Showing posts with label Catatan - Pas. Show all posts
Showing posts with label Catatan - Pas. Show all posts

Thursday, October 29, 2009

Susupan Malam

Menjelas Keraguan Sdr Abu

SDAR MSO, Saya merasa amat kekok untuk memberikan pandangan berbeza dengan sdra memandangkan sdra seorang penganalisa politik bertaraf 'negara'. Namun, apabila sdra menggambarkan yang Mesyuarat Khas PAS menyerlahkan 'keberkatan' kedua tokoh ulama PAS, saya curiga sedikit samada sdra ikhlas di dalam memberikan reaksi sedemikian, terutama apabila membaca 'ramalan-ramalan' sdra sebelum Mesyuarat Khas tersebut.

Saya menjangkakan sdra akan membuat kesimpulan bahawa Nik Aziz seorang yang PONGOH dan MUDAH MENERIMA FITNAH, persis Sultan Mansor Shah Melaka yang menghukum Hang Tuah TANPA USUL PERIKSA, dan Sultan Mahmud Shah yang telah menghukum bunuh keluarga Tun Fatimah.

Sebaliknya sdra telah MEMUJI Nik Aziz dan Hj Hadi, kerana telah bersalam mesra dan tidak BERGOCOH dalam Mesyuarat tersebut. Persoalan saya, apakah AIR MUKA Hj Hadi, Nasharuddin Isa, Mustafa Ali dan Hassan Ali begitu rendah di mata Nik Aziz, sehingga sanggup menyebut nama mereka melalui blognya.

Apakah Nik Aziz ingin MEMBUDAYAKAN fitnah dan tuduhan melulu di dalam PAS. Sewajarnya Nik Aziz MEMOHON MAAF kepada Hj Hadi, Nasharuddin, Mustafa Ali dan Hassan Ali, kerana MENGAIBKAN mereka. Lagipun, apakah salah Hassan Ali di Selangor? Bukankah Hassan Ali BERJIHAD menentang budaya minum arak oleh muda-mudi Selangor, dan BERJIHAD menentang kemungkaran lain seperti KHALWAT.

Apakah kerja-keja 'Amar maaruf nahi mungkar' sudah BERTENTANGAN dengan dasar perjuangan PAS.... sejak PAS mula BERKHALWAT dengan DAP?

DEMIKIANLAH komen daripada penjenguk yang menamakan sebagai Abu yang masuk ke dalam kotak mail komenter blog saya baru sekejap tadi. Kenapa saya memberi rawatan special kepada komen ini? Kerana bagi saya ia adalah satu persoalan menarik dan merupakan gambaran keresahan, kecelaruan dan kelemahan biasa yang ada kepada penjenguk blog saya dalam memahami apa itu politik dan bentuk penulis (blog) politik yang saya kendalikan. Sekaligus juga komen atau keresahan berkenaan menunjukkan bukan mudah untuk penjenguk mengenali saya.

Nampkanya tagline yang saya pakai "Hanya Kita Memahami Diri Kita" bukan mudah untuk difahami dan karektor saya agak mengelirukan. Di sini juga menyebabkan saya menerima nasib dengan pelbagai tuduhan yang sedia saya menerimanya.

Mereka yang pernah mendengar rukun atau politik yang saya sebutkan sebagai "4C" akan mudah memahami saya dan penulisan saya. Tidak Abu, saya juga kalau berada dalam keadaan sepertinya akan terkejut dengan apa yang berlaku. Kenapa tidak, saya telah memberi beberapa kesimpulan yang semuanya bersifat negatif berhubung mesyuarat khas itu tapi tiba-tiba setelah selesai saya memuji kedua tok guru itu, Nik Aziz dan Abdul Hadi.

Memberi atau membuat kesimpulan satu hal lain dan menerima keputusan mesyuarat satu hal lain. Di sinilah sebenarnya saya berdiri. Saya akan memberi gambaran mengikut kepala saya yang tidak diikatkan dengan mana-mana kepentingan. Soal saya berpihak itu terserah kepada persepsi seseorang itu.

Kata Abu dia menanti saya menghukum kedua tokoh itu khasnya Nik Aziz setelah membaca kesimpulan apa yang bakal berlaku dalam mesyuarat khas malam tadi?

Kita tahu dan saya sentiasa insaf walaupun apa orang kata, bahawa tujuan saya menulis dan mengkritik adalah dengan niat yang baik. Saya percaya semua orang yang mengulas, menganalisa dan juga membuat provokasi kepada Pas menjelang mesyuarat khas itu dengan niat yang baik. Tidak ada orang yang berniat jahat untuk melihat Pas berpecah, atau mesyuarat itu akan berakhir dengan sesuatu yang tragis kecuali musuh sejati.

Jadi bila mesyuarat bekenaan berlangsung dengan baik, (tanpa berakhir dengan tragis) kenapa kita tidak mahu memberi pujian ke atas penyelesaian yang dicapainya. Tanpa mengira apa bentuk penyelesaian itu kita pemerhati yang pro kena menerimanya walaupun kemahuan kita tisak terpenuhi semuanya. Dalam konteks ini kalau kita mengharapkan ia memberi keputusan memuaskan kepada semua pihak ia tidak akan tercapai. Hanya Tuhan yang memiliki sifat kesempurnaan!

Tidak timbul juga soal di sini Nik Aziz telah melakukan fitnah atau pun mengaibkan Abdul Hadi Awang, Nasaruddin Mat Isa, Mustafa Ali atau Hasan Ali dan mengamalkan budaya memfitnah dan mengaibkan orang lain. Pada saya kesediaan Nik Aziz hadir ke dalam mesyuarat itu adalah kejujuran dan keberaniannya. Dengan itu mungin mereka berempat yang perit untuk menerimanya sebelum ini bersedia menerima dan melupai kata-kata berbiasa Nik Aziz itu. Kalau mereka sedia memaafi Nik Aziz kenapa tidak dengan kita?

Hakikat dan keterbukaan sikap orang Pas inilah yang perlu difahami oleh orang di luar sana. Pas bila-bila pun menganggap mereka sebagai dalam sebuah rumah tangga dan hidup secara anak beranak yang tidak dapat lari dengan perbalahan dan perselisihan. Itu semua adalah asam garam buat mereka.

Di sinilah kelebihan ahli Pas dan betapa tingginya penghormatan mereka kepada pemimpinnya. Mereka akan sedia melupai segala persengketaan, rasa terkilan dan tersinggung atas tujuan dan maksudnya yang satu untuk kebaikan Pas. Sebab itu saya sudah bilang kalau Nik Aziz panggil mereka berempat agar lepas jawatan mereka akan akur demi kesetiaan dan penghormatan mereka demi Pas.

Soal Hassan Ali atau sesiapa saja berjiahd untuk Islam tidak timbul dan perlu diungkitkan. Merka yang menjadi ahli Pas dan bernaung dibawah Pas semuanya mempunyai niat berkenaan waima mereka dari kumpulan atau puak mana sekali pun. Tidak ada orang (kecuali musuh) yang bernaung dibawah Pas untuk memecah Pas dan menentang hukum Allah. Kalau mereka membenci Pas mereka tidak tergamak berada dalam Pas. Adapun kenapa kita mengkritik ialah untuk memperbetulkan yang kita lihat salah dan bukan mahu membuang mereka.

Jadi jangan sdr Abu atau sesiapa saja merasa hairan dan terkejut kalau saya tidak menghentam ataupun menghukum sesiapa berlandaskan kesimpulan dan spkulasi yang saya buat terhadap mesyuarat berkenaan. Hari ini saya boleh hentam esok saya boleh memuji setinggi gunung sesiapa saja yang saya suka.

Bagi saya mesyuarat khas malam tadi telah menyelesaikan sebahagian masalah. Ingatlah masalah senantiasa akan ada kalau kita selalu membuka pintunya untuknya. Makanya dalam pandangan saya, apa yang berlaku dalam mesyuarat berkenaan ianya tiadak perlu kepada ulasan dan kupasan yang penuh berastrek berlandaskan buakan emosi. Segala ketetapan yang empat yang telah dibuat itu hendak diakur sejujur-jujurnya. [wm.kl. 7:45 pm 29/10/09]