Saturday, February 13, 2016

Seperti disaran Husam dihadap ke Jawatankuasa Disiplin

TERKINI

Tiada tindakan drastik terhadap Husam Musa diambil oleh Pas hari ini apabila mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pas memutuskan bahawa bekas Naib Presiden Pas itu akan dirujuk kepada Jawatankuasa Disiplin parti dalam kadar segera.

Ertinya tidak ada apa-apa tindakan terhadap Husam seperti didesas desuskan termasuk sama ada dipecat daripada Pas atau digantung keahliannya.

Menurus laporan dipetik, Timbalan Presiden Pas Tuan Ibrahim Tuan Man memaklumkan mesyuarat yang dipengerusikan Abdul Hadi Awang memutuskan Husam dirujuk kepada jawatankuasa disiplin selepas meneliti laporan berhubung salah laku Husam ada kes.

Keputusan Pas terhadap Husam hari ini dikira matang dan tidak mengikut sentimen sesetengah mereka yang mahukan Husam dihumban daripada parti agama itu.

Adalah diharap Jawatankuasa Disiplin yang akan bersidang meneliti kes Husam membuat keputusan yang tepat, adil dan melihat serta meneliti semua sudut serta tidak hanya bergantung kepada satu laporan selepas pihak sahaja.

Laporan balas yang bakal diberikan Husam juga perlu diteliti sama dengan penuh keadilan tanpa prejudis.

Pihak yang bertentangan dengan Husam perlu dipanggil sama dan juga laporan-laporan serta tindakan salah laku pemimpin lain juga dicerapi sama dengan penuh saksama dan penuh keadilan.

Apapun syabas kepada Pas yang masih waras dalam membuat keputusan demi kemaslahat parti itu agar ia tetap dipandang parti yang beradab. [wm.kl.2:42 pm 13/02/16] * Tanpa edit.

No comments: