Showing posts with label Pemilihan Keadilan. Show all posts
Showing posts with label Pemilihan Keadilan. Show all posts

Wednesday, May 21, 2025

Penggulungan kempen Hiruk oleh Rafizi

SESUDAH SUBUH
Rumusan ringkas penggulungan Rafizi.

BETA sempat mengikuti penggulungan kempen jelajah Hiruk oleh Rafizi Ramli malam tadi, dari awal hingga akhir. Penggulungan itu merupakan kempen terakhir setelah menjelajahi ke seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak dalam siri pemilihan Keadilan 2025 - 2028. Penggulungan itu panjang lebar, menarik, menyakinkan dan penuh dramatik.

Beberapa perkara yang boleh dirumuskan sepanjang penggulungan itu kemudian baik dipetik untuk dinilai fikirkan bersama dengan penuh "ketasamuhan".

Penggulungan itu juga mejelaskan pendirian persnoliti dan saksiyah politik Rafizi sebagai orang berprinsip serta mempunyai falsafah siasahnya tersendiri.

Beliau kekal dengan sikap outspoking berkata benar dan jujur serta berani bertanggungjawab mengikut dhamirnya. Beliau tidak sedia berkompromi dengan sesiapa jua demi prinsip.

Menjelaskan mengenai bentuk kempen yang dilihat agresif dan emosional, beliau mengakui ia disusun dan diatur demikian rupa kerana ingin mencipta gelombang. Hanya dengan adanya gelombang sahaja menjadikan orang memerhati kepada kita (dia) dan juga parti. 

Gelombang itu bukan sahaja untuk pemilihan tetapi terguna pakai untuk pilihan raya ke-16 nanti. Katanya dia ingin mengajar dan mendidik generasi parti bagaimana hendak menguruskan kempen pilihan raya nanti, sebab tidak ramai dalam Keadilan orang mampu berbuat sepertinya.

Sejak kempen Hiruk dijalankan dua minggu lalu menurutnya pemerhatian dan tumpuan orang kepada Keadilan luar biasa. 10,000 hingga 30,000 yang melihat live stream setiap kali ada acara kempen. Perkembangan ini baik buat parti. Menurut Rafizi cetusan gelombang itulah diharap akan terus berkembang sehingga ke pilihan raya mendatang. 

Tentang emosi dengan simple beliau menjawab, untuk menarik orang mesti menggunakan emosi kerana pengundi itu menggundi guna emosi dan bukan guna akal fikiran. Mereka mengundi berdasarkan fakta dan bukti bukan cakap cakap atau retorik.

Pertandingan.

Mengenai pertandingan yang sedang berlaku kini Rafizi menganggap ia bukan di antara beliau dengan kawannya Nurul Izzah, tetapi pertembungan antara refomis para pejuang yang ikhlas dengan golongan oportunis yang baru menyertai parti untuk mengambil ghanimah kemenangan. Mereka ini adalah penangguk di air keruh yang perlu berhati-hati dan menolaknya. 

Buang yang keruh ambil yang jernih.
Mereka adalah perosak dan penjahanam perpaduan Keadilan. Inilah hakikat pertembungan dalam pemilihan kali ini. Nurul Izzah katanya hanya dijadikan alat atau ditunggangan untuk kepentingan golongan itu. Sebahagian yang berada dalam golongan itu dakwanya adalah bekas penyokong Azmin Ali, kartel.

Beliau tidak menyebut secara jelas siapa yang dianggap sebagai kartel itu. Justeru beliau simpati kepada Nurul Izzah. Dua kali beliau meluahkan rasa simpati itu.

Dalam penggulungan itu Rafizi sekali mempamerkan sikap dan pendiriannya yang suka berterus terang dengan mengulangi, kalau dia tidak disenangi, cakap sahaja beliau boleh berundur. Beliau bukan seorang gilakan kuasa dan jawatan. Beliau tidak senang dengan perbuatan di depan cakap lain, belakang cakap lain.

CAKAPPPP… katanya penuh emosi geram sambil mengetap bibir. Aksi itu menunjukkan betapa marah, kecewa dan geramnya terhadap apa yang berlaku.

Menurut Rafizi lagi beliau tidak kesal kalau ketidak-adilan dilakukan ke atas dirinya, dia boleh terima sebagai orang yang sering dianiaya. Tetapi apa dikesalkan ia dilakukan ke atas ahli dan penyokong yang tidak berdosa. “Jangan tipu dan permainkan mereka, kesianlah” ujarnya.

Dalam menunjukkan kempennya berisi, penuh fakta dan disertakan bukti, beliau menempelak pihak sebelah sana (Damai) yang gagal menjawab dan menangkis beberapa fakta dikemukannya, misalnya pemanipulasian sistem pemilihan peringkat cabang, tidak beradab berkaitan perasmian jentera pilihan raya Sabah. Kejadian ada kepala badan tiada, ada badan kepala hilang, terus diungkit sebagai kelemahan pihak JPP yang sangat dikesali dan suatu bentuk ketidak-adilan berlaku.

Sikap itu menunjukkan apa yang dinyatakan itu benar, misalnya berkaitan dengan pemanipulasian sistem pemilihan menyebabkan ramai orang orang pronya kalah dalam pertandingan di cabang.

Keadaan itu dilihat oleh Rafizi sebagai satu strategi dan taktik disusun khusus untuk membuangnya. Kerana itu dalam pertandingan itu beliau sudah merasakan beliau akan kalah. Lantaran itu sekiranya beliau menang juga nanti menyebabkan dia boleh terkejut dan sakit jantung.

Dalam keadaan tertentu Rafizi terus bermain dengan reverse psikologi dalam penggulungan, misalnya di hujung penggulungan jelasnya berdasarkan kedudukan dicabang cabang walaupun orangnya banyak dicantas, tetapi masih ramai yang tinggal, menang berada dalam jawatanakuasa. Mereka mewakili 45 peratus undi, kerana itu harapan untuk menang tetap ada. 

“Sebab itu saya kata kalau saya menang nanti ia mengejutkan, saya boleh sakit jantung,” selorohnya. 

Apapun Rafizi menyerahkan kepada perwakilan menentukannya sambil menegaskan apa yang berlaku nanti adalah ketentuan Allah SWT yang perlu diterima dengan reda.

Berdasar pengakuan dan melihat kepada pendirian Rafizi seorang yang berpegang kemas kepada prinsip, ada jati diri, menyanyangi parti yang dibina bersama, saya tidak nampak beliau akan menghuru harakan parti sekiranya kalah 25 Mei kelak.

Mungkin beliau tidak akan menerima tawaran untuk berada dalam kabinet atas lumrah orang kalah tidak wajar untuk dilantik sebagai menteri. Sekiranya ini benar berlaku kepada Rafizi, Keadilan akan mengalami kerugian besar meskipun tidak akan goyah tanpa pahlawan seperti Rafizi.

Kepada Keadilan amnya dan presiden Anwar Ibrahim khususnya diharap memberi perhatian kepada beberapa bilah bilah ucapan Rafizi yang sangat autantik dan berguna untuk kebaikan parti dan seterusnya memastikan Anwar akan jadi PM untuk sepenggal nanti. 

Dua perkara menjadi kata kunci penggulungan itu ialah agar parti memansuhkan kuasa perlepasan diberikan kepada presiden untuk membenar "orang luar" bertanding, dan ahli yang hendak bertanding pastikan sudah menjadi ahli sekurang kurangnya lima tahun. Horas. [wm.kl. 6:57 am 21/05/2025]

Wednesday, May 14, 2025

Baik buruk pemilihan berpasukan

 PANDANGAN

Proses pemilihan MPP Keadilan sudah memasuki hari keempat sudah hampir separuh tempoh kempen berjalan menjelang hari mengundi 25 Mei. Selepas lebih 73 jam kempen berjalan sedikit sebanyak ahli sudah dapat buat penilaian dan perbandingan serta mengenali pasti calon mana yang hendak dipilih. Orang ramai yang mengikuti kempen dari dekat juga sudah dapat merasakan kumpulan mana yang ke hadapan.


Pemilihan kali ini sama bentuk dengan pemilihan sebelum ini berjalan secara berpasukan. Ada dua kem yang sedang berebut untuk menguasai MPP waktu ini. Kem Damai dan Hiruk.


Pasukan atau team itu ada ketua masing masing, yang dijadikan ketua ialah calon timbalan presiden Rafizi Ramli dan Nurul Izzah. Kerana ia terbentuk dua puak maka pemilihan atau pertandingan kali ini panas dan meriah yang secara tidak langsung turut dirasai oleh orang ramai.  Ia mendapat perhatian kerana selepas ini Keadilan akan dipimpin oleh satu satu kem ini yang boleh menyebabkan berlaku perpecahan.


Bukan itu sahaja calon atau orang yang akan dipilih kelak dilihat akan mewarisi kepimpinan dalam parti dan berpelung untuk menjadi perdana menteri akan datang.


Keadaan seperti ini sudah wujud sebelum ini sejak pemilihan pertama 1999 - 2001 di Kemaman Terengganu. Ketika itu perebutan berlaku untuk memilih timbalan presiden diantara kumpulan bernuansakan Islam dengan sekular. Kumpulan Islam diwakilkan oleh orang haraki Abim dan Ikram manakala yang secular pula adalah yang datang berbagai kumpulan yang mendukung perjuangan reformasi. Begitu juga dalam pertandingan selepas itu, wujud dua kem apa bila timbalan presiden Syed  Husin Ali berundur membuka pertandingan di antara Khalid Ibrahim dan Azmjn Ali.


Pembentukan kem itu kemudian berterusan selepas itu, yang mana hanya bertukar ketua sahaja, dari Khalid kepada Rafizi yang menengang Azmin. Nurul Izzah ketika itu bersama Rafizi. Kekosongan ditinggalkan Azmin setelah pengkhianatan, Langkah Sheraton berlaku perebutan diantara Saufuddin dengan Rafizi. Dalam pertandingan ini juga wujud dua kem tetapi tidak sehabat kem diera Khalid - Azmin.


Jadi tradisi berpuak atau kem ini berterusan sampai kini.  


Ada baik buruknya pembentukan kem dalam proses pemilihan ini. Kem yang menang nanti dapat bekerja secara satu pasukan yang mantap dan sejiwa. Berbeza dengan kalau pertandingan bersendirian. Manakala keburukannya pula, pertandingan secara berpasukan ini apabila orang berkemampuan dan berbakat tidak terpilih disebabkan tidak sepasukan.


Sebagai sebuah parti ia memerlukan kombinasi tokoh atau personal yang bijak dan komited dengan perjuangan. Apabila diadakan secara berpasukan orang yang kurang mampu juga ikut terpilih sama. Sebenar bertanding secara berpasukan ini menguntungkan mereka yang kurang mampu kerana dapat tumpang tuah. Tetapi ia merugikan parti kerana menafikan yang kompiten.  


Untuk memanfaatkan semua orang yang mampu, elok dilakukan pertandingan secara bersendirian atau berasingan kerana cara ini lebih adil dan ideal dapat menjaring semua mereka yang benar benar berwibawa berada dalam saf kepimpinan. Parti akan mendapat lebih ramai pemimpin yang benar benar berkualiti. Kalau perkara ini boleh dielakkan dimasa depan eloklah, mungkin parti boleh buat peraturan ketat. Pertandingan bebas pasukan juga lebih menyatupadukan parti.


Bahaya pertandingan berpasukan ini apabila berlaku perpecahan dan mewujudkan golongan cult dalam parti. Ia akan membentuk mereka yang akan setia gila kepada ketua, sehinggakan mereka akan mengikut dan patuh tunduk kepada ketua mereka itu walaupun tindakan dan keputusannya bertentangan dengan semangat parti. Jika ketua buat salah mereka ikut sokong atas alasan sepasukan. 


Sejarah telah membuktikan macam mana bahaya sikap berpasukan ini. Apabila Azmin Ali meninggalkan parti, 2020 untuk bersama Mahiaddin Yassin bagi menumbangkan kerajaan PH maka semua ahli parlimen seramai 10 orang yang berada dalam kumpulannya semasa kempen merebut jawatan dahulu bersamanya. Natijahnya parti hilang majoriti, kerajaan tumbang.


Jadi pertandingan secara berpasukan ini bahaya dan bukan sesuatu yang baik untuk parti. Sepatutnya parti lebih concern mengenai perkara ini. Bagaimana pun sekiranya ahli arif dan bijak menggunakan hak mereka dengan baik membuat penialaian, mereka tetap dapat menghimpun orang orang yang baik untuk dijadikan atau diharapkan sebagai pemimpin. [wm.kl. 9: 54 am 13/05/2025]

Monday, May 12, 2025

Mengapa dan kenapa Rafizi dicabar?

ULASAN

PARTI Keadilan sekali lagi akan melalui proses pemilihan MPP pada hujung bulan ini bagi tempoh tiga tahun akan datang 2025 - 2028. Kecuali jawatan Presiden dan ketua Angkatan Muda, tiada pertandingan, untuk jawatan-jawatan Naib Presiden, Ketua Wanita dan timbalannya, timbalan Pemuda berlaku pertandingan. Jawatan ketua Pemuda dimenangi Muhammad Kamil Munim tanpa bertanding. 

Pertandingan menjadi tumpuan ialah di antara Nurul Izzah, 44 dengan Rafizi Ramli, 47 yang akan mempertahankan jawatan dimenangi
tahun 2022 lalu. Nurul muncul sebagai pencabar tunggal Rafizi. Sebelum ini Saifuddin Nasution Ismail yang mulanya diura-rakan akan mencabar Rafizi sekali lagi, mengundur diri secara terhormat, Izzah menjadi galang gantinya. 

Kehadiran Izzah mengejut Rafizi dan juga orang luar kerana mereka sebelum ini berada dalam satu pasukan Ayuh Malaysia. Keadaan ini menyebab para pemerhati juga melihat seperti ada yang tidak beres dalam parti berlambangkan mata itu. 

Kerana ramai tidak mengetahui Izzah sudah lama berenggang dengan kem Rafizi, menyebabkan orang bingung dengan langkah Izzah itu. Masing-masing mencari sebab musabab dan tidak mudah pula untuk percaya kalau diceritakan sebabnya. Bahkan ada yang menuduh kita sengaja merekayasakan cerita. Dan banyak yang meletakkan kesalahan itu kepada Izzah. 


Sebenarnya perlawanan dalam politik tidak pelek. “Sumpah dan janji orang politik tidak boleh dipercayai, tetapi jangan rasa mustahil dengan tindakan mereka.” Itu madah saya.

 

Musuh boleh berbaik, kawan boleh bergaduh dalam politik. Hari ini berkawan esok bermusuh dan sebaliknya, itu perkara biasa. Perhatikan gelagat wakil rakyat kerajaan dan pembangkang dalam parlimen mereka bertengkar macam hendak kiamat tetapi selepas itu boleh bertepuk tapak dan minum bersama. Dan janji dalam politik pula bukan untuk disetiai sebaliknya untuk dimungkiri. 


Saya membentangkan teori 4C berupa formula dalam politik untuk difahami erti permainan atau game dalam politik. Formula itu ialah, 1. Publisiti, 2. Kontroversi, 3. Eksploitasi dan 4. Hipokrasi.

 

Orang politik perlu pandai mempublisitikan diri, mencipta kontroversi serta mengeksploitasikan keadaan serta isu, dan bersifat hipokrasi. Daripada formula itu satu sifat sahaja yang saya tidak sedia untuk melakukannya, yakitu hipokrasi. 


Empat sifat ini perlu ada kepada orang politik jika mereka ingin berjaya dalam politik. Jika tidak sedia mengamalkan sifat atau aksi berkenan, anda tidak akan cemerlang dalam politik western Machiavellians ini - matlamat menghalalkan cara dan akan kecewa di belakang. Sebab itu mereka yang jujur, ikhlas dan lurus akan kecewa dan menjadi mangsa politik. 

 

Perlawanan Izah - Rafizi.


Berbalik kepada perlawanan Rafizi dengan Izzah itu ia tidak pelik berdasarkan teori atau formula tadi. Saya yakin Rafizi juga tidak terkejut dan sudah menduga apa yang bakal berlaku itu. Izzah sendiri walaupun beliau menghormati Rafizi, tetapi rukun politik menjadikan beliau tidak boleh lepaskan dirinya dari putaran dan jerat itu. 


Mereka yang masak dan makrifat dengan sepak terajang politik tidak sedikit pun merasa aneh dan hairan kalau Izzah tiba-tiba menukar arah dari bertanding naib presiden kepada timbalan presiden. Peristiwa seperti itu sering berlaku.

 

Yang penting apa perlu dimengerti disini ialah kenapa Izzah mencabar Rafizi? Apakah ia atas kehendak Izzah atau siapa? Rahsia dan motif itu perlu difahami. Jika kita mengetahui hakikat dan seni serba mungkin (art of possibilities) itu maka kita menerima kejadian itu, cabaran Izzah pun perkara lumrah dalam poltiik. 


Dalam kes ini tindakan Izzah itu bukan berlaku secara netcure melainkan kerana ia sudah dirancang dan ada agenda tertentu. Melawan Rafizi ini baik diwaktu Saifuddin maupun kini Izzah adalah suatu agenda. Cabaran terhadap Rafizi bukan suatu permainan terpaksa. Apabila Saifuddin mencabar Rafizi ia boleh lagi dianggap cabaran biasa, tetapi tidak dengan Izzah ini. Mungkin kerana inilah ramai yang kesal dan kecewa dengan tindakan Izzah terutamanya mereka yang melihat Rafizi tokoh yang perlu diidolakan. 


Sebenarnya kita tidak perlu berfikir panjang, secara logik saja dapat difahami cabaran Izzah itu adalah untuk menyingkir Rafizi daripada korido kekuasaan parti. Ia dibuat tentu ada hambatan besar yang tidak diketahui bersifat jauhari mengenali maknim. 


Disini tidak perlu saya menghuraikan sebab musababnya kerana ia agak kronik dan bersifat personal. Namun bagi mereka yang memahami arah angin bertiup pasti akan tahu ke mana pula arah ribut dan hujan turun. Mereka yang fasih dengan ilmu alam, apabila berjumpa mata air akan tahu ke mana ia mengalir. Justeru cabaran Izzah terhadap Rafizi itu dapat ditebak.


Ertinya cabaran Izzah itu bukan sahaja-sahaja dan main-main. Ia adalah perkara penting kerana kalau tidak masakan beliau sedia mengambil risiko kerana tindakan itu boleh menjejaskan reputasi politiknya dan hubungan dengan Rafizi. Lebih menakutkan kesannya juga bukan kecil ia boleh mengheret kepada perbalahan diantara kedua penyokong. Kebimbangan itu kini sudah mula nampak selepas 48 jam proses pendafftar calon dan kempen berjalan. Lihat apa yang berlaku dan terjadi dalam platform medos.


Izzah dan Rafizi mungkin faham "sekema" politik tetapi tidak dengan penyokong dibawah apa lagi yang taksub. 


Kesimpulan bagi saya perlawanaan Izzah dengan Rafizi ini adalah simbolik daripada sesuatu perkara atau masalah yang berlaku dalam Keadilan sukar untuk didedahkan. Ia menyentuh soal diri dan maruah, tetapi tidak dapat diperkatakan secara terus terang, siapa yang memahami politik sahaja mengetahuinya dan merasakan ia tidak pelik. Para penyokong kedua-dua pihak khasnya Rafizi hendaklah faham dengan skema ini.  


Apa yang mampu kita berharap semoga perlawanan ini tidak akan membawa mudarab sehingga boleh merosakan sebuah perjuangan yang dibangun bersama. Jangan kecewakan aspirasi rakyat. Lantaran itu penyokong kedua pihak perlu rasional dan cuba memahami perkara ini sebaik-baik dan sedalam dalamnya. Penyokong usahlah terheret dengan perlawanan yang bergerak atau terilham atas sesuatu agenda diluar pemikiran kita. Ketepikan itu kembali rasional.


Sesungguhnya Keadilan dan kita semua memerlukan Rafizi dan mengingini Izzah, kerana mereka umpama mentari dising hari dan bulan dimalam hari. Manakala kita adalah bintang bintang bersamanya mengindahkan dan mengkagumi cekrawala. [wm.kl. 5:14 pm 12/05/2025]