Thursday, April 16, 2009

Maklumat Tidak Sahih

Benarkah Fairus Kosongkan Kerusi Penanti?

[kemaskini] WALAUPUN SPR belum menerima surat pengosongan kerusi DUN Penanti oleh Mohamad Firaus Khairuddin tetapi perletakan jawatannya telah disahkan oleh Speaker DUN Pulau Pinang.

Esok atau minggu depan mungkin SPR dimaklumkan dengan rasminya. Pilihan raya kecil kawasan itu akan diadakan dalam tempoh 60 hari.

Tahun ini rakyat Malaysia akan terus berpesta dengan pilihan raya kecil. Saya bersetuju kalau siri-siri pilihan raya kecil itu diadakan sengaja untuk mengugat BN secara berterusan. Dengan kepercayaan sokongan rakyat semakin melata kepada Pakatan Rakyat merasa seronok kalau pilihan raya kecil terus diadakan bagi menyusahkan BN. [wm.kl. 8:20 pm]

Benarkah bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin mengumunmkan meletakan jawatan Adun Penanti yang berkuat kuasa hari ini? Berita itu dilaporkan oleh protal berita dwibahasa.

Bagaimana pun laporan itu boleh dipertikaikan kerana ada perkadasan dalam laporan itu.

Perenggan pertama laporan itu menyebut Mohamad Fairus mengumumkan perletakan itu berkuat kuat hari ini. Bermaknanya secara automatik dari segi hakikatnya dia tidak akan menjadi ahli Dewan Undangan Negeri Penanti lagi.

Speaker DUN Pulau Pinang akan mengesahkan perletakan itu apabila menerima surat rassi daripada Mohammad Fairus sekiranya benar Adun itu membuat keputusan yang memang dinanti-nantikan itu.

Apa yang mengelirukan di perenggan akhir laporan berkenaan disebut, Mohamad Fairus akan tetap menghadiri sidang DUN Pulau Pinang minggu depan. Apakah erti dan maksud laporan berkenaan? Kalau dia sudah berhenti apakah dia berhak untuk menghadiri sidang dewan lagi?

Laporan itu memetik kenyataan perletakan jawatan oleh Mohamad Fairus itu dikeluarkan oleh Biro Penerangan PKR.

Kekeliruan ini diharap dapat diperbetulkan oleh protal berkenaan mengenai kesahihan laporan mengenai Mohamad Fairus itu. Atau pihak PKR hendaklah membuat penjelasan segera agar ia tidak terus menjadi teka teki. [wm.kl. 2:40 pm 16/04/09]

1 comment:

mosabit said...

aku terharu denagn komen bang aji...dulu kalau nak jadi ketua...semua lari..tak sanggup...sekarang bila ada sedikit kejayaan...dah mula dah....nak menawarkan diri sendiri..apa hal?....dulu masa sekolah kita dilatih memilih ketua ....bukan dilatih menawarkan diri nak jadi ketua......kata imam alghazali....yg paling berat dalam duni ini ialah memegang amanah......heran aku...orang sekarang berebut rebut nak pegang amanah??...korang heran tak???....