Thursday, June 12, 2014

Apa boleh dipelajari dari salah langkah Jais rampas Injil

ULASAN SENJA                                                                              

Semalam Peguam Negara Abdul Ghani Petail memaklumkan tidak ada pendakwaan berhubung rampasan kitab Injil oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) Januari lalu dan mengarahkan kes itu ditutup.

Nasihat Anwar diabaikan.
Alasan diberikan Ghani, Jais tersalah langkah dalam tindakannya, kerana kitab Injil yang dirampas itu dalam bahsa Melayu dan Iban bukan diterbitkan mengikut seksyen 9(1)(a) Enakmen Bukan Islam (Kawalan dan Perkembangan di Kalangan Orang Islam) 1988, kuasa yang digunakan oleh Jais.

Ekoran itu hari ini Menteri Besar Selangor Abdul Khalid Ibrahim telah mengarahkan supaya Jais mengembalikan kesemua 300 buah kitab Injil yang dirampas itu kepada tuan punya, PBM Damansara serta mengadakan pertemuan dengan PBM bagi menyelesaikan secara baik.



Menurut Khalid beliau akan mengarahkan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Permodenan Pertanian dan Pembangunan Desa, Salehen Mukhyi bersama Penasihat Undang-Undang Negeri Nik Suhaimi Nik Sulaiman untuk membantu Jais bagi mengembalikan semua kitab berkenaan.

Sudah tentulah perkembangan berhubung kitab Injil itu bukan saja memedihkan hati orang-orang yang sebelum ini beriya-iya menyokong tindakan Jais itu, tetapi ia juga mengecewakan orang ramai, khasnya umat Islam yang kesal dengan penyebaran atau kegiatan Kristinisasi. Tetapi betapa pun begitu undang-undang ternyata berada di atas emosi dan kemahuan manusia dan perlu dihormati.

Sebelum ini Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim beberapa kali menyarankan agar kerajaan Selangor menyelesaikan isu rampasan kitab Injil itu dengan cara baik termasuk dengan memulangkan kepada PBM. Malangnya ia disambut dingin oleh Khalid. Sekiranya Khalid akur dan tidak degil kepada saranan dan nasihat Anwar sudah tentu, kerajaan negeri dan Jais sendiri tidak menanggung malu dengan keputusan itu.

Apa yang berlaku hari ini sedikit sebanyak mencalarkan kredibiliti Khalid sebagai menteri besar. Jais juga sebagai institusi penguatkuasa agama menerima tempiasnya kerana kelemahan dari segi mentafsir undang-undang dan menggunakan kuasa yang ada.

Penutupan kes tersebut dan kenyataan Peguam Negara, juga menjelaskan tahap profesional Jais sebagai instutusi penguatkuasa agama di Selangor. Orang boleh mempertikaikan macam mana Jais boleh tersalah langkah dan silap mengambil tindakan yang menjadi kontroversi sehinggakan menjadi perhatian dunia?

Apakah tidak ada semakan secara mendalam sebelum membuat serbuan dan rampasan, ataupun ia dibuat semata-mata berlandaskan nafsu dan sentimen atau kerana dihala (diasuk) oleh pihak-pihak tertentu. Soal undang-undang apa lagi membabit sensitivi agama dan maruah sepatutnya tidak dipermainkan. Isu rampas kitab Injil itu bukan seperti kes langgar lari.

Negara ini ada undang-undang. Sesiapa pun tidak kira waiama Jais atau Majlis Agama Islam atau hatta Raja-raja dan Sultan tidak boleh bertindak secara semborono melainkan ia perlu mematuhi kehendak dan semangat undang-undang. Semua warga bermukim di sini dilundungi undang-undang. Ketamadunan sesebuah bangsa itu akan dilihat sejauh mana mereka berjaya menghayati undang-undang dan peraturan yang mereka sendiri gubalkan.

Menjadi persoalan juga kepada kita apabila Jais dimalukan dengan perbuatannya sendiri, dimanakah NGO Islam dan Melayu yang sebelum menyatakan pendirian teguh disebalik tindakan Jais itu. Kenapa mereka tidak bangkit menyatakan kekesalan dan sedia membela Jais dengan mengemukakan rayuan kepada mana-mana mahkamah terhadap keputusan dibuat Ghani Petail itu. Kenapa membisu seribu bahasa?

Kalau NGO itu hanya berlagak macam anjing salak bukit elok jangan cuba melontar kail di lautan dalam di masa-masa akan datang. Hari ini, sehingga jam 6:23 belum ada kenyataan dari mana-mana ketua NGO itu yang melahirkan simpati dan membela Jais yang tersalah langkah itu.

Untuk masa-masa depan Jais harus berhati-hati dalam melaksanakan kuasa agama yang ada kepada mereka. Sebelum bertindak harus disemak dan dihadami beberapa kali agar tidak berlaku pisang berbuah dua kali. Apa lagi kalau tindakan atau apa-apa laporan mengenai sesuatu jenayah agama itu dilapor oleh orang-orang yang fasik berniat mempergunakan Jais untuk kepentingan poliik, perlukan dijauhi.

Jais harus senantiasa menjaga maruah dan wibawanya kerana ia adalah institusi penguat kuasa yang diberikan mandat secara sah oleh negara dan umat Islam. [wm.6:21 pm 12/06/14]

2 comments:

bat8 said...

Tuan

Persoalan yang timbul dengan kenyataan AG ini ialah mengapa AG mengambil masa begitu lama sedangkan persoalan undang2 mengenai perkara ini tidaklah rumit jika kita baca alasan2 yang diberi oleh AG.

Ini semua untuk memberi modal politik kepada UMNO sahaja untuk menarik sokongan dari orang melayu. Kita semua tahu bagaimana isu ini dimainkn semasa PRU 13 sehingga menimbulkan ketegangan antara orang Islam dan bukan Islam.

Umno dah mendapat habuan yg dicari dalam PRU 13 lalu dengan memainkan isu ini. Sekarang semua keuntungan politik telah diperah habis oleh UMNO. Yang tinggal hanya hampas yang tak ada nilai, maka muncul AG untuk menutup cerita isu bibble yang dirampas oleh Jais.

Itulah yang ambo nampak.

arjuna gegap gempita said...

Setuju sgt dgn pendapat bat8 ni..
Imej Jais makin kronik dan bercalar balar angkara campur tangan2 ghaib yg konon berada di puncak atas..