Wednesday, June 12, 2019

Cuba kaitkan dengan video lucah Azmin sifat komplot jahat


REAKSI

MENTERI Hal Ehawal Ekonomi Mohamed Azmin Ali telah mengeluarkan kenyataan khas berhubung pengaitan dirinya dengan satu kilik video lucah yang tersebar dalam media sosial sejak semalam.

Dalam kenyataan lima perenggan itu Azmin menafi sekaras-kerasnya dakwaan seorang lelaki yang membuat pengakuan menerusi media sosial mengaitkan ia sebagai dirinya.

Azmin menyifatkan dakwaan itu satu komplot jahat bertujuan untuk merosakkan reputasi dan juga membunuh kerier politiknya.



Menurutnya beliau yakin kerja jijik ini sudah dimulakan sejak beberapa bulan lalu berdasarkan kepada perkembangan politik semasa melalu intimidasi keselamatan diri dan keluarganya.

Dalam pada itu jelas Azmin beliau sudah mengarahkan peguam untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang membuat tuduhan jahat serta terhadap pelaku ini.

Beliau berjanji akan menggunakan segala kaedah undang-undang yang sah untuk mendedahkan mereka yang turut terlibat dalam kerja jahat ini.

Tegas lagi dalam kenyataan yang diedarkan lewat petang ini beliau tidak akan tunduk kepada tindakan-tindakan disifatkan sebagai pengecut itu.

Beliau menyifatkan tindakan jahat itu sebagai hendak mengalihkan isu-isu negara yang lebih mendesak dan kejayaan Kementerian Hal Ehwal Ekonomi dalam melaksanakan pembangunan negara yang mampan dan inklusif.

Beliau juga yakin pihak polis (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), akan mengambil segala langkah yang perlu berhubung tuduhan jahat itu.

Dalam perkembangan lain juga, orang ramai masih menunggu apakah tindakan polis terhadap lelaki yang membuat pengakuan kononnya di dalam video itu adalah dirinya bersama Azmin. Memelikkan kenapa polis belum membuat tangapan?

Sekiranya apa didakwa itu fitnah seperti mana dakwa Azmin ia merupakan fitnah besar yang tidak boleh dianggap sama dengan fitnah-fitnah terhadap artis atau pun politis bawahan. Azmin adalah menteri kanan yang mana seharusnya diberi perhatian khusus dan utama oleh pihak polis sebab reputasinya memberi implikasi kepada negara.

Dalam masa sama juga orang menanti apakah kenyataan Timbalan Menteri Industri Utama Samsul Iskandar Md Akin kerana lelaki yang membuat pengakuan itu dikatakan sebagai Setiausaha Sulit Kanan (SUSK)nya. Shamsul perlu bersuara menjelaskan apa yang berlaku. [wm.kl.6:56 pm 12/06/19]

1 comment:

Anonymous said...

Jika betul, letak jawatan jer. Tak pimpin jika akhlaq buruk.