Monday, April 13, 2009

Celoteh Murai 40

Janda Jalang Jantan Sial

BERKOKOK si Salentia katanya dia sedang menanti pinangan dari Umno. Ehwah... berperanan betul dia ni. Katanya dia tidak akan meminang Umno sebaliknya menunggu Umno akan pinang dia. Dia juga kata tidak ada ilham untuk menyertai Umno semula. Macamlah penulis pakai anologi ilham pulak. Murai jadi perempuan mengandung sulung tiga bulan naik lugal dengan tiba-tiba mendengar kata-kata Salentia itu. Menanti Umno pinang dia konon?

Murai tidak tahu apakah Salentia kabar atau tidak kabar siapa sebenar dirinya yang menanti orang meminangnya. Apakah dia berperanan dia Puteri Gunung Ledang atau Puteri Saadong atau Puteri Hang Lipo atau Puteri Hijau? Sedarlah diri tu kita adalah Hang Katak!

Kalau masih tidak kabar Murai nak ingatkan Saletina kalau masih terperasaan dan belum sedarkan diri, cubalah faham apa yang Annuar Musa katakan. Annuar kata Umno Kelantan tidak berfikir untuk meminang Salentia. Katanya juga, Umno tidak perlu gopoh gapah untuk pinang Salentia. Kata Annuar, Salentia bukannya anak dara, tetapi janda, sudah dua kali janda! Apakah makna kata-kata Annuar itu? Maknanya Salentia tidak penting bagi Umno. Sudah berbau bagi Umno...

Tepat sekali apa yang Annuar Musa katakan itu. Untuk apa Umno nak pinang orang yang sudah menjanda sedangkan anak dara tua pun berlambak. Kalau Umno masih tergilakan Salentia nampak sangat macam sudah tidak ada betina lain yang boleh dipinangkan untuk dijadikan isteri.

Sebenarnya, untuk pengetahuan Annuar, Salentia bukan dua kali janda tetapi sudah empat kali menduda dan menjanda. Dua kali menjanda dengan Umno dan dua kali menjada dengan ‘laki’ lain.

Perkahwinan pertama Salentia dengan Umno ialah pada tahun 1978 selepas bercerai dengan Berjasa ( janda pertama). Lepas itu bercerai dengan Umno tahun 1990 (janda kali kedua), kerana bernikah dengan Semangat 46. Tahun 1996 bercerai pula dengan Semangat 46 (janda kali ketiga), untuk rujuk kepada Umno. Selepas itu tahun 2004 dicerai oleh Umno (janda kali ke empat) untuk hidup menjanda. Tahun 2008 cuba mengorat dengan Pas dan sempat berkhalwat. Sekarang ini Salentia tergila talak untuk rujuk semua kepada Umno.

Ada munasbahnya kata Annuar kalau Umno Kelantan tidak perlu tergopoh gapah untuk memikirkan mengenai Salentia. Kalau Salentia diibaratkan kepada seorang perempuan tentu perangainya huduh sampai bercerai dan diceraikan sebanyak empat kali. Kalau sekali cerai atau sekali janda, boleh dikatakan suami jahat. Tetapi ini lebih tiga kali bina rumah tangga tidak kekal, kerana menduakan suami dan main pintu belakang maka huduhlah perangai Salentia ni. Kalau sudah sampai ke peringkat ini Salentia ni sudah jadi jalang terbuang.

Perempuan kalau sudah sampai peringkat jalang bahaya serba serbi. Lidahnya penuh dengan fitnah. Hatinya penuh dengan hasad dengki dan riak. Diri dalamannya pula penuh berpenyakit; siflis, adis semuanya ada. Wanita macam ni juga kaki cukur. Dia akan cukur dan kukur habis-habisan.

Dan biasanya betina kalau sudah ke peringkat jalang akhirnya akan hidup melarat di tepi-tepi jalan dan lorong tua'i. Kini pun sudah ada tanda-tanda Salentia ini akan mulai merempak dan tidak akan dipedulikan sesiapa. Tidak ada sesiapa yang kesiannya lagi. Kalau pun ada yang masih pedulinya hanya bapak ayam yang sering dipuja dan disanjung melangit itu. Itu saja.

Tertakdirlah Umno akan meminang juga Salentia ataupun menerima permohonannya ini bermakna Umno juga dua kali lima dan lima kali dua dengan Salentia. Maka eloklah kalau perempuan jalang kahwin dengan jantan sial!

Murai: Masih anak dara, dan baru tahu kenapa Pas tidak mahu berkahwin dengan Salentia.

4 comments:

Naim said...

sah ni,

PR-13 dia mungkin kan pegang tiket BEBAS lagi.

lepas itu, babas pula ke Be End.
= tak penat lagi lompat tu....

danialhakim said...

Salam...
Khas buat Salentia....
....
....
....
....
GAME OVER!!!
GAME OVER!!!
GAME OVER!!!
GAME OVER!!!
GAME OVER!!!

Ayiem said...

kekekekekeke akhirnya tuan tidak tahan juga untuk bercakap berkenaan raja lompat kita neh,walaupun terpaksa menelan akur pada orang yang tuan hurmati dahulu.

Saya tabik tuan kerana tidak sanggup melihat kemungkaran dan kehodohan peragai raja lompat.

Memang sewajarnya tuan menegur perkara yang tidak elok ini....

Saya suka melihat cara tuan berkicau....

Teruskan tuan,biar sampai raja lompat neh panas...

Syah said...

hehehe sy faham bagaimana prsn tuan menahan untuk tidak memberikan komen mengenai orang ni lagi semenjak post hari tu.

Sy pn menyampah dgt orang tu sbnrnya..hehe