Wednesday, May 11, 2016

PRK Sg Besar, K Kangsar peluang baik untuk tukar Najib

PANDANGAN

Pilihan raya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar yang bakal diadakan adalah peluang terbaik untuk pembangkang dan mereka yang bencikan Najib Razak untuk menurunkan anak Razak itu dari kerusi perdana menteri. Kedua-dua pilihan raya itu boleh dijadikan petunjuk dan bukti bahawa Najib sudah tidak "dihingini" lagi bagi terus memimpin Malaysia.

Caranya ialah dengan pembangkang merampas kedua-dua kerusi berkenaan. Dalam sistem demokrasi apabila sesuatu kerusi yang dimiliki sesebuah parti, apa lagi kerajaan, tetapi tiba-tiba berjaya dirampas pembangkang menunjukkan kepimpinan semasa parti kerajaan itu sudah tidak popular lagi.

Soal parti mana akan bertanding mewakili pembangkang melawan BN dalam kedua-dua pilihan raya itu, boleh dibincangkan kemudian. Tempo dan waktu masih ada. SPR pun belum menentukan tarikh penamaan calon dan pengundian.

Persepakatan untuk meletak calon bersama sangat penting. Seandai parti-parti pembangkang utama, Pas, DAP, PKR dan Amanah bersatu dan tidak berebut calon dan saling sabotaj antara satu sama lain, sudah tentu ia memberi pelawanan yang kuat kepada BN. BN akan cemas dan gerum bagi menghadapi pilihan raya berkenaan.

Najib tidak lena tidur memikirkan bagaimana menghadpai pilihan raya berkenaan kerana dia sangat sedar implikasi kalah menangnya ialah kepadanya nanti. Apa lagi dalam keadaan beliau kini diserang tidak henti-henti ia sangat membimbang dan menakutkannya. Kalau Najib boleh mempengaruhi, dan SPR boleh dibayar saya yakin beliau akan lakukan bagi mengelakkan pilihan raya diadakan itu untuk menyelamatan dirinya.

Kepaduan pembangkang itu (kalau jadi) akan ditambah lagi dengan senario dalam Umno sendiri kini yang berpecah. Kesan pemecatan Muhyiddin Yassin, Shafei Afdal dan Mukhriz Mahathir akan membantu pembangkang dalam pilihan raya itu dan bekasnya dapat dilihat. Apa lagi kalau Dr Mahathir Mohamad yang kini menggerakkan program Deklarasi Rakyat di beri ruang berkempen di kedua-dua pilihan raya itu ia menambahkan keadaan buruk kepada BN dan Najib.

Kemenangan BN dalam kedua-dua kerusi itu dalam pilihan raya lalu tipis. Ketipisan itu memberi peluang besar kepada pembangkang untuk merampas kerusi berkenaan kemudian menghantarkan mesej buruk kepada Umno. Inilah masanya untuk pembangkang menambahkan bilangan kerusi di parlimen. Peluang seprti ini jarang berlaku. Bagaimana pun keadaan di pihak pembangkang juga dua kali lima dengan apa dihadapi BN dan Najib.

Persoalannya apakah parti-parti pembangkang boleh bersatu, sepakat untuk memberi tahu Najib dengan kejayaan merampas kerusi itu nanti bahawa Najib sudah tidak dihingini? Beberapa kenyataan yang keluar dari kalangan pemimpin atau individu parti pembangkang mengenai pilihan raya kecil itu agak mendukacitakan. Ia menggambarkan kecelaruan dan ketidaksekataan pembangkang.

Apa yang berlaku kini bukan mudah untuk parti-parti oposisi mencari titik pertemuan bagi menghadapi BN kemudian merampas kedua-dua kerusi yang baru kosong itu. Ada yang sudah mengatakan kesediaan untuk bertanding di kedua-dua kerusi itu tanpa melihat keupayaan dan sokongan terkini kepada mereka. Ada juga yang sedang mencongak apakah akan ikut serta atau pun tidak.

Secara asasnya yang berhak bertanding dikerusi itu ialah Pas kerana dalam pilihan raya lalu mereka meletakkan calon di situ. Tetapi satu hakikat kena terima, ketika itu Pas berada dalam satu pakatan bersama PKR dan DAP. Apakah konsesus itu boleh diterima pakai, setelah DAP sudah tidak bersama Pas lagi? Bukankah itu memberi kesan negatif kepada Pas dan perkembangan politik yang diambil Pas kini merugikannya. Pas tidak bernasib baik pada setiap kali melalui jalur-jalur demokrasi kerana terpaksa berhadapan dengan kerenah politik.

Jika sejarah itu hendak diambil kira dan pembangkang bersetuju untuk bersatu untuk menyampaikan mesej rakyat bencikan Najib, elok kalau Pas diberi peluang. Tetapi sebelum itu Pas harus berbincang dengan DAP, dan juga bekas rakan mereka yang kini berada dalam Amanah. Amanah kini sudah diterima secara sah sebagai rakan pakatan baharu PKR dan DAP menerusi Harapan Rakyat. Suka atau tidak Amanah sudah rasmi menjadi sebuah parti yang berpakat dengan PKR dan DAP.

Dalam hal ini berjurus kalau pemimpin Pas bersikap terbuka dan menunjukkan ketinggian budi, memanggil DAP dan Amanah berbincang fasal pilihan raya berkenaan. Bagi parti yang berjuang untuk menumbangkan BN, DAP dan Amanah tidak degil untuk menerima Pas sebagai rakan sepasukan bagi tujuan sama.

Persepakatan ini ia tidak mustahil berjaya, melainkan Pas sudah ada agenda dan telah membingkaikan minda mereka, penyertaan Pas dalam pilihan raya bukan mengharap kemenangan, tetapi keredhaan Allah yang penting. Fahaman yang berguling dalam kepala orang Pas ini sangat negatif, apabila mereka lebih suka BN menang daripada pembangkang yang tidak berbangsa Melayu dan beragama Islam yang menang.

Dengan cara berfikir demikian, Pas akan puas jika mereka sertai piliahn raya itu, tetapi yang menangnya ialah calon Umno. Dengan pegangan dan ijtihad politik yang digunakan pakai MSU hari ini, ia tidak menjadi sesuatu yang merugikan kalau Pas menyertai pilihan raya itu meskipun kalah, asalkan Umno menang. Pegangan kejap fahaman politik segini menyebabkan saya tidak tampak akan berlaku persepakatan oposisi antara Pas, DAP dan Amanah.

Berdasarkan pemikiran itu juga mungkin Pas akan menjadikan pilihan raya itu sebagai testimoni kepada pendiriannya yang ingin bersendirian selama ini. Pas mahu mencuba apakah dengan dagang ia boleh berjaya atau sebaliknya. Dan Pas kena buktikan laungan sesetengah fanatismenya kononnya Pas akan lebih berjaya dengan cara bersendirian.

Kalau begitu jadinya, ertinya pembangkang tidak boleh berharap atau menanti Pas sebagai mewakili mereka melawan BN dalam pilihan raya kecil berkenaan, sebaliknya harus menurunkan calonnya tersendiri. Dan jika tiada jalan penyelesaian, bagi mengelakkan timbul masalah saya masih berpandangan PKR boleh diharapkan untuk meletak calon di pilihan raya berkenaan. [wm.kl.10:57 am 11/05/16]

8 comments:

Hidup Najib! said...

Pokjib kuat sekarang...semua warlords umno bwh ketiak dia..moral pun tinggi lps menang beso kat swak..pembangkang berpecah..hrp untuk lihat satu lwn satu takda..monang lagi pokjib ni

Unknown said...

Penat dah saya menyokong pr dan menjadi pembangkang sekian lama.Kerenah pemimpin pembangkang rupanya lebih kurang dgn pemimpin bn.
Kecewa!!!!!!!!!

abrarmujahideen said...

Idris ahmad kata...xkisah kalah.....

Unknown said...

Pas tak perlu bertanding sebab pas parti yg dah tak kisah lagi kalah menang

al-Pankaloni said...

Melayu tidak akan bersatu lagi, PAS dan DAP pula sudah berkerat rotan berpatah arang percayalah. Tambahan pula PAS tidak mudah menyerahkan kerusi ini kepada AMANAH dan PKR atas pertimbangan politiknya. Pembangkang sudah kehilangan tokoh penyatunya. Kedudukan kini UMNO lah yang untung rakyat marhaen inilah yang rugi. Analisis MSO itu sudah jelas berpijak di bumi nyata. Walau pun parti2 berpaksikan perjuangan Islam tetapi Islam yang diperjuangkan itu sudah menghilang ditelan tsunami politik selepas Kematian Tuan Guru Nik Aziz dan terpenjaranya sdr Anwar Ibrahim. Malaysiaku! Rakyat jugalah yang menderita kerana pemimpin negaraku ini berjuang membolot harta dari khazanah kekayaan negara yang melimpah ruah di hadapan mata.

PokAmid said...

PAS berhemah tinggi?
Maaf laaa! Selagi mr presideng dan yang gong-gong masih lagi duduk mentakhta kat atas nung, jangang harap laaa!!!

Zul -14- said...

Masa Arwah dulu TG Nik Aziz ada, sbb apa geng Amanah dan Pas lani blh bersatu. Dan ketika Arwah dah pergi, byk sngt kekeliruan dalm Pas....makin hari makin meluat dgn Pas yg dok ada ni...tp hati rasa takot sbb yg sy meluat tu brpangkt Tuan Guru....sy mohon, bg la kami ni puak bawah aka pencacai fhm dgn hala tuju Pas dn brsemangt macam dulu....pas masa dlm pakatan hebat....pnyokong yg ada masa tu mmg brsemangt....lani pakat abes slow.....istiqamah tp tak buat apa2....

Unknown said...

Negara kita mengamalkan prinsip demokrasi ...sesiapa berhak bertanding dalam pilihanraya ..janganlah nak mengutuk mana mana parti ...jika berkeinginan masuk gelanggang ..biar pengundi yang menentukan