Dua topik yang menjadi perbualan rancak semasa menjamu selera selepas selesai tahlil untuk arwah Cik Puan Nur Yuonne Low Abdullah isteri Tengku Razaleigh Hamzah dan solat terawih di kediaman Tengku Razaleigh di Langgak Gol Kuala Lumpur malam tadi, iaitu mengenai ura-ura Najib akan melakukan rombakan kabinet dan perihal parti baharu Harapan Baru.
![]() |
| Hishamuddin bertukar kementerian? |
Dua topik ini menjadi perhatian para pemerhati dan politician veteran yang hadir. Ia juga termasuk menjadi minat bekas pegawai tinggi polis dan beberapa orang diplomatik dan ahli korporat. Pegawai polis berkenaan yang duduk semeja dengan saya tidak habis-habis membuat tenunan nasib mengenai masa depan politik negara mengikut profesionalnya.
Begitu sekali dia bimbang kepada masa depan politik orang Melayu apabila Umno kini dalam keadaan pemimpinnya ditimpa berbagai-bagai masalah dan tidak stabil.
