Saturday, October 13, 2018

Menanti keputusan Pirake Port Dickson

TERKIINI

Jam: 8:15 malam: Seperti mana dijangkakan Anwar Ibrahim memenangi Pirake Port Dickson. Keputusan tidak rasmi diperolehi menunjukkan Anwar meraih 30,000 undi kira-kira 71% berbanding dengan dua calon lain yang diduga akan menyanginya, Mohd Isa Samad mendapat 4,000 undi atau 9% dan calon Pas (lupa nama) mendapat 7,300 atau 17% undi. 

Peratus keluar mengundi sekitar 63% atau kira-kira 43,000 undi. 

Majoriti dikutip Anwar 23,500 satu majoriti cukup lumayan. Sekian. 

Selamat petang. Kita semua kini sedang menunggu keputusan Pirake Port Dickson. Kesemua 32 pusat mengundi sudah pun ditutup. Pengiraan undi setempat dijangka akan berlaku bila-bila masa dan peti-peti undi akan dibawa ke pusat penjumlahan undi dalam beberapa jam sahaja lagi.

SPR meramalkan keputusan akan dikeluarkan sekitar jam 9:30 hingga 10:00 malam.

Seperti mana dijangkakan peratus keluar mengundi rendah, tidak sampai 70% seperti mana disasarkan. Sejam sebelum pusat mengundi diumumkan, SPR memaklumkan peratus keluar mengundi 55% sahaja. Mungkin peratus itu akan bertambah satu atau dua peratus lagi menjadikan 58% atau paling tinggi 61% sahaja.

Berdasarkan peratus itu ini bermakna yang keluar mengundi kira-kira 38,500 pengundi sahaja.

Sekiranya ramalan awal tepat bahawa Anwar Ibrahim akan menguasai lebih separuh undi, bermakna beliau akan menang dalam Pirake berkenaan. Soal kini dan yang kita sama-sama tunggu, berapa ribukah majoriti yang diperolehinya. [wm.kl.6:09 pm 13/10/18]

No comments: