Showing posts with label Mukhriz dan Ridzuan. Show all posts
Showing posts with label Mukhriz dan Ridzuan. Show all posts

Monday, April 1, 2013

Mukhriz Pernah Dalam Satgu Majlis Dengan Muhamad Ridzwan?

ERTI SEBUAH GAMBAR                                                                                                   

Lelaki yang diumumkan oleh Pesuruhjaya Polis Sabah, Hamza Taib yang dikehendaki oleh polis bagi membantu peristiwa pencerobohan ke atas Lahad Datu, Mohamad Ridzwan Sulaiman telah menyerah diri kepada polis hari ini. Lelaki itu rupanya Yang Dipertua Pertubuhan Kebajikan Al-Ehsan yang mesra dengan pemimpin UBN termasuk Najib Razak.

Dikatakan Ridzwan bersama Mukhriz dalam satu majlis.
Dia menyerah diri di balai Polis Daerah Ampang dengan diiringi 10 pengiring dipercayai penyokongnya.

Bercakap kepada media sebelum menyerah diri kepada polis Ridzwan mengakui beliau ada memberi bantuan kewangan kepada Sultan Sulo, Jolo Selatan Filipina iaitu Sultan Muedzual Lail Tan Kiram yang ditemuinya pada 15 dan 16 September tahun lalu.

Rizdwan menyerah diri ekoran gesaan dan pendedahan dibuat oleh Pesuruhjaya Polis Sabah, Hamza Taib yang menyuruh dia berbuat demikian di mana-mana balai polis berdekatan.