SESUDAH SUBUH
SUHU politik negara naik mendadak apabila keluar kenyataan dari Istana Negara memaklumkan Yang di-Pertuan Agong dukacita terhadap tindakan Mahiaddin Md Yassin. Ahli parlimen yang sedang bersidang turut terkejut sama.Seperti sedia maklum Agong menzahirkan rasa dukacita itu kerana tindakan mengumumkan pembatalan ordinan darurat dibuat dengan membelakangkan baginda.
Pengumuman secara spontan itu dibuat Menteri Undang-Undang Takiyuddin Hassan, pada hari pertama sidang khas parlimen 26 Julai. Takiyuddin memaklumkan ordinan darurat telah dimansuhkan (revoke) pada 21 Julai yang dipersetujui kabinet.
