Saturday, October 4, 2008

Enekdot Politik

Kisah Bekas Kawan Saya dan Dua Ekor Tupai

SEBESAR mana dan berkedudukan setinggi mana seseorang itu dia tidak dapat memisahkan dengan naluri semula jadinya. Naluri adalah anugerah Allah sejak azali lagi. Sukar untuk orang membuang tabiat atau naluri. Suka kepada alam, wanita dan binatang juga naluri yang dikurinakan oleh Allah.

Manusia yang menggilai dan menyayangi makhluk Allah ini sanggup melakukan apa saja hatta terpaksa membuang wang yang banyak. Kalau dia mencintai seorang wanita dia akan berusaha juga untuk mengahwininya walaupun sukar dan menghadapi berbagai-bagai halangan. Baik oleh bapa si perempuan ataupun si isteri yang sudah ada di rumah.

Batas agama dan budaya tidak dipedulikan. Ada orang berkorban untuk berkahwin dengan seseorang sanggup mengorbankan kesucian agamanya dan memeluk agama lain!

Tidak boleh cara baik akan dilakukan dengan cara tidak baik, kahwin diam-diam atau senyap-senyap, sembunyi di mana-mana apartment. Lepas dapat anak dua tiga orang kalau orang rumah sudah tahu, tidak jadi masalah lagi. Sudah kalih.. alah bisa kerana biasa.

Begitu juga kalau seseorang itu minat kepada game, golf, kuda dan sebagainya. Mereka akan meruangkan juga sedikit masa untuk memukul bola golf. Kalau tidak ketuk bola golf sekali sehari hidup terasa seperti tidak lengkap. Semacam tertinggal satu waktu solat!

Begitu juga dengan si perokok, mereka akan merokok di mana-mana saja. Ceritalah mengenai bahaya kesihatan gara-gara merokok. Kanser, paru-paru berair tidak akan dipedulikan. Seorang perokok tegar pernah menyinis saya; katanya; lebih 200 yang mati setiap kali pulang dan balik semasa raya setiap tahun sebahagiannya ialah mereka yang tidak merokok. Apa yang ingin ditegaskan mati dan maut itu bukan kerana rokok.

Dalam tulisan ringas ini saya nak ceritakan perihal seorang bekas kawan saya yang sangat mencintai pokok-pokok dan binatang cipataan Allah. Dia mempunyai kegilaan luar biasa kepada makhluk Allah sehingga sedia melakukan apa saja untuk memiliki atau membawa baliknya meskipun kadangkala boleh mengancam nyawa orang lain dan melanggar undang-undang.

Biarlah saya tidak sebut namanya, takut terbatuk-batuk pula dia. Kerana bila saya sebut sebagai bekas kawan tentu penjenguk blog ini sudahpun tahu siapakah gerangan bekas kawan saya itu. Dia seorang pemimpin tertinggi dalam sebuah parti Islam. Dalam hal hobi ini dia memiliki citarasa dan fiil yang anih dan ganjil.

Cerita-cerita keganjilan atau kepelikannya dalam usaha memiliki mahkluk Allah ini sudah menjadi pertuturan rakan terdekat dengannya. Dia akan melakukan apa saja dan mengggunakan sesiapa saja. Malahan saya sendiri pernah turut menjadi mangsa keanihannya itu untuk membawa balik seekor burung.

Memelihara ikan, burung, kura-kura, tenggiling, biawak, kambing atau tupai bukan keanihan. Itu perkara biasa. Tetapi cara beliau memiliki dan membawa balik binatang berkenaan agak ganjil dan anih. Allah sangat suka kepada hamba-Nya yang menyayangi kepada makhluk lain. Saya sendiri suka memelihara kucing. Semasa raya lalu saya terpaksa membeli bekas kucing untuk membawa balik dua ekor kucing. Tidak tergamak untuk tinggal bersendirian takut hilang.

Semasa pulang sewaktu hendak rihatkan kucing berkenaan salah seekornya lari kerana tidak biasa dengan tempat R & R di Gua Musang itu. Rasa kesal dan terkenangkan si Putih yang hilang itu masih terasa sampai kini. Sampai termimpi-mimpi dan terbayang bayangankan wajahnnya. Kini kucing saya tinggal seekor, iaitu kembar kepada Putih.

Saya katakan bekas kawan saya itu aneh kerana cara dia membawa balik binatang berkenaan bersalahan dengan kebanyakan orang melakukannya. Dia tidak suka mengikut peraturan yang ditetapkan dan mahu cara mudah dan ringkas saja. Baginya tidak perlu peraturan kalau cara lain ada.

Kita tahu untuk membawa balik apa-apa haiwan atau tumbuhan daripada luar negeri apa lagi dengan menaiki kapal terbang memerlukan proses khas. Binatang berkenaan terlebih dulu kena diperiksa dan melepasi pemeriksaan Jabatan Verterinar atau Botani di tempat-tempat berkenaan. Ia tidak boleh dipindahkan begitu saja. Demikian juga untuk membawa naik kapal terbang ia bukan boleh dimuat sesuka hati seperti anak patung. Ia perlu dimasukkan dalam tempat khas untuk keselamatan binatang berkenaan dan juga nyanwa penumpang kapal terbang berkenaan.

Tetapi kawan saya ini tidak pedulikan prosuder itu semua. Baginya apa saja dicuba walaupun membelakangkan prosuder. Nampak dia tidak pedulikan kepada prosuder. Baginya prosuder melambatkan dan melecehkan. Ya... untuk apa prosedur kalau ia lambat dan kadanag-kandang melambat dan apa lagi menghalang sama sekali keinginannya.

Mungkin baginya perbincangan dan mesyuarat juga tidak perlu. Sesuatu yang baik itu boleh dilakukan tanpa bermesyuarat dan tidak perlu kepada keputusan kolektif. Khabarnya sudah acap kali bekas kawan saya ini mengamalkan kerja-kerja demikian, membuat sesuatu mengikut citarasa dan kepalanya sendiri dan telah pun menimbulkan banyak masalah kepada partinya.

Mengenai kerja-kerja ganjilnya membawa haiwan ini, paling baru beliau dikatakan telah membawa balik dua ekor tupai dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu menerusi kapal terbang pada bulan puasa lalu. Tupai itu dimasukkan dalam kotak kertas. Semasa check-in pegawai kounter telah menasihati bekas kawan saya itu agar tidak bawa tupai itu naik kapal terbang.

Tetapi entah macam mana akhirnya pegawai tikit berkenaan mengalah juga dan membenarkan dia membawa tupai itu untuk dimasukkan ke dalam tempat barang. Mungkin dia menggunakan kapastitinya sebagai pemimpin tersohor untuk mempengaruhi pegawai berkenaan.

Barang kali tupai itu sangat istimewa. Barang kali sahwatnya lebih hebat daripada tupai biasa. Kerana masakan perlu membawa balik tupai dari KL sebab di Kelantan pun berlambak tupai. Di belakang rumah Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat juga banyak tupai. Kadang-kadang MB itu bila kelapangan sering menembak tupai kerana hobbynya menebak tupai yang makan kelapanya.

Nak jadikan cerita sesampai di Kota Bharu kotak rahsia tupai itu terbongkar. Pekerja (porter) mengangkat barang terkesan mengenai kotak berkenaan yang sudah tembus dikorek tupai. Pekerja itu bertanyakan kepada bekas kawan saya itu mengenai hal kotaknya itu. Dia katanya buat selamba saja bila ditenguk salah seekor tupainya sudah tidak ada, hilang!

Pekerja berkenaan cuba mencari-cari yang seekor lagi. (Mungkin atas arahannya juga). Bekas kawan saya sudah merasakan tidak sedap dan dia terus meninggalkan kotak berkenaan yang masih ada seekor lagi tupai.

Selepas dicari tupai berkenaan ada dalam tempat barang kapal terbang berkenaan, terloncat-loncat di dalam tempat barang kapal terbang itu. Pekerja cuba menangkapnya tetapi tidak berjaya. Tupai berkenaan buas lompat sana dan lompat sini. Kerana masalah itu kapal terbang itu tidak boleh diterbangkan dan sebuah kapal lain dari Kuala Lumpur dihantar khas ke KB. Gara-gara tupai bekas kawan saya itu pesawat MAS dari KB ke Kuala Lumpur malam itu lewat selama dua jam.

Bekas kawan saya itu tidak tahu apa yang berlaku selepas itu... dan selepas itu. Dia tidak tahu (dan perlu tahu) gara-gara sang tupainya kapal lewat. Dan kesan paling teruk kerana kelewatan itu dua orang pegawai MAS yang membuat check-in tikit bekas kawan saya itu katanya digantung kerja selama dua minggu atas alasan cuai yang menyebabkan MAS mengalami kerugian.

Sebenarnya saya sikit pun tidak merasa ganjil dengan kerja-kerja bekas kawan saya itu. Bukan saja tupai yang beliau cuba bawa naik dan berjaya dinaikkan ke atas kapal terbang, lebah, burung, kura-kura juga sudah dicuba dan berjaya dibawa naik. Mungkin unta dari Makkah juga sudah diusahakan untuk dibawa balik dengan kapal terbang!

Sekiranya keganjilan perangai bekas kawan saya ini dan juga kehebatannya berjaya mempengaruhi pegawai yang memeriksa untuk masuk ke kapal terbang itu boleh diambil kira sebagai markah untuknya layak menjadi pemimpin negara, mungkin beliau adalah salah salah calon pemimpin masa depan.

Tetapi kalau perbuatan itu menunjukkan betapa beliau tidak peduli kepada risiko, nasib orang lain dan mengirakan matlamat menghalalkan cara maka tindak tanduknya itu mungkin boleh direnung kembali mengenai kelayakan dan kesesuaian beliau untuk jadi seorang pemimpin masa depan. Sebab untuk jadi pemimpin itu ia memerlukan integerti dan sifat ketanggungjawab yang tinggi! [wm.kl 8:15 pm 04/10/08]

1 comment:

Anonymous said...

Masya Allah, "dia" ni dah banyak kali menyusahkan orang. MAB KLIA dengan MAB KB dah muak dengan "dia" ni.