Thursday, March 6, 2008

Berita Panas

Pas Kawal Peti Undi Pos di Jeli

LAPORAN dari Parlimen Jeli, Kelantan - pihak pembangkang Pas khuatir dengan nasib peti-peti undi pos yang kini disimpan di pejabat Daerah, di Pejabat Tanah dan Jajahan Jeli.

Peti-peti undi pos berkenaan disimpan di pejabat berkenaan di bawah pengawasan pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Bagaimana pun pihak polis dikatakan cuba mengambil peti-peti undi berkenaan untuk dibawa ke balai polis.

Polis menggunakan alasan mereka hanya mahu mengambil peti undi yang membabitkan anggota mereka sahaja. Tujuan berkenaan diragui menyebabkan para petugas Pas tidak meninggalkan pejabat berkenaan dan berkawal secara bergilir-gilir.

"Kiata bimbang apabila peti undi dibawa ke balai polis ianya akan ditukar dengan peti undi baru yang semuanya memangkah BN," kata pelapor berkenaan memetik kata-kata salah seorang petugas Pas.

Tindakan pegawai Pas itu dikatakan tidak disenangi oleh pihak polis.

Kejadian ini berlaku sejak malam semalam lagi sebaik peti-peti undi pos dibawa ke pejabat berkenaan.

Petugas parti berkenaan mengawal pejabat itu 24 jam. Satu masa mereka dihalau oleh pihak polis agar pulang dan dinasihkan supaya tidak bimbang dengan keselamatan peti-peti undi berkenaan namun tidak dihairaukan. Langkah polis itu menjadikan para petugas Pas bertambah menimbulkan syak wasangka.

Dalam parlimen Jeli terdapat kira-kira 3,000 pengundi pos termasuk anggota polis dan tentera.

Sementara itu dalam perkembangan lain menurut sumber bebas keadaan Menteri Pengajian Tinggi, Mustapa Mohamaed di Jeli sekarang ini sangat tertekan. Adalah dipercayai aksi-aksi seperti berlaku di pejabat Tanah dan Jajahan itu menggambarkan calon BN dalam keadaan tertekan.

Sekiranya Mustapa sudah berada dalam keadaan selesa, sudah pasti polis tidak beriya-iya untuk membawa peti undi yang dibawah jagaan SPR itu," kata sumber berkenaan. Laporan seterus akan menyusul. [wm.kl 11:35 am 06/03/08].

No comments: