Saturday, July 27, 2024

Usah peduli salakan serigala

SUSUPAN SORE

Ternampak dalam medsos ada beberapa orang yang dahulunya anak muda (termasuk juga orang tua) sedang membuat panggilan agar ikut berhimpun di Tambun Perak untuk menggoncang dan jatuhkan perdana menteri, Anwar Ibrahim. Beberapa muka yang dikenali, mereka sudah tidak asing lagi merupakan serigala politik. Tidak lebih daripada itu. 

Suatu masa dahulu merekalah sang penyalak utama ketika berdemonstrasi membela Anwar. Merekalah berhujah mengecam regim yang menahan Anwar. Mereka juga yang melambungkan harapan untuk menobatkah Anwar sebagai perdana menteri.

Pendeknaya mereka serigala terlatih, cekap, bengkeng dan sanggup "menyodok" apa sahaja termasuk bukit dan gunung tahi. Mereka berani sedia untuk dilokap dan dipenjara.

Hari ini selepas apa yang mereka junjung dan impikan menjadi kenyataan, mereka jadi terbalik kod, ingin jatuhkan Anwar pula. Pelik bin ajaib binti masyghul wal badigo. Membuat penilaian dan tohmahan Anwar kononnya gagal, mungkir janji dan sebagainya. Telalu pantas analisa mereka, terlalu mudah marak marah mereka, belum sampai dua tahun Anwar jadi PM, sudah mahu menghukumknya. Tidak rasional langsung.

Jika mereka bukan serigala yang tahu menyalak dan merayu bulan di malam hari, mereka ada sedikit kewarasan dalam membuat penilaian, pasti mereka malu dengan aksi mereka itu.
 
Selama 25 tahun Anwar berusaha untuk naik. Separuh waktunya dia diringkukkan dalam sel. Dirantai dan diletak disebalik tirani oleh Mahafiraun. Cuba kali, campur dan congak berapa lama dia bebas, berapa lama dia dikurung. 

Adalah mustahil kalau dalam masa dua tahun Anwar mampu memenuhi kehendak 35 juta rakyat negara ini. Dua tahun dengan 25 tahun perbandingan seperti bumi dengan langit di lapis ke sembilan.

Dan serigala itu sendiri ada berbagai sifat, kerenah dan perangai. Ada kepala berbulu, ekor dompot dan ken besar. Ekor kontot dan sebagainya. Seekor dua bergender bertina alias bapok.

Saya nak nasihatkan kepada umum khususnya anak-anak muda yang baru ceburkan diri dalam politik, jangan mudah terpanggil dengan seruan, rayuan dan salakan serigala itu. Kenali mereka sebaik mungkin, lihat tapak perjalanan mereka, hidu kencing dan najis mereka. Jika tidak puas hati ambil secubit najisnya letak dilidah rasa sifatnya. Lihat juga keturunan atau species mereka.

Kalau dahulu mereka serigala lasak dan setia kepada Anwar kemudian telah berubah kerana hanya tidak memenuhi tuntutan tembolok mereka, atau kerana gagal untuk ditempatkan dalam kadang yang baik berbanding rakan mereka, lantas mereka merajuk dan meradang, maka rapuh sangat perjuangan mereka.

Malahan bagi saya mereka tidak ada nilai perjuangan langsung. Jika mereka ada wisdom dan semangat perjuangan tulen mereka tidak menggadaikan maruah dan prinsip asal mereka hanya dengan sebuah kekecewaan. 

Kecewa itu pula bukan kerana perjuangan tetapi kerana kehendak nafsunya tidak terpenuhi.

Jangan tertipu dan terpedaya dengan mereka. Kalau Anwar yang mereka puja, sanjung dan arak ke hulu ke hilir sebelum ini boleh mereka serang dan kecam, orang yang mereka ingin atau puja kini juga akan jadi seperti itu. 

Sesungguh sikap sedemikian adalah budaya hidup mereka sebagai species serigala semula jadi, sejak diazali mereka tidak akan ada kepuasan. Jiwa mereka kontang dengan pengertian manusiawi.

Selagi mereka memilik suara dan tabiat menyalak, bermakna mereka tidak akan diam hatta berada di mana-mana sekali pun, mereka terus menyalak dan merintih hiba penuh hipokrasi. Apakah haiwan begitu yang kita ingin turuti. Tidak.[wm.kl. 2:08.00 pm 27/07/2024]
* Perkongsian dari blog, status ini telah dibuang oleh Facebook.

No comments: