Showing posts with label Analisa Rambang. Show all posts
Showing posts with label Analisa Rambang. Show all posts

Friday, April 26, 2013

UBN Dakwa Dapat Lapan Kerusi Parlimen di Kelantan?

TEMUI ANALISA                                                                                                           

Pengerusi Umno Kelantan Mustapa Mohamed nampak semakin berani dan konfiden prestasi partinya terus meningkat dari sehari ke sehari. Semalam buat pertama kali semasa melancarkan jentera pilihan raya di Pasir Puteh beliau telah menyuarakan secara terus terang UBN Kelantan mensasaran lapan kerusi parlimen dan tidak mustahil kalau UBN akan menang di 30 kerusi Negeri.

Nik Abduh: InsyaAllah menang.
Mungkin beliau ada petanda dan fakta tersendiri apabila mengeluarkan spekualasi itu. Bagaimana pun apa yang diucapkan Mustapa itu agak kontras dengan keyakinan di pihak pekerja dan petugas core parti PAS di Kelantan. Pemerhati bawahan di Kelantan yang pro kepada PAS masih beranggap PAS berada dalam keadaan selesa setidak-tidaknya akan mengekalkan pemerintah selepas pilihan raya ini.

Fakta-fakta yang dikeluarkan oleh kedua pihak untuk dijadikan pentunjuk aras kemajuan masing-masing tidak dapat disahkanh oleh mana-mana pihak. Ia dibuat berdasarkana pemerhatian, kajian dalaman parti dan pendapat-pendapat bebas yang boleh jadi tepat dan boleh jadi meleset.