Showing posts with label Bersih 2. Show all posts
Showing posts with label Bersih 2. Show all posts

Sunday, July 10, 2011

Ulasan Kedua Bersih

Gelombang Tsunami Sudah Berkocak

[Ulasan yang terlewat diposkan] PAGI ini ruang udara Kuala Lumpur sudah kembali aman. Tidak ada deruan halekopter seperti hari semalam, berdaung dan berdegung di segenap ruang angkasa Kuala Lumpur. Jalan raya juga di buka sepenuhnya. Perniaga juga sudah membuka semula gedung-gedung peniagaan mereka. Begitu dengan peniaga kecil Melayu turut membuka semula gerai niaga mereka di celah-celah bangunan tinggi atau tercorot di belakang plaza.

Semalam semua gedung tutup, gerai juga tutup. Gambaran media massa penjilat buntut kerajaan peniaga sendiri yang mengambil keputusan itu kononya bimbang dengan himpunan Bersih yang menganggu kedai mereka. Walhal apa yang diketahui arahan tutup itu dibuat oleh polis. Apakah arahan itu untuk langkah keselamatan atau sengaja untuk menimbulkan kemarahan pekadai? Jadi kalau peniaga rasa rugi dengan peristiwa semalam kerana tindakan tutup kedai tuntutlah insuren kerugiannya dengan polis.

Mana-mana pekedai yang berani membuka kedai mereka semalam untung besar. Sebuah kedai runcit di Jalan Pudu kehabisan stok makanan ringan dan juga air mineral. Bayangkan berapa banyak untungnya kedai berkenaan kerana kegeligaan tuan punyanya.

Begitu juga dengan sebuah restoran Cina berhampiran Mybank juga kehabisan stok. Roti canai, magie dan minuman tin juga habis. Gula, milo, coklet dan gula-gula dan segala macam jenis minuman habis licin. Tisu juga habis keran dibeli untuk tutup muka dan sapu peluh yang membepali dari leher hingga ke labu betis. Manusia berdyun masuk ke kedai untuk menghilangkan penat selepas lari dari serangan polis.

Jadi dakwaan mengatakan himpunan Bersih merugikan pekedai tidak betul. Yang rugi ialah mereka yang percaya kepada provokasi polis dan UBN. Yang percaya kepada momokan Khalid Bakar. Kalau mereka memahami tuntutan dan tujuan himpuann mereka akan tidak akan merasa gentar. Tidak ada apa-apa kejadian buruk yang berlaku semalam.

Tidak ada laporan mengatakan kedai dipecah. Atau pun harta awam dirosakkan. Usahkan kereta dibakar, ting sampah pun tidak ditendang. Semuanya baik dan teratur. Hakikat ini kena diakui oleh DBKL dan polis. Himpunan Bersih dengar kepada perintah dan peraturan. Mereka orang yang rasional. Macam mana rasional dan profesionalnya Ambiga begitulah mereka.

Sesudah selesai himpunan ada sekumpulan perempuan Cina membawa beg plastik berwarna sambil melaungkan sambil melaungkan masukan sampah ke sini. Kumpulan ini berjalan sambil membawa plastik dan mengambil apa-apa sampah yang ada. Inilah contoh dan gambaran yang ada dan dapat dilihat sendiri. Samje?

Apa yang didedahkan oleh media penjilat butut adalah satu pengkhinatan. Satu perogolan ke atas etika press sendiri. Mereka mahu memberi gambaran himpunan itu jahat, menyusah dan menganggu orang ramai. Sebab itu ada penulis atau wartawan cabuk melebelkan para himpunan itu sebagai perusuh. Siapa yang merusuh? Orang ini tidak dapat hendak bezanya diantara perusuh, perompak dan penutut hak diri sendiri.

Begitu juga kerajaan sengaja melebelkan sebagai himpunan haram? Apa haramnya. Untuk menuntut hak rakyat yang dijamin oleh demorkasi dan perlembagaan haram. Kalau benar-benar haram kenapa semalam tentera dan polis tidak bom dan bunuh semua himpunan? Bukankan sesuatu yang haram itu sangat buruk konotasinya. Bom sahaja biar ratusan ribu mati dan saya jamin selepas ini Najib dan Rosmah dapat bersela makan dengan tenang dan Najib boleh minta Agong istyharkan parlimen dibubarkan.

Kenapa tidak bom?

Sebenarnya kerajaan UBN menafikan hak asasi rakyat. Mereka tidak pandai dan memahami pelembagaaan yang mereka baca. Mereka juga tidak faham dan menghormati apa yang cuba diajarkan oleh Yang di-Pertuan Agong. Apabila Tuanku Mizan sedia berjumpa dengan rombongan Bersih itu bermakna tindak bersih menuntut lapan perkara itu sebagai sah atau perkara yang boleh dipertimbangkan dan bukannya ditolak mentah-mentah.

Kenapa UBN termasuk Pengerusi SPR Abdul Aziz Yusuf dan Timbalan Ketua Polis Negara, Khalid Bakar begitu biul untuk memahami perkara ini. Pada saya himpunan semalam tidak akan berlaku dan UBN tidak akan merasa resah dicemuhi rakyat kalau Aziz bijak melayani tuntutan Bersih. Tetapi kerana takut kepada bayang-bayang sendiri maka terjadilah apa yang telah berlaku.

Begitu juga kalau polis dapat memahami dan bijak menguruskan kesanggupan yang Najib berikan, membenarkan himpunan diadakan di stadium, ia tidak akan jadi seperti semalam. Himpunan akan berlaku aman dan tidak menganggu orang awam. Rakyat kita yang kita kasihi tidak akan luka, pecah kepala dan ada yang meninggal dunia kerana sesak nafas disebabkan bom asap polis? Jadi sekarang siapa hendak bertanggungjawab.

Ingat sebagai orang Islam saya percaya kepada ketua polis negara Ismail Omar dia orang Islam. Besok dia akan ditanya diakhirat atas kematian orang bernama Baharudin Ali. Baharudin mati kerana mempertahkan haknya disuruh oleh Allah. Apabila dia mati dalam peperangan mempertahankan hak yang dia yakin dia syahid.

Pasukan Islam yang menyebabkan Baharudin mati akan disoal atas status dia sebagai orang Islam yang mempercayai ada hari pembalasan. Lainlah kalau Ismail dan pasukannya tidak yakin kepada hari pembalasan dan dunia akan hancur.

Sebenarnya kerana kurang bijaksana polilah terjadi pembunuhan dan boleh menyebabkan berlaku kematian ramai-ramai. Sekiranya polis melapangkan dada sedikit dan tidak cuba menjadi pak sanggup atau kaki bodek untuk kepentingan diri kerana kedudukan dan kenaikan pangkat, mereka sedia buka stadium merdeka. Tetapi sayang tidak begitu pengkat dan kedudukan serta kuasa yang boleh diguna untuk menyamun menjadikan mereka terlupa kepada sumpah dan ikrar.

Kalau stadium Merdeka dibenarkan dijadikan tempat himpunan keadaan akan aman dan tidak perlu semua jalan ditutup dan membuat provokasi menakutkan rakyat. Al hasilnya tindakan polis yang dibuat dengan tanpa memikir kesan kepada UBN terjadi sebaliknya. Niat polis hendak mengukuhkan bos-bos mereka terjadi tragedi itu.

Apa yang boleh disimpul dan disifatkan himpunan semalam berjaya mencapai sasarannya. Ia telah memberi impak dan menghitamkan bayangan ketakutan kepada UBN menghadapi pilihan raya ke-13 kelak. Kalau himpunan Bersih 2007 lalu yang semangat, komitmen dan sokongan tidak seperti hari semalam pun UBN kehilangan majoriti, maka ada harapan dan peluang dalam pilihan raya akan datang UBN akan tumbang terus.

Kesimpulan lain dari tragedi semalam mereka yang keluar itu terdiri dari anak-anak muda yang sudah tahu bertindak membela hak mereka sebagai warganegara. Generasi Y yang mahir dalam maklumat dan tidak mudah ditipu sudah memanfaatkan kecanggihan IT. Dalam perkiraan saya lebih 80 peratus adalah anak-anak muda di bawah 40 tahun.

Perkara lain yang nampak jelas ialah kaum Cina yang begitu ramai hampir menyamai orang Melayu. Perkembangan ini menunjukkan semua kawasan bandar dan di mana sahaja kawasan campuran 30:30:30 akan dimemangi oleh Pakatan Rakyat. Kawasan majoriti Cina lebih 60 peratus usah bercerita lagi.

Apabila puak Patriot keluar tidak sampai 500 orang ini menunjukkan bahawa orang Melayu yang suka memakai lilit merah, hunus pedang atau mencabar dan memaki hamun orang hanya akan menang atas kertas sahaja. Jelas bila diajak turun ke lapangan dan medan juang mereka takut.

Sepatutnya semalam Pemuda Umno harus bergabung dengan Perkasa(m) tunjuk kekuatan mereka. Panggil ahli silat yang kononya ada ratusan ribu tunjuk belang dan kekuatan mereka. Jangan cakap depan kamera dan tv saja. Tetapi bila mereka tidak keluar atas alasan kerana menghormati polis ia menjelaskan bahawa pengakuan dan sumpah itu hanya tong kosong sahaja.

Sesungguhnya kejayaan himpunan Bersih semalam memberi impak yang besar. Ia menjadi bayangan yang menganggu tidur Najib dan para kabinetnya. Pengakuan kononnya himpunan itu gagal ianya boleh diibaat Najib sebagai memasukkan bom jangka ke dalam poket seluarnya sendiri.

Hari ini ekoran kejadian semalam mungkin sudah ada menteri yang mengemaskan fail atau menghapuskan apa-apa dokumen yang boleh disabitkan di bawah rasuah dan penyalahguaan kuasa. Mereka bimbang takut sesudah tidak jadi menteri dan parti kalah nanti mereka akan ditangkap dan didakwa atas pelbagai rasuah.

Hari ini polis akan membuat postmortem, jabatan dan kementerian terbabit juga akan membuat bedah siasat terhadap himpunan semalam. Sekali lagi adalah malang kalau posmortem dibuat itu hanya untuk menyedapkan hati tetapi tidak berdasarkan hakikat sebenarnya. Postmertem demikian tidak lebih dari usaha untuk mempercepatkan Najib menutup dapur politiknya.

Dan sekiranya UBN tidak dapat mempertahankan kuasa dalam pilihan raya akan datang sebabnya ialah kerana tuntutan Bersih. Bersih menjadi arus dan gelombang untuk mengalunkan sebuah ombak besar dinamakan Tsunami kedua. Manakala orang yang kena bertanggungjawab ialah SPR serta polis. Sebab itu saya kata, atas kejayaan Bersih semalam pihak yang perlu diucapkan terima kasih ialah kepada polis dan SPR. Kerana tanpa mereka sedar atas tindak dan keputusan mereka buat ia telah mencalarkan arang hitam yang panjang ke muka kerajaan.

Sesungguhnya arus yang beralun semalam tidak akan berhenti di situ saja. Ia akan bergerak dan bergelombang... akan melabungkan bueh dan membedal pantai. Ia akan menjadi kuat dan deras pabila sesudah parlimen dibubarkan. Arus tsunami akan dapat disaksikan sekiranya Najib tergamak untuk membubarkan Parlimen dalam tempoh terdekat ini! [wm.kl.9:20 am 10/07/11]

Saturday, July 9, 2011

Sesudah Subuh

Suasana KL Selepas Subuh

Keadaan KL masih tenang, beum ada sorak sorai dan juga ketukan cota. Belum kedengaran siren kecemasan. Locing menggera Fru supaya brrtindak membantai dan memukul para demostran belum lagi kedengaran.

Jalan utama, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Raja Laut juga mash tenang. Masih ada kereta yang bergerak. Teksi dan LRT juga masih berfungsi.

Tetapi yang jelas motorsikal yang yang tersandar di tepi tepi jakan dan juga di kaki lima kedai. Mungkin peserta menyusup masuk seawal Subuh. Banyak individu berkembar mundar mandir di kuar hotel, mungkin mereka pegawa polis atau SB yang dihantar untuk membuat tinjauan.

Orang ramai yang menginap di hotel dipercayai peserta himpunan sudah turun ke kafe untuk mengambil sarapan. Rata mereka ada perserta himpunan. Saat ini beberapa buah halekoter berlegar di udara membuat pemantauan. Sesekaj mendekati di tempat pengunapan ini dan sesekali menjauhai.

Jam 9:00 pagi perserta akan muka bergerak. Yang menginap di sektar Chow Kit akan bergerak menuju ke Masjid Kampung Baru. Khabarnya masjid kamoung Baru dikunci. Mereka yang menginap di sekita Jalan Tuanku Abdul Rahman akan bergerak ke arah pusat membeli belah Sogo.

Yang menginap di Jaan Raja Kaut dan berlabuh di pejabat Pas pula akan bergerak ke masjid Negara atau akan bergabung dengan ketumbokkan di Sogo. Himpun akan bergerkak serentak ke masjid negara. Selepas menunaikan solat zohor perarakan akan menghala ke stadium merdeka.

Baru sekjeap tadi sebuab kereta poljs dengan siren ang menyinga melintar di jalan Raja Laut. Apakah ada sesuatu yang dikejarkan ataupun salah satu aksi polis untuk menakutkan orang ramai. Bersambung kalau ada kesempatan. (kl 9:11 am 09/07/11)

Friday, July 8, 2011

Sesudah Subuh

Apakah Malam Ini Ada Penangkapan?

Kurang 24 jam himpunan Bersih akan bermula. Esok ibu kota Kuala Lumpur yang disayangi akan ceria dipenuhi rakyat yang dahagakan keadilan yang mengenakan tenda warna kuning. Para perserta Bersih akan ramai-ramai keluar ke jalan raya. Mereka akan keluar dari celah-celah dan lorong yang ditidak diketahui.

Mereka keluar satu satu macam kelatu keluar dari lubang pesembunyiannya sebaik hujan berhenti. Mereka akan berjalan dan terbang sambil menyanyikan lagu rakyat yang seni katanya memabakar semangat membela negara dan diri sendiri.

Malam semalam mereka sudah membuat latihan, cara berlari, cara mengelak pukulan dan juga cara-cara untuk melaung menuntut agar SPR melunasi kehendak mereka.

Ada juga yang belajar melaung dan mencari kata-kata keramat untuk dikumandangkan esok. Najib.. pembohong, Najib pengecut... PM tidak ada telor... Najib tunduk kepada Hishamuddin ... dan seribu kata-kata menghina dan mengejek lagi akan bergema, bergabung meriuhkan suasana ibu kota. Esok Kuala Lumpur menyambut pesta kegilaan rakyat.

Selain itu ada juga yang akan melaung SPR menjadi pak sanggup kepada Umno... SPR adalah komponen BN ke 14... Aziz Yusuf papet dan macam-macam lagi.

Dicelah-celah gema laungan itu akan kedenaran seruan Hidup..hidup.. hidup rakyat.. Hidup... hidup... hidup Ambiga...Mampus mampus Brahim Ali... dan macam-macam lagi. Simpang siur riuh randah akan berlaku esok semuanya akan bergulung dalam semburan gas pemedih mata dan ketukan cota di kepala rakyat tidak berdosa. Sekalian polis akan jadi singa dan harimau lapar besok!

Malam tadi juga polis membuat perhitungan dan semakan terakhir. Polis telah membuat mahabsah apakah tindakan sebelum ini memberi kesan. Larangan dan perintah-perintah yang dikeluarkan dikaji apakah diakur rakyat atau menjadi bahan ejekkan.

Malam tadi juga Timbalan Ketua Polis Negara sudah tidak tidur. Hanya terlelap menjelang Subuh semula kemudian bangun.. terus ke pejabat tanpa menyentuh sarapan. Beliaulah di antara orang paling walang selepas Perdana Menteri. Kerana apa-apa yang berlaku esok menjadi tanggungjawabnya.

Kalau ia memberi kemenangan kepadanya, baik... tetapi esok kalau ada setitik darah rakyat yang luka Abu Bakar Khalid kena bertanggungjawab. Didoakan semuga usahkan darah, kulit rakyat pun tidak akan mengelupas biarlah pesta kuingan esok berjalan lancar dan mulus.

Semua pegawai tertinggi Polis bertemu sekali lagi di meja bulat pagi ini dan terus membuat rumusan rumusan apa yang akan berlaku esok. Mereka terus merancang bagaimana hendak mengatasi dan menyelesaikan himpunan Bersih dengan baik. Polis Malaysia benar-benar teruji tatkala ini.

Pro dan kontra juga mungkin berlaku di kalangan pegawai tinggi polis. Ada yang merasakan tindakan Khalid Abu Bakar silap dan ada yang menyokong. Ada mengatakan cara-cara Khalid tidak ubah tindakan penguasa di zaman sebelum Merdeka sewaktu British. Tetapi ada pula mengatakan penjajah pun tidak sekejam itu tindakan yang diambil hari ini.

Kita mahu tanya kalau itu sikap dan suasana dalam polis mereka sedang bekerja untuk siapa? Apakah benar mereka ingin menjaga keselamatan atau pun semata-mata ingin menjadi kekuasaan parti politik dan Perdana Menteri? Jawabannya ada dalam dada ketua polis negara dan timbalannya?

Tidak ada sesiapa yang bagi tahu maklumat dan membaca apa yang di sebalik kepala polis yang disaluti topi yang tertera perkataan Allah dan Muhammad. Tetapi firasat saya penuh yakin penangkapan akan bermula malam ini.

Apakah penangkapan akan menyelesaikan segala masalah? Sekali lagi ditegaskan tidak... penangkapan menjadi rakyat lebih berani dan bersemangat. Jadi esok kalau polis dan negara mencatat sejarah terbesar dengan membuat penangkapan lebih 5,000 jangan rasa anih atau terkejut. Negara kita sedang berkira ke arah.

Cuma apa yang disedihkan kalau polis mencipta sandiwara mereka-reka bukti untuk menganiayakan rakyat itu adalah paling didukacitakan. Harap polis mempraktikan slogannya, Tepat dan Betul. [wm.kl.9:15 am 08/07/11]

Saturday, June 25, 2011

Ulasan Isu

Gagalkan Bersih
Mungkin Agong Titah Batalkan Disaat Akhir


SEHINGGA catatan ini dibuat sebanyak 1,099 laporan polis dibuat oleh berbagai pihak supaya himpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) yang dijangka akan diadakan pada 9 Julai depan dibatalkan. Laporan itu datang dari berbagai pihak. Ia juga datang dari dua puak yang cuba membuat kacau atau provokasi himpunan berkenaan iaitu Perkasa(m) dan Pemuda Umno.

Bukankah anih, mereka yang juga berura-ura untuk mengadakan himpunan dengan maksud mereka sendiri, tetapi mereka juga - atau budak-budak mereka juga membuat laporan? Ini jelas bahawa tujuan mereka berhimpun itu sebahagian dari usaha mengagalkan himpunan Bersih. Mengagal tidak menjadi kesalahan tetapi kalau menimbulkan kekacauan sesuatu yang tidak patut dan wajar disumpah laknat.

Saya yakin tekanan dan larangan ke atas himpunan itu akan berterusan dan akan kemuncak pada minggu depan. Seminggu menjelang himpunan akan kita saksikan sesuatu yang akan berlaku. Semua pihak kini sudah masuk tahap gajah laut yang masuk bulan-bulan mengawan. Nafsu sekarah sudah memuncak di kepala. Kata orang tua-tua mani sudah di ubun-ubun.

Masing-masing telah melurut misai dan membuat muka cenging untuk menampakan wajah bengking dan digeruni. Kepala juga dililit dengan kain merah kononnya sebagai sign mati, walhal mereka tidak ubah umpama anak 'kuba' culas saja yang baru pandai tunjuk shawat?

Tidak dapat kawal lagi. Keadaan ini saya lihat sengaja diwujudkan untuk mengagalkan himpunan berkenaan. Nampak sekali himpunan Bersih 2.0 ini menakut dan membimbangkan pihak parti kerajaan. Membimbangkan individu-individu yang ingin bertengek di punggung kerajaan. Ia tidak seperti himpunan Bersih pertama lalu. Walaupun ada larangan, tetapi tekanan tidak sehebat apa yang dihadapi Bersih 0.2 ini.

Hari ini pihak berkuasa sudah mulai bertindak. Macam-macam laporan bertujuan menakutkan orang ramai dilakukan. Bendera Bersih yang dinaikkan dicabut waktu malam. Baju-baju Bersih yang dijual kepada umum dirampas. Bersih kini menjadi najis buat mereka. Konotasi kepada himpunan berkenaan pula diwar-warkan sebagai haram, dan mereka yang menggerakkan himpunan itu sebagai pengacau. Pembaca berita tb menenakan sebutan pada perkataan haram dan pengacau.

Apakah dengan tekanan yang semakin kuat ia melemahkan mereka yang menggerak himpunan berkenaan? Tidak! Malah mereka menjadi semakin bersemangat. Mereka menjadi semakin berani dan ghairah. Ini dapat dilihat luapan anak-anak muda yang ingin turun ke lapangan untuk sama-sama berhimpunan. Tampaknya semangat Dataran Tahrir di Kaherah Mesir sudah mula mengalun ke dalam diri. Ia sudah mula bergelora. Lihatlah dalam Facebook hampir 90 peratus pelayar Fb telah mengenakan badge berwarna kuning.

Kenapa kerajaan UBN takut kepada himpunan kali ini. Jawabnya senang saja sebab himpunan kali ini akan berlipat ganda dari segi penyertaan berbanding himpunan tahun 2007 lalu. Kalau himpunan 2007 dulu dianggarkan 100,000 orang pelbagai bangsa dan lapisan usia berarak memenuhi jalan-jalan raya dan lorong menuju ke Istana Negara, kali ini jumlah akan meningkat hingga 300,000. Sudah cukup.

Semalam sewaktu minum dengan seorang bekas menteri dari Sabah, beliau ada memberi pandangan berhubung dengan himpunan Bersih 0.2 itu. Tanpa saya mempromo beliau, bekas menteri itu berkata himpunan Bersih kali ini membahayakan Umno. Umno perlu menyekatnya habis-habisan.

Saya bertanya kenapa. Dia menjawan; "kalau himpunan Bersih kali ini lebih besar dari himpunan 2007 dulu ini bermakna kerajaan BN akan tumbang. Dalam tahun 2007 dulu dengan adanya Bersih.. BN kehilangan majoriti dua pertiga di parlimen, kali ini pasti akan tumbang," katanya dengan bersemangat. Nampak dia juga sudah tidak yakin dengan partinya sendiri. Kenapa?

Saya tidak mahu mengulas pandangan bekas menteri berkenaan. Itu adalah menurut pandangannya. Beliau lihat dari perspektifnya. Namun beliau yakin kalau Bersih berjaya BN akan terguling dan rebah bercatak (jatuh macam katak). Kerana itu katanya BN akan menggunakan apa saja untuk menghalang himpunan berkenaan.

Iya, saya melihat demikian. Makanya kini BN sedang berusaha untuk menghalangnya. Sebab kalau Bersih berjaya ini bererti riwayat BN akan berakhir. Berakhirnya BN bermakna Umno juga turut akan lemah dan kemungkinan Umno akan hilang dari atas tanah air ini. Ke mana atau macam mana orang-orang kaya, para bangsawan yang selama ini hidup goyang kaki atau hidup kerana memakan komisyen apabila kerajaan yang menjadi tempat mereka membuncitkan perut sudah tidak ada lagi. Sesekali teringin juga kita mencatat akan kegusaran ataupun ledakan kemarahan mereka bila mana kerajaan akan datang tidak berlaku adil kepada mereka?

Usaha mengahalang nampaknya semakin kuat dan meluas. Baik pihak Perkasa(m) atau pemuda Umno yang ketuanya tidak dihormati tidak tidur malam. Mereka terus memerah otak bagaimana hendak mengacau himpunan berkenaan. Mereka membuat provokasi dengan harapan Bersih jangan sampai diadakan.

Bagi Khairy kalau gara-gara provokasinya Bersih gagal diadakan ia satu kejayaan dan jasa besar kepada Najib. Tapi saya hendak katakan kepada Khairy buatlah jasa sebesar bukit Khah... Najib tidak akan membalasnya dengan memberi jawatan menteri kepadanya. Percayalah... kalau tidak percaya tanya Zahid Hamidi macam mana beliau disundalkan untuk tidak memegang apa-apa jawatan oleh Mahathir Mohamad semasa beliau jadi ketua pemuda.

Usaha mana-mana pihak di luar kerajaan tidak akan berguna. Ugutan dan ancaman Perkasa(m) tidak siapa pedulikan lagi. Nampak semuanya sedia bermandi darah dengan Perkasa (m) atau ketuanya, Ibrahim Ali. Kata-kata ingtan dan ancaman Ibrahim yang bersifat rasis dan perkauman itu tidak sedikit pun menggetarkan sesiapa. Sesiapa pun tidak hairankan kepada Ibrahim Ali. Secebis penghormatan pun tidak ada lagi kepadanya. Usahkan pendokong Bersih, semut hitam yang kecil juga tidak hairan dengan Ibrahim.

Jadi berdasar kepada andaian tadi maka usah menggagalkan Bersih akan diteruskan. Pada saya ada dua saja kemungkinan akan diambil oleh pihak UBN untuk gagalkan Bersih setelah gerombolan Perkasa(m) dan Pemuda Umno yang hendak dihantar menjadi benteng tidak berjaya; pertama mungkin penangkapan ke atas beberapa penggerak Bersih akan dilakukan.

Menjelang sehari untuk berhimpun polis akan mengutip seorang demi seorang, lokapkan mereka. Dengan cara ini ia boleh melumpuhkan himpunan berkenaan. Kedua, ialah dengan menasihat Yang Dipertua Agong supaya mengeluarkan titah membatalkan himpunan berkenaan. Seperti mana yang dilakukan di Pulau Pinang bagi mengagalkan pemilihan jawatankuasa masjid ala-ala pilihan raya, ia akan dilakukan terhadap Bersih. Akan dicarikan mana-mana ruang kuasa yang ada kepada Agong untuk menjustifikasikan larangan itu.

Ada orang berpendapat Agong tidak ada kuasa untuk berbuat demikian. Tetapi berpandukan kepada beberapa peristiwa lampau kerajaan UBN tidak akan mempedulikan sama ada apa yang dibuat itu menurut perlembagaan atau sebaliknya, kalau keadaan menekannya apa saja dilakukan. Bukankah UBN dikenal dengan kerajaan zalim dan kejam dan perogol perlembagaan dan hak rakyat sejak dulu kini dan selamanya?

Iya UBN akan melakukan apa saja. Semua kekuatan pasukan pertahanan akan digunakan. Dari Rela, polis, FRU hatta tentera juga akan digunakan kali ini. Dan UBN kena pertahankan ini kerana impilikasi dari himpunan Bersih kali ini adalah besar. Sekiranya himpunan ini gagal mencapai sasaran tetapi dari segi maksud dan semangat ia sudah pun berjaya. Kerana apa yang saya lihat dari himpunan Bersih itu bukan sangat mengharapkan kerajaan melunasi lapan tuntutan tetapi ia hanya mahu mencipta ombak untuk mengelorakan orang ramai menjelang pilihan raya ke-13 kelak. Itulah tujuan dan itulah matlamat. [wm.kl.9:00 am 26/06/11]