Showing posts with label Dewan Pemuda Pas. Show all posts
Showing posts with label Dewan Pemuda Pas. Show all posts

Thursday, October 3, 2013

Dewan Pemuds Pas ada strateginya tersendiri

ULASAN                                                                                               

Semalam telah berlangsung satu forum yang diberi tajuk Survival Pas Dalam Arena Politik Malaysia yang diadakan di dewan perhimpunan China Selangor di Kuala Lumpur. Forum itu menampilkan ahli panel terdiri dari dua naib presiden Pas, Husam Musa, Salahudin Ayub dan bekas ahli parlimen Kuala Selangor dan Adun Batu Buruk, Terengganu Syed Azman Syed Ahmad Nawai.
Nasarudin Hassan
Suasana forum berkenaan tidak begitu kondusif, ruangnya terlalu sempit boleh memuatkan kira-kira 120 orang tetapi yang hadir sekitar 180 orang. Kalau ia dimanipulasikan sebagai forum puak moden ia akan diketawakan kerana kehadirannya rendah.

Saya hanya jenguk seketika kemudian turun minum di gerai mamak sambil berbual-bual dengan pengarang edisi Bahasa Melayu Malaysiakini, sdr Fathi Aris Omar. Banyak yang kami bualkan termasuk perihal muktamar Pas dan juga perhimpunan agung Umno.

Apa butiran yang diforumkan saya tidak tahu cuma mengetahui setelah melihat laporan protal berita pagi ini. Yang dapat saya rumuskan, forum berkenaan banyak mengkritik gerak kerja dewan pemuda Pas yang dilihat tidak bergerak seiringi dengan pemuda PKR dan DAP. Bila dewan pemuda dikiritik maka dapatlah saya hidu hala tuju forum berkenaan.

Wednesday, October 2, 2013

Nasarudin Hasan akan ditentang oleh exconya?

SUSUPAN TENGAH MALAM                                        

Kedudukan Ketua Dewan Pemuda Pas Nasarudin Hassan (foto) dikatakan akan dicabar oleh salah seorang Exco Pas. Perkembangan terbaru ini menafikan desas desus sebelum ini menyebut seorang peguam muda dikatakan akan mencabar kedudukan ahli parlimen Termeloh itu.

Peguam berkenaan pernah mengeluarkan kenyataan akan mencabar Nasarudin di dalam beberapa media baru.

Pengumuman mengenai hal itu katakan akan dilakukan malam besok dalam satu majlis yang akan berlangsung di Kuala Lumpur.