Saturday, October 27, 2018

Mereka cerdik politik terima baik penyertaan Mustapa ke dalam Bersatu

ULASAN

Mustapa menyerahkan borang penyertaannya ke dalam
Bersatu kepada Dr Mahathir.
BAGI mereka yang waras dan cerdik politik tentu langkah Mustapa Mohamed menyertai Bersatu malam tadi disambut dengan penuh kesyukuran. Penerimaan Mustapa oleh Bersatu itu pula sebagai hadiah parti pimpinan Dr Mahathir Mohamad itu untuk rakyat Kelantan amnya dan rakyat Jeli khasnya.

Penyertaan Mustapa itu sebagai penyambung wadah perjuangan dan perkhidmatan untuk rakyat Jeli berterusan khasnya dan rakyat Kelantan amnya.


Bagi rakyat Kelantan pula penyertaan Mustapa ke dalam Bersatu itu satu anugerah sangat bermakna. Sudah tentu mereka bukan sahaja mahu Mustapa menumpahkan pengalaman dan ilmu yang dimiliknya bagi membantu kerajaan Dr Mahathir, tetapi juga untuk Kelantan serentak. Banyak agenda pembangunan dan kebajikan yang beliau rancang untuk Kelantan masih belum terlaksana.

Makanya mereka yang cerdik politik memahami dengan tindakan bekas menteri MITI dan penyertaannya untuk memperkasakan kerajaan Pakatan Harapan dialu-alukan dan perlu menerimanya sebagai satu rahmat.

Sebaliknya mereka yang tidak faham politik dan menganggap politik sesuatu yang tepu, mungkin akan meluahkan kemarahan kepada Mustapa. Mereka akan menuduh ahli parlimen Jeli dan Adun Air Lanas itu sebagai pengkhianat? Para pemimpin Umno termasuk dari Kelantan mezahirkan rasa kesal dan kecewa dengan tindakan Mustapa itu.

Sebenarnya persepsi sebegitu perkara lazim kepada mana-mana tindakan ahli politik yang dilihat bertentangan dan tidak bersama dengan induk, parti lamanya. Walhal tindakan mengubah hala tuju perjuangan dan menukar wadah dengan harapan meneruskan perjuangan perkara yang dihalalkan. Politik bukan sesuatu yang rigid seperti dihukumkan agama.

Sebab itu di kalangan anggota parti Pas sendiri ada yang mengubah sikap dan pendirian politik. Misalnya dahulu orang Pas sangat alergik dengan Umno tetapi hari ini mereka dilihat bersama dan bermaufakat pula dengan Pas. Inilah membuktikan politik sebagai sesuatu yang dinamik bukannya pegangan yang statik.

Tanpa kita ketahui sebab musabab kenapa Mustapa meninggalkan Umno yang disertainya 40 tahun lalu mungkin terkilan dan marah dengan keputusan itu. Kita mudah mengatakan beliau sebagai belut atau pun jahat. Tetapi mereka yang tahu akan menganggap langkah itu tepat dan menerima penghijarahan dan penukaran wadah oleh Mustapa itu sebagai tepat.

Pun begitu tidak ada keperluan bagi Mustapa hendak menjelaskan secara terpeinci kenapa beliau meninggalkan Umno ini termasuk juga kalau ada persefahaman beliau dengan pemimpin tertinggi Bersatu seperti Muhyiddin Yassin dan lain-lain. Ia sedikit kompleks. Bagi mereka yang makrifat dengan politik cukup untuk memahaminya dengan menerima kenyataanya, bahawa tindakan itu diambil setelah difikir semasak-masaknya.

Mustapa tidak mudah untuk meninggalkan parti yang disertai sejak 40 tahun lalu jika tidak ada sesuatu byang bergelodak dalam dirinya. Umno adalah darah dagingnya. Dia sedar Umno mewadahkan perjuangannya. Tetapi apabila ada sesuatu yang menyebabkan beliau keyakinan kepada parti itu tidak pantas untuk beliau terus kekal di situ. Politik dan perjuangannya perlu hidup. Komitmen beliau kepada rakyat Jeli dan negeri Kelantan dan Malaysia amnya sangat besar dan ia perlu diteruskan. Kondisi inilah menyebabkan beliau diterpa dilema.

Sebagai pejuang dan ahli politik sudah tentu beliau juga ada tanggungjawab dan perasaan untuk tidak meninggalkan sesuatu yang dilakukan ditengah jalan. Apabila beliau ada peluang maka beliau akan meneruskan tanpa mempedulikan kepada tohmahan. Ertinya Mustapa bertindak bukan untuk kepentingan diri tetapi demi rakyat banyak.

Mungkin beliau sudah berfikir panjang untuk memilih keputusan yang penuh kontroversi itu. Dalam pertemuan dengan saya, antara lain dijelaskan, apa sangat mengejutkan beliau sehingga beliau mengambil sikap itu ialah apabila terasa tertipu dengan Najib Razak khasnya mengenal skandal 1MDB. "Saya diberikan maklumat tidak benar, banyak yang diselindungkan, dan ini menjadikan saya kesal dan kecewa," tegasnya.

Manakala apa diharapkan dengan penyertaan beliau ke dalam Bersatu semalam katanya adalah untuk mengukuhkan kedudukan kewangan dan ekonomi negara. Dengan pengalaman sebagai anggota kabinet lebih 20 tahun dan sebagai menteri MITI lebih lima tahun, Mustapa mempunyai aset untuk membantu negara.

“Saya menyokong langkah sedang diambil untuk mengukuhkan kedudukan kewangan negara yang disifatkan sebagai amat penting bagi meletakkan asas kukuh dalam memastikan ekonomi negara dibangunkan secara lestari.

“Insya Allah, saya berharap dapat turut sama membantu usaha Bersatu selaku parti komponen kerajaan dalam melaksanakan agenda pemerkasaan Bumiputera, di samping menjayakan pelan pembangunan ekonomi yang lebih inklusif untuk manfaat rakyat dan reformasi institusi untuk mewujudkan masa hadapan yang lebih cerah bagi Malaysia,”. 


Demikian intipati kenyataannya malam tadi. Kenyataan itu dibuat berdasarkan pengalaman dan ilmu yang beliau miliki. Mustapa dilantik menjadi menteri MITI apabila Naib jadi PM dan memegang sehingga berakhir parlimen penggal ke 13. Sebelu itu beliau memegang beberapa portfolio, Kewangan, Pertanian, Pembangunan Usahawan dan, Pengajian Tinggi. Tidak dapat disangkalkan kedudukan beliau dalam kerajaan sebelum ini penting, malahan beliaulah menjadi penggerak atau nadi utama membawa pelaburan luar negara (FDI) untuk Malaysia di era Najib.

Kebolehana, hubungan dan budaya kerja tidak tahu penat lelah dan masa, yang beliau miliki itulah akan digunakan untuk membantu kerajaan yang ada hari ini. Apakah posisinya nanti untuk merealisasikan itu kelak ianya akan ditentukan oleh Dr Mahathir. Apakah beliau akan dibawa masuk kembali ke dalam kabient atau ada posisi lain, kita semua kena tunggu. 

Penukaran wadah perjuangan Mustapa itu juga tidak jadi masalah kepada rakyat Jeli yang diwakilinya. Mungkina ada yang terkejut, tetapi selebihnya ramai menyerahkan kebijaksanaan itu kepadanya. Rakyat Jeli sudah cukup mengenali bagaimana Mustapa menangani mereka di situ. Sejarah dan kehebatan Mustapa menukarkan Jeli dari sebuah daerah tempat "jin bertendang" kepada muncul sebagai bandar baharu sereba ada, membanggakan rakyat Jeli dan Kelantan.

Kerana itulah rakyat Jeli "memerut" dengan beliau. Mustapa tidak pernah kalah dalam enam kali pilihan raya di Jeli kecuali pada tahun 1995.

Kepada Mustapa diucapkan selamat meneruskan perjuangan dan tidak terlalu respon kepada penghijarahan beliau itu meskipun ada tanggapan buruk terhadapnya, kononnya ingin jawatan. Tidak timbul beliau mengilai jawatan kerana bagi orang sudah tahu track rekod perkhidmatan yang dilakukan selama ini. [wm.kl.8:06 pm 27/10/18]


No comments: