ULAS PIRANE
MUNGKIN ketika ini para "arkitek" dan "engineer" serta strategis parti-parti politik yang mengambil bahagian dalam Pirane 12 Ogos lalu sibuk, sedang bertungkus lumus mengumpul segala data untuk membuat post mortem terhadap pencapaian masing-masing.Yang pasti kalut ialah PH-BN, sudah tentu mereka sedang menyusun dan menghimpun segala data-data dan maklumat dari pelbagai pihak bagi menjustifikasikan kekalahan mereka. Saya katakan "kalah" kerana PH-BN yang buat pertama kali bergabung gagal mempertahankan majoriti 2/3 kemenangan sebelum ini di Dun Selangor sedangkan mereka adalah penguasa kerajaan Persekutuan yang dilihat mempunyai banyak kelebihan.
