Saturday, October 18, 2008

Murai 8

Apa Yang Berlaku Di Rantau Panjang Tidak Menghairankan

Barangkali ada yang teruja apa yang berlaku dalam mesyuarat Pemuda Umno bahagian Rantau Panjang semalam. Bagi mereka yang pertama kali menghadiri mesyuarat parti Umno itu mungkin terkejut besar. Bagi mereka sesuatu yang baru apabila mesyuarat terpaksa dikawal oleh FRU.

Bagi Murai apa yang berlaku itu tidak sedikitpun mengejutkan. Malahan kejadian itu tidak pecah butir gatal pun kata orang. Ia dianggap kekacauan kecil saja berbanding dengan apa yang pernah berlaku di bahagian itu sebelum ini.
Apa yang berlaku semalam hanya setakat tolak menolak kerana berebut pembesar suara saja. Itu saja tidak pun sampai pukul memukul. Tidak ada pun yang cedera dan terpaksa dihantar ke hospital Lati atau Pasir Mas ataupun Pusat Kesihatan Kecil Rantau Panjang.

Jadi kalau kejadian seperti itu bagi orang-orang di Rantau Panjang ataupun kampung Murai biasa saja.

Murai masih ingat sekitar tahun 80-an pernah berlaku tembak menembak dalam perhimpunan agung Umno bahagian itu di Sekolah Menengah Tiang Chandi kalau tak silap Murai. Seorang perwakilan yang tidak berpuas hati dengan perjalanan mesyuarat (juga mengenai kesahihan perwakilan) telah melepaskan tembakan ke atas langit. Aksi itu menyebabkan orang jadi kelam kabut.

Polis juga terpaksa dipanggil dan sampai dua tiga orang perwakilan diheret ke balai Polis Pasir Mas. Jadia kejadian itu lebih hebat berbanding dengan apa yang dilaporkan semalam, setakat tolak menolak, menjerit atau pun bertindak merampas pembesar suara, terlalu kecil jika dibanding dengan kejadian sebelum ini.

Bukan itu saja kejadian kipnap perwakilan juga pernah berlaku dalam Umno Rantau Panjang!

Murai sempat juga menghubungi seorang kawan di Kampung untuk mengetahui apa sebenarnya yang berlaku. Menurut kawan itu ia bermula apabila perwakilan daripada sembilan cawangan datang untuk ikut sama bersidang. Bagaimana pun nama mereka tidak ada dalam senarai kerana mereka tidak dipilih setelah cawanagn itu diarah mengadakan mesyuarat semula setelah mesyuarat pertama tidak sah.

Mesyuarat cawangan mereka dibatalkan oleh pihak perhubungan. Mereka tidak berpuas hati dan hadir juga untuk bermesyuarat. Bila mereka sedar nama mereka tidak ada dan diganti dengan nama orang lain ketika inilah berlaku insiden berkenaan.
Murai tidak mahu komen apa dengan kejdian itu. Nak sokong pun tidak nak marah pun tidak. Nak kata kumpulan itu salah tidak boleh sebab dalam Umno segala-gala boleh jadi.

Daripada menyelewengkan mesyuarat cawangan, bahagian, hatta perhimpunan agung Umno sampailah kepada penyelewengan wang rakyat, wang PPRT, balak dan sebagainya. Semuanya sampah sarap berhimpun dalam parti yang berusia lebih 51 tahun itu, itulah sebabnya parti itu semakin memburuk dan akan hancur! Begitulah...

Murai: Masih ada orang tergila-gila (mungkin orang gila) menjual diri untuk dibeli oleh parti berkenaan.
[wm.kl 9:00 am 18/10/08]

No comments: