HARAP HARAP
Sewaktu berkhalwat di Tanah Suci Makkah saya menerima SMS daripada sahabat saya Mohd Sobree Shafei yang memaklumkan yang sahabat bernama Tamrin Ghafar (foto) hendak keluar Pas. SMS Sabree itu juga menyatakan Tamrin "marah-marah" kepada saya kerana ke Makkah tanpa memberi tahunya. Memang saya mengaku, saya ke Makkah tanpa memberi tahu sesiapa secara rasmi kecuali meminta restui ibu di kampung.
Apa hendak saya tarik perhatian di sini bukan soal ke Makkah tidak memberi tahu kawan, tetapi desas desus mengatakan anak bekas Timbalan Perdana Menteri itu hendak keluar Pas. Kenapa dan apakah beliau serius? Atau pun sekadar acahan sahaja kerana kurang berpuas hati dengan sesuatu yang berlaku muasir ini dalam Pas.Sebenarnya sebelum berangkat ke Makkah, Tamrin sudah meluahkan rasa kurang senang dia dengan Pas. Beberapa catatannya dalam whasaap dan SMS memberi gambaran dia sudah serabut dengan Pas. Dia terejut dan tidak sangka dengan yang berlaku bila dipadankan Pas sebagai parti Islam. (Sebenarnya parti agama).