Wednesday, June 25, 2014

Kesediaan Ahmad Zakie berkhidmat di PMBK merupakan satu tuah

KENYATAAN                                                                                   

CEO baru PMBK, Ahmad Zakie.
Perbadanan Menteri Besar Kelantantan (PMBK) dikhabarkan akan mendapat Ketua Pegawai Eksekutif baru pada 1 Julai nanti yang merupakan tokoh besar dalam dunia kewangan, korporat dan broker saham tempatan dan antarabangsa yang tidak asing lagi, Ahmad Zakie Ahmad Shariff.

Beliau berasal dari Kedah tetapi isterinya orang Pasir Mas Kelantan.

Nama Ahmad Zakie tidak perlu diperkenalkan lagi. Pengalaman luas serta kejayaannya di beberapa buah firma mengurus kewangan dan ketrampilan dalam bidang ekonomi menjadi sebutan di kalangan kolongmarat. Beliau sebelum ini pernah berkhidmat di pelbagai firma kewangan dan broker saham terkemuka.

Pernah berkhidmat sebagai ketua eksekutif di FA Securities Sdn Bhd, selain itu pernah berkhidmat di beberapa pusat broker saham tempatan dan juga luar negara. Selalu diundang menyampaikan bicara kewangan dan saham di peringkat antarabangsa.

Ahmad Zakie juga pernah berkhidamat sebagai ketua eksekutif di Permodalan Terengganu Asset Management Bhd pada tahun 1996 manakala pada tahun 2000 berkhidmat di SJ Securities Sdn Bhd sebagai pengarah eksekutif.

Selain itu beliau juga merupakan penasihat pelaburan untuk kedua-dua Amanah Saham Kedah Bhd dan Amanah Saham Terengganu Bhd. Bolehlah disebut beliau merupakan penasihat kewangan dan pelaburan di kedua-dua buah negeri berkenaan.

Kehadiran beliau ke Kelantan untuk mengurus dan mentadbir PMBK sebuah perbandan utama penjana ekonomi dan kewangan Kelantan sangat dialu-alukan. Penyertaan atau kesudian Ahmad Zakie untuk berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif PMBK dilihat sebagai sumbangan beliau (national service) untuk membantu negeri Kelantan dan ia merupakan satu tuah buat kerajaan Kelantan dibawah pimpinan Ahmad Yaakub.

Jika ditilik kepada kepakaran, pengalaman dan pencapaian beliau dalam soal kewangan dan pengendalian pusat saham, tidak sepatutnya beliau berada di Kelantan untuk menjaga PMBK yang menjadi kumpulan kepada beberapa buah anak syarikat berbanding dengan beberapa firma atau syarikat nasional yang diuruskan sebelum ini.

Justeru kedatangan beliau ke Kelantan lebih atas niat untuk membantu kerajaan Kelantan dan juga minat beliau kepada kerajaan Kelantan yang cuba membawa pendekatan baru dalam pembangunan ekonomi berteraskan Islam. Beliau difahamkan sangat teruja dengan slogan Membangun Bersama Islam.

Sehubungan itu berdasarkan sekeping surat edaran yang bocor, satu sessi perjumpaan khas dengan Ahmad Zakie bersama para pegawai dan kakitangan PMBK akan diadakan pada 1 Julai jam 12:00 tengah hari bertempat di bilik Mesyuarat PMBK.

Semoga Ahmad Zakie akan membawa perubahan ke atas PMBK. Sebelum ini PMBK diterajui oleh anak-anak Kelantan sendiri yang kalau dibanding dari segi pengalaman dan latar belakang pendidikan dengan Ahmad Zakie orang kata panggil tidak dengar atau jaraknya seperti langit dengan bumi.

Sudah pasti dengan martabat dan track record yang ada kepada Ahmad Zakie beliau akan menjana dan membawa PMBK lebih berjaya dari sebelum ini. Setidak-tidaknya PMBK menjadi sama hebat dengan namanya di persada kewangan dan brusa saham.

Ahmad Zakie memegang Ijazah Sarjana Muda Ekonomi, Kepujian. daripada Universiti
Kebangsaan Malaysia, (UKM) Bangi, Malaysia dan Sarjana Muda Sains Perakaunan
daripada University of Illinois, Urbana-Champaign, Illinois.

Semoga semua pihak akan memberi peluang kepada Ahmad Zakie menunjukkan kebolehan, kepakaran dan sumbangan kepada Kelantan. Tidak timbul soal beliau ingin mencari kekayaan atau kesenangan dengan jawatan baru itu, kerana pendapatan yang bakal diperolehi di PMBK itu tidak sampai suku daripada apa yang diperolehi sebelum ini. Beliau dikatakan orang kaya asal. [wm.kl.5:48 pm 25/06/14]

2 comments:

bat8 said...

Tuan

Alhamdulillah. Cuma satu je....CEO dah kemah. Jangan org politik dok campur tangan untuk serupo orang UMNO. Punoh ranah.

Encik Zaki said...

Satu lagi tuan MSO, kerajaan negeri juga telah melantik Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir, bekas CEO proton sebagai salah seorang ahli lembaga penasihat PMBK