

Sebaiknya apa-apa perkembangan mengenai kesihatan dan keadaan Tokguru sila rujuk kepada maklumat daripada keluarganya, terutamanya Nik Mohamad Abduh. Abduh selalu memberi maklumat mengenai perkembangan ayahnya di facebook dan twiternya dari masa ke semasa.

Selebihnya maklumat sahih tentulah datang daripada pimpinan Pas dan kerajaan negeri Kelantan, terutamanya Menteri Besar Ahmad Yaakob.

Kerjasama daripada semua amat diperlukan untuk tidak menimbul sebarang masalah dan tidak menyusahkan keluarga Tokguru.

Dalam pada itu sama-sama kita mendoakan agar Tokguru dalam kesejahtraan dan diberikan kekuatan oleh Allah untuk terus berjihad bersama kita. Wassalam Mso. [wm.kl.9:53 pm 21/01/15]

No comments: