Showing posts with label Noh Omar. Show all posts
Showing posts with label Noh Omar. Show all posts

Saturday, November 22, 2014

Noh perlu panggil Pas untuk kuatkan Umno Selangor

SUSUPAN SENJA                                                                                           

Noh Omar memberi tahu yang Mohd Najib Razak masih mahukan beliau terus memimpin Umno Selangor. Menurutnya, walaupun beliau tidak keberatan sekiranya digugur sebagai Pengerusi Umno Selangor, tetapi Najib tetap mahukan dia memimpin Umno Selangor. Ertinya Najib masih ada kepercayaan kepada bekas Menteri Pertanian dan Asas Tani itu.

Noh Omar
Jaminan Najib itu sudah tentu menggembirakan Noh Omar yang sebelum ini dikirik oleh Dr Mahathir Mohamad sehingga mencadangkan agar Umno Selangor dibubarkan. Kritikan Mahathir itu membikinkan Noh tidak lelap tidur. Mujur tidak ada sambutan hangat terhadap cadangan Mahathir itu. Kalau ia disambut sudah tentu kedudukan pengerusi Umno Selangor akan berubah dalam masa terdekat.

Jaminan daripada Najib itu diperolehi Noh ketika beliau bertemu dengan Najib empat biji mata Selasa lalu. Pertemuan empat biji mata itu dianggap sebagai penting dan eksklusif.

Tuesday, August 5, 2014

Noh tidak bijak kalau hendak menangguk di air keruh

SUSUPAN PAGI                                                                                    

Pengerusi Umno Selangor Noh Omar berkata pihaknya sedia menghadapi apa saja kemungkinan berkaitan dengan perkembangan di Selangor kini. Nampaknya Noh sedang memerhati penuh minat terhadap apa yang sedang berlaku. Ada tiga kemungkinan yang sedang dihisab oleh Umno, pimilihan MB baru, diadakan pilihan raya semula ataupun undi tidak percaya terhadap Khalid.

Noh Omar
Cara Noh bercakap semacam parti itu konfiden sahaja akan mendapat manfaat daripada kemungkinan-kemungkinan yang bakal berlaku itu. Secekap mana Umno hendak menangguk di air keruh kali ini atau menahan lukah di pergentingan, sama-sama kita perhatikan.

Untuk pengetahuan Noh apa dirasakan itu tidak semudah itu. Salah satu kemungkinan itu akan berlaku, dan mungkin juga tidak berlaku namun ia bukan bererti akan memberi untung laba besar kepada Umno Selangor. Noh dan Umno jangan mengharap hujan kerana terdengar guruh di langit.

Tuesday, July 30, 2013

Noh Omar Perlu Kurangkan Sikit Bengkengnya

RENUNGAN ZOHOR                                                                             

Dulu kalau sebut harimau atau singa semua orang takut kerana binatang ini sangat bengkeng dan ganas. Kuku dan taringnya tajam berkilau. Tidak boleh salah sikit akan dibaham dan dikekahnya binatang lain. Tetapi hari ini, dunia sudah berubah... kebengkengan kedua binatang ini juga sudah berkurangan. Mereka tidak dapat boleh bengkeng sangat kerana habibat mereka sudah terusik. Mereka perlu banyak berkompromi dengan perubahan zaman.

Kalau mereka terus dengan perangai bengkeng, ibarat kata akan kelaparanlah mereka. Tidak ada siapa yang ingin berkongsi dan bersimpati dengan mereka. Banyak binatang yang menjadi mangsa mereka sudah pupus ataupun melarikan diri meninggal hutan belantara kerana sudah diroboh. Jadi makanan mereka sudah tidak banyak lagi.

Kalau harimau dan singa boleh cool down dan mengurangkan kebengisan dan kebengkengannya apalah tidak dengan bekas menteri, Noh Omar. Rasanya Noh juga boleh kurang bengkeng dan tidak bengis sangat. Walaupun kita baru dilantik menjadi Pengerusi Perhubungan Umno Selangor, jawatan itu bukan lesen untuk menjadi bengkeng dan cengeng.

Saturday, September 29, 2012

Ezam dan Hasan Akidah Bakal MB Selangor?

SUSUPAN MALAM

Is Noh bin Omar kata Umno Selangor ada banyak tokoh yang boleh dilantik menjadi menteri besar. Ada tokoh korporat, ada tokoh agama, ahli akademi dan juga profesional. Jadi katanya Pakatan Rakyat tidak perlu heboh bertanya fasal siapa bakal dilantik menjadi MB Selangor.  Yang penting katanya biar menang dulu. Iya tak iya juga kalau sebelum menang tak perlu heboh fasal siapa MB.

Mungkin mengikut firasat Is Noh sendiri bahawa sukar untuk Umno merampas balik Selangor. Penerimaan rakyat kepada Khalid Ibrahim dan simpati umum kerana selalu dipermainkan pihak tertentu menyebabkan kedudukan Khalid semakin kukuh dan mantap. Simpati tinggi dari rakyat diterima Khalid.

Mengenai siapa MB, Noh sendiri disebut-sebut untuk dilantik menjadi MB Selangor. Kedudukannya sebagai timbalan pengerusi Umno Selangor adalah sesuai dan 'tanggung' untuk dilantik menjadi MB. Tetapi soalnya Is Noh sendiri tidak yakin dia dapat menang di salah satu kerusi DUN dalam parlimen Tanjung Karang.

Katanya dalam PRU 12 lalu nama Noh sudah dicalonkan untuk bertanding disalah satu kerusi DUN dalam parlimen Tanjung Karang dan diura-urakan untuk dilantik jadi MB, tetapi beliau tidak mahu. Mungkin Noh dapat merasai Umno akan kalah dan Selangor terlepas. Ternyata rasa hati kecil Noh itu benar apabila Umno tertumus makan pasir di Selangor.

Kalau dia bertanding DUN baru-baru ini dan menang paling tinggi kedudukannya sebagai ketua pembangkang di DUN Selangor sahaja. Jadi kerana masih dihinggap trauma itu menyebabkan Is Noh sendiri tidak begitu ghairah untuk bertanding DUN meskipun disebut-sebut akan dijadikan MB.

Apabila Is Noh mengatakan Umno Selangor ada tokoh untuk dilantik menjadi MB, kita dapat mengenali nama-nama atau tokoh itu. Ia tentu sekali bukan Mohd Zain Abdullah atapun ketua pembangkang di DUN sekarang ini yang bernama "bin Diman" itu. Kedua mereka ini jauh lebih rendah martabatnya dari Is Noh sendiri.

Nampaknya Mohd Zain Abdullah yang dikenali dengan nama Mohad Zain Badak di kalangan Umno seakan cuba capture dirinya untuk dijadikan MB Selangor. Acap juga dia bangkit membuat kenyataan akhbar mengkritik kerajaaan Selangor. Namun semua kritikannya tidak ada ummppp dan diketawa oleh budak-budak.

Selain Mohd Zain Badak, dan ketua pembangkang Bin Diman itu, ada dua lagi yang dilihat berhajat dan mempunyai nafsu besar untuk menjadi MB Selangor. Mereka merasakan layak kerana status dan juga latar belakang mereka. Secara tidak langsung dua orang ini juga termasuk dalam kategori disebut Is Noh itu.

Mereka ialah Mohamad Ezam Mohd Noor bekas ketua angkatan muda Keadilan dan seorang lagi Hasan Akidah. Ezam lebih tua berbanding Hasan dari segi tempoh menyertai Umno. Kononnya beliau menjadi harapan anak muda Selangor untuk dilantik menjadi MB. Manakala Hasan Akidah lebih muda bahkan masih pun belum menyerahkan borang Umno meskipun kalau sudah diisi.

Atau pun keahlian Hasan sebelum ini, sebelum dia menjadi ahli Pas masih ada atau dihidupkan semula. Elok kalau Umno mempertaruhkan Hasan Akidah untuk jadi MB. Kerana sebelum ini pun dia begitu terhingin untuk menjawat jawatan itu dan merasakan dia lebih layak kerana sedari kecil lagi sudah membaca khutbah Jumaat serta merasai lebih Islami dari orang lain.

Apakah bila Is Noh Omar mengatakan partinya ada tokoh dari berbagai bidang untuk dilantik menjadi MB itu ia termasuk dua tokoh politik imigran atau nomad ini? Ezam boleh dikategorikan sebagai seorang ahli pofesional. Kebijaksanaannya boleh dilihat bagaimana enam kotak kosong boleh dihidupkan menjadi isu. Namun usaha untuk membawa Ezam ke tempat itu nampaknya layu sebelum berkembang. Orang Umno Selangor tidak dapat menerima pelarian nomad seperti Ezam. Ezam sendiri sebenarnya tersalah lorong ketika masuk Umno kerana orang yang hendak dijadikan god father berundur lebih awal.

Sementara Hasan Akidah pula boleh dikategorikan sebagai ulama kerana betapa obsesnya dia hendak memperbetulkan dan memurni aqidah umat Islam. Tidak ada tokoh didalam Umno yang memiliki kepakaran seperti Hasah Akidah itu. Hanya orang berada di tahap mutakim saja boleh mencheck akidah orang lain. 

Soal dia masih belum menjadi ahli Umno tidak menjadi masalah, Umno boleh mengambilnya menjadi winnable candidate di dalam pilihan raya akan datang dan letaklah bertanding di Gombak Setia kerusi yang dimenanginya atas tikit Pas sekarang ini.

Ezam hendak letak di mana pula? Kerusi paling sesuai bagi Ezam ialah Bukit Antarabangsa berdepan dengan Mohamed Azmin Ali yang juga antara orang yang disebut-sebut bakal dilantik menjadi MB Selangor kalau Pakatan Rakyat berjaya mengekalkan kekuasaan di Selangor. Kalau Ezam dapat menewaskan Azmin lantiklah dia sebagai MB Selangor. Ezam juga merasakan dia lebih perfect dalam politik berbanding dengan Azmin. Urkhhhhhhh.... khabarnya Mat Said yang sakit telinga sudah beransur pulih. [wm.kl. 7:22 pm 29/09/12]

Wednesday, September 19, 2012

Lagi Tanah Milik Kerajan Bernilai Berbillion Ringgit Dijual?

SUSUPAN PAGI 

Yang Dipertua, soalan saya no 6996 berbunyi; Mohon penjelasan menteri berkenaan berhubung penjualan tanah kuaters perumahan kakitangan Jabatan Pertanian terletak di belakang Wisma Tani Kuala, yang dilaporkan sudah dijual?

Noh Omar: Awas kau...
Kalau saya menjadi ahli parlimen saya akan lontarkan soal berbunyi di atas tadi kepada Menteri Pertanian dan Asas Tani, Noh Omar berhubung penjualan tanah berkenaan. Saya ingin tahu kenapa tanah yang bernilai tinggi itu dijual dan mengapa mengorbankan kuaters kakitangan kerajaan.

Apa yang sangat-sangat saya ingin tahu ialah berapa nilai penjualannya dan kepada siapa? Ini kerana ada dasus-desus mengatakan penjualan tanah itu kepada kroni? Saya menimbulkan ini sebab banyak penyelewengan atau salah guna kuasa dikatakan berlaku di kemeterian berkenaan. Keraguan demi keraguan wujud dan menjadi misteri. Isu benih padi, ikan bakar, burung walid dan sebagainya.

Sehubungan itu saya juga ingin mengetahui apakah kedudukan janda menteri berkenaan di sebuah perumahan elit di Sungai Buluh apakah masih dipedikan atau dibiarkan begitu saja.Saya pernah melalui di hadapan rumah janda menteri berkenaan, yang tinggal bersama dua orang anaknya bersama menteri itu. Melencung sikit tu, tapi menyeronokkan...

Saya juga ingin menteri berkenaan jelaskan apakah resionalnya penjualan tanah itu. Atau pun ia dibuat sebelum beliau memegang jawatan itu. Sebenarnya selain dari tanah bermutu tinggi itu ada lagi tanah-tanah lain milik atau di bawah bidang kuasa kementerian berkenaan dalam proses penjualan. Dan kalau ada berapakah komisyen yang diperolehi pihak-pihak tertentu ekoran penjualan tanah itu?

Saya akan cuba mencari lokasi tanah itu dan pukul gambar dan masukkan dalam blog bila ada masa senggang sikit. Atau kalau rakan-rakan bloger lain ada masa boleh berbuat demikian, kita sama-sama tengok kedudukan tanah berkenaan.

Hendaknya ada ahli parlimen pick-up soalan ini untuk dihulurkan kepada menteri berkenaan ketika sessi parlimen minggu depan kita mahu tengok macam mana dia bersilat menjawabnya.  [wm.kl.11:38 am 19/09/12]

Thursday, January 26, 2012

Susupan Malam

Penjelasan Noh Omar Tersekat?

Selepas Ketua Audit Negara, Ambrin Buang cuba meredakan sedikit pembongkaran terhadap projek lembu gemuk (NFC) yang kena belasah terus sehingga memaksa Shahrizat Jalil bercuti selama tiga minggu dengan meralatkan audit tak kata projek NFC kucar kacir. Noh Omar pula tampil malam ini seperti mana dilapor media PB, dengan cuba menjelaskan isu NFC sengaja dipolitikkan oleh pembangkang.

Noh cuba hendak membela rakannya atau bekas Menteri Pertanian dan Indsuteri Asas Tani Udin anak Yassin yang dikatakan sangat mengetahui perjalanan NFC itu.

Saya malas ulas banyak penjelasan Noh yang tidak jelas dan tersekat-sekat itu cuma nak bertanya kepada satu persoalan yang dikatakan olehnya. Menurutnya projek itu menghadapi masalah sedikit apabila syarikat yang hendak datang melabor tiba-tiba tidak jadi.

Katanya ladang itu seluas 5,000 ekoar merupakan ladang peninggalan, (ladang gagal) pihaknya telah pun menyediakan syarikat itu masuk mengusahakan. Cara Noh 'beroyak" (bahasa Orang Asli memberi tahu), syarikat itu seperti syarikat dari luar negara.

Penjelasan Noh tersangkut kerana tidak menyebut syarikat berkenaan dan juga menjelaskan kenapa tiba-tiba syarikat itu tidak jadi masuk. Apakah ia ada kena mengena dengan komisyen atau fee yang terlalu tinggi yang perlu dilunasi ataupun kerana diminta wang tumbuk rusuk yang besar?

Hendaknya Noh memberi penjelasan perkara ini dan tidak boleh meninggalkan ayat itu tergantung. Sebenarnya banyak perkara misteri dalam kementerian pertanian dan industrian asas tani. Kalau beliau tidak jelas orang boleh menganggap beliau juga terlibat dengan tindakan syarikat itu membatalkan niat dengan tiba-tiba itu.

Dalam pada itu perlu ada pihak tertentu membuat selidikan mengenal pasti syarikat yang tidak jadi masuk itu untuk mendapat penjelasan apakah sebab musababnya. Saya percaya pembatalan itu ada kena mengena peraturan-peraturan luar tabiit yang dikenakan oleh pihak berkuasa di negara ini khususnya orang politik seperti mana yang telah disedia maklum. [wm.kl.10:56 pm 26/01/12]