Friday, May 6, 2016

Pas pecat Husam Musa sebagai ahli

BERITA JUMAAT

Parti agama (Pas) telah memecat Husam Musa sebagai ahli, demikian dijelaskan dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Disiplin parti itu Daeng Sanusi Meriok. Pemecatan Husam bermula pada 26 April 2016 apabila Jawatankuasa berkenaan bersidang meneliti salah lakukan yang didakwa ke atas Husam Musa.

Nostalgia: Husam bersama Tokguru Nik Aziz. 
Pengumuman keputusan Pas ini saat akan berlangsung pengundian di Sarawak besok, maka ia sedikit sebanyak memberi implikasi kepada parti berkenaan, yang mungkin sengaja dilakukan. Pas bertanding di 11 kerusi.

Sehingga ini Husam masih belum memberi apa-apa respon terhadap tindakan terhadapnya itu.

 Apapun keputusan Pas itu adalah hak dan tanggungjawab parti berkenaan. Dan adalah dipercayai bekas Naib Presiden Pas itu tidak akan merayu atas apa yang berlaku.

Pemecatan itu juga akan bermula era dan hala tuju baharu Husam? Seribu tanda tanya timbul apakah anak didik Tokguru Nik Aziz itu akan bersara dalam politik, atau pun mencari wadah baharu bagi meneruskan aspirasi politiknya.

Cuma apa yang boleh disifatkan tindakan Jawatankuasa Disiplin Pas itu satu tindakan yang berani, yang mungkin sudah difikirkan bukan sahaja dari sudut kesalahan dilakukan Husam tetapi juga kesan atau implikasi yang bakal timbul kelak.

Apakah Husam mengharap beliau dipecat daripada Pas dengan harapan beliau menjadi lebih bebas untuk bergerak dan tidak dinaungi apa-apa perjanjian dan ikrar dalam parti itu? Sama-sama tunggu apakah komen daripada Adun Salor itu. [wm.kl.11:38 am 06/05/16]

No comments: