Wednesday, June 12, 2019

Penyebaran video lucah mengotorkan politik kita

REAKSI

BELUM habis kita semua bertasbih dan bertahmid memuji dan membesarkan nama Tuhan sempena Aidifitri tiba-tiba kita dikejutkan dengan penyebaran kilik video porno yang katanya membabitkan seorang pemimpin kanan negara.

Dalam media sosial apa-apa sahaja boleh diakses kerana manusia menjadi tidak malu dan hilang moral, sanggup melakukan apa-apa sahaja termasuk merakam aksi sendiri dan menyebarkan untuk tontonan ramai. Cara itu dibanggakan pula. Jadi saya tidak mempercayai apa yang dimasukkan itu, video berkenaan, apabila ia turut sama terselik dalam wall media sosial saya. Saya ignorekan begitu sahaja kerana itu sebaik-baik caranya untuk tidak sama berbolot dengan kerja syaitan.

Bagaimana pun tanda tanya itu sedikit tergugat apabila selepas kira-kira 12 jam ia disebar, ada lelaki mengakui dengan bersumpah bahawa salah seorang lelaki dalam video itu adalah dirinya. Dia membuat kenyataan terbuka, (melalui media sosial) yang mana sukar untuk menolaknya. Pun begitu masih konfius dan pelik kenaa dia membuat pendedahan itu. Saya mencari di mana rasionalnya dia berbuat begitu.

Lelaki itu pula katanya berkhdimat dengan seorang timbalan menteri selaku Setiausaha Sulit Kanan (SUSK). Bukan calang-calang orang. Kalau hendak dikatakan beliau tidak waras sukar, masakan menteri berkenaan setuju menerima orang tidak waras menjadi pegawai kanannya?

Persoalan bermain dalam kepala, kenapa lelaki itu sedia membuka aibnya sendiri. Seorang yang waras tidak akan mengaku kesalahan dibuatnya sekiranya tidak terdesak. Apakah dia terdesak dan diancam maut sehingga sanggup membuat pengakuan dan pendedahan itu?

Menurutnya rakaman video itu diambil tanpa sedarinya di sebuah hotel di Sandakan Sabah. Jadi persoalan sekarang siapa yang melakukannya. Pulak, kenapa dia tampil mengakui dirinya bersama seorang lagi lelaki yang dikatakan mirip seorang menteri kanan? Sekiranya video itu terlarang dan diambil tanpa pengetahuannya, beliau perlu tampil membuat laporan polis kerana ia menyentuh soal moralnya?

Tidak ada pula maklumat lelaki itu membuat laporan polis. Bahkan cara dia membuat pengakuan itu semacam berbangga pula dengan apa yang berlaku.

Apakah tujuannya membuat pendedahan itu? Mungkin yang menyebar adalah mereka menjadi agen kepada musuh kerajaan hari ini. Ada maklumat mengatakan sebelum klik video itu tersebar secara rasmi dalam media sosial sudah ada desas desus mengenainya. Kilik video itu sudah dihantar menerusi grup WhatsAap. Ertinya penyebaran itu dirancang?

Dengan penyebaran itu mereka mahu damage dan memburukkan kerajaan yang ada hari ini. Tetapi apakah pula, lelaki itu sedia menjadikan dirinya alat? Ini memelikkan. Adalah satu kesilapan kalau orang merancang menyebarkan video itu untuk damage kerajaan dengan harapan kerajaan akan hancur. Sebab sejarah sudah ada, sebelum ini penyebaran video lucah tidak mudah menumbangkan kerajaan.

Dr Mahathir Mohamad ada pengalaman dalam berhadapan dengan isu-isu memburukkan kerajaanya dengan melumuri kekotoran kepada menteri kabinetnya. Apa yang berlaku kepada Anwar dan Rahim Tamby Chik menunjukkan Dr Mahathir berjaya mengatasinya. Fitnah terhadap Anwar tidak menumbangkan kerajaannya. Begitu juga dalam kes ini, kalau benar video itu membabitkan menteri kanannya, ia tidak menjejaskan keyakinan dan wibawa kerajaanya.

Justeru senario yang ada agak memelikkan sedikit.

Persoalan masih berlegar dalam kepala. Isu ini bukan mudah untuk diusaikan. Kejadian penyebaran video lucah ini bukan pertama berlaku dalam negera ini. Sebelum ini ia membabitkan Anwar Ibrahim dan beberapa yang lain. Akhirnya video berkenaan berlalu tanpa kesudahan. Ia diterima sebagai fitnah. Anwar tidak pun terhukum kerana fitnah menerusi video lucah.

Apakah video yang baharu ini juga merupakan fitnah terancang?

Yang peliknya, dalam video terbaru ini ada orang tampil bertanggungjawab, berbeza dengan video membabitkan Anwar sebelum ini tidak ada siapa yang mengaku secara jujur. Apabila ada yang mengakui, makanya saksi kepada video itu sudah ada.
Berbeza dengan watak-watak dalam video membabitkan Anwar tidak ada seorang pun tampil membuat pengakuan. Ertinya semua watak-watak dalam video lucah membabitkan Anwar itu adalah lakonan dan watak palsu. Ia jelas fitnah.

Sehingga catatan ini dibuat, lelaki berkenaan tidak diapa-apakan. Dia masih bebas dan polis belum membuat sebarang tangkapan. Timbalan Presiden Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man menggesa agar Mahkamah Syariah Sabah mendakwa lelaki berkenaan. Kenapa Sabah kerana ia berlaku di Sandakan Sabah. Gesaan Tuan Ibrahim itu wajar disegerakan.

Saya yakin dan percaya ramai yang sedih, kesal dan geram dengan penyebaran video berkenaan. Mereka yang menjadi penyokong menteri berkenaan akan menuduh ia fitnah semata-mata. Terbaik menteri berkenaan perlu tampil membuat penjelasan menafikan apa yang didakwa itu. Sekiranya beliau mendiamkan diri menyebabkan berbagai persepsi akan mengerumuni dirinya.

Dalam pada itu Parti Keadilan Rakyat (PKR) telah menganjurkan solat Hajat malam ini bertempat di kediaman MB Selangor untuk menolak fitnah. Untuk apa dan kenapa? Saya kurang setuju dengan solat itu, yang kononnya untuk menolak fitnah. Kenapa PKR segera mengambil tanggungjawab sedangkan belum disahkan bahawa menteri itu adalah menterinya. Apakah PKR sudah menerima lelaki yang bermirip wajah menteri itu adalah menterinya?

Solat Hajat tidak akan dapat merubah keadaan dan persepsi. Ritual agama tidak perlu dipergunakan wewenang dalam politik.

Penyebaran video berkenaan adalah bermotif politik, maka ia perlu diselesaikan secara politik juga. Dan jika ia terlibat dengan kelakuan jenayah atau sebarang kesalahan, maka undang-undang sahaja akan dapat menuntasnya.

Cara terbaik ialah mengambil tindakan mendakwa lelaki yang mengakui terbabit dengan video lucah berkenaan dan menyiasat penyebarnya. Perbicaraan dimahkamah nanti akan menjawab segala-galanya. Menteri berkenaan yang dituduh itu boleh mengemukakan saman sivil dan tindakan perlu disegerakan. Janganlah kita membuang masa dengan perkara yang dicipta untuk menyerabutkan kita. Jangan hulur kaki ke dalam lubang yang dipenuhi rebak.

Dr Mahathir selaku ketua negara juga perlu membuat kenyataan tegas berhubung penyebaran video berkenaan dalam kadar segera. [wm.kl.3:56 pm 12/06/19]

No comments: