Showing posts with label Pas Selangor. Show all posts
Showing posts with label Pas Selangor. Show all posts

Wednesday, March 8, 2017

Renung jatuh bangun parti agama (Pas) Selangor

RENUNGAN SORE

Mari kita tinjau perjuangan parti agama (Pas) di Selangor khususnya penglibatan mereka dalam pilihan raya serta pencapaian dan prestasinya.

Parti itu mula mengambil bahagian dengan menyertai pilihan raya buat pertama kali dalam tahun 1959. Penyertaan parti itu dalam pilihan raya tersebut tidak membawa apa-apa hasil. Kosong. Mungkin juga ada calonnya yang yang wang pertaruhan. Bolehlah ia dianggap penyertaanya untuk merasai suasana pilihan raya dan untuk menimba ilmu.

Penyertaan parti itu dalam pilihan raya pada tahun 1964, juga tidak memenangi apa-apa kerusi, begitu juga pada tahun 1969.

Pada tahun 1978 dan 1982 parti agama itu tidak menyertai pilihan raya kerana pada masa itu Pas bekerjasama dengan Umno menyertai Barisan Nasional (BN).

Tuesday, June 17, 2014

Berikan kuasa agama sepenuhnya kepada sultan

ULASAN SENJA                                                                              

Cadangan empat ahli parlimen Pas dari Selangor supaya kerajaan negeri meminda undang-undang untuk menghapuskan kuasa eksekutif Majlis Agama Islam Selangor (Mais) agar Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) tidak menerima arahan majlis itu, bagi saya tidak relevan dan menyelesaikan masalah.

Apa yang patut didesak ialah agar kerajaan Selangor meminda perlembagaan negeri untuk membolehkan penguatkuasaan terhadap apa-apa kesalahan jenayah agama di Selangor diletak dibawah tanggungjawab pihak Istana atau Sultan Selangor sepenuhnya.

Sesuai dengan Mais dibawah bidang kuasa sultan, maka elok penguatkuasaan agama juga diletak dibawah sultan. Untuk tujuan itu undang-undang tubuh kerajaan Selangor perlu dipindah ataupun mewujudkan satu enakmen khas membolehkan kuasa itu berada dibawah sultan. Mungkin penubuhan Lembaga Perumahan dan Tanah Johor (LPTJ) 2014 boleh dijadikan ilham.

Wednesday, September 7, 2011

Catatan Tengahari

Saya Hanya Selesema Pas Selangor Sakit?

NAMA lagi penulis kalau tidak menulis bukanlah dia seorang penulis. Penulis memang tidak boleh duduk diam dan menyepi. Penulis tidak boleh melihat sesuatu di depan matanya berlalu begitu saja tanpa dikupas, diulas dan disorot. Soal perbezaan pandangan penulis dengan orang (penjenguk) itu perkara lumrah.

Sebab itu kalau ada orang tidak sependapat dengan saya, iya biarkan saja. Itu hak anda. saya menghormati pandangan berbeza itu sebagai satu kritikan konstruktif.

Saya cuba istirehatkan diri untuk tidak menulis dan mengisi blog ini. Selesema yang menyerang agak menganggu pemikiran dan seluruh badan pegal-pegal dan ngilu sendi merasa sengal. Perubahan musim dan kondisi berpuasa selama sebulan memungkinkan selesema menyerang.

Alhamudulilah Tuhan sentiasa membantu saya. Kawan-kawan jauh dan dekat memberi perhatian, menasihat dan mengajar itu dan ini untuk menyembuhkan penyakit. Taukeh Kopi Janda, sdr Zulaimi Kazin petang semalam bersusah payah datang membawa sekopi susu yang diproduknya sendiri.

Susu gtc-Power Plus namanya sungguh berkesan untuk mengembalikan kesihatan tubuh badan yang lengguh. Satu formula baru dalam penyajian minuman kesihatan. Pagi ini pula staf pejabat datang membawa sebotol Breacol. Sebelum itu cuba meminta bantuan seorang kawan, dia kesibukan pula dengan kes-kes mahkamah yang perlu disegerakan. Hingga kini kawan itu belum sampai.

Seorang kawan yang baru pulang dari mengerja umrah, dikiranya membawa balik air zam-zam. Teringin untuk meminum air mujizat Nabi Ismail a.s. itu. Malangnya menurutnya sampai kini air zam-zam yang dibawa syarikat penerbangan nasional (Mas) yang bakal bertukar tangan dan pemilik itu belum juga tiba. Dia meradang, udahlah kena bayar ekstra RM500 untuk bawa air zam-zam lewat pula, ringusnya.

Alhamdulilah batuk sudah beransur pulih dan tubuh yang lenguh dan pegal sudah pun mereda. Kini tanggapan mengapai keyboard laptop untuk menulis dan mengulas sesuatu yang penting dan benar-benar menyenak dalam jiwa.

Isu ialah mengenai Pas Selangor. Khalid Samad mendedahkan ada usaha dilakukan sekumpulan kabilah untuk menjatuh Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim. Ini pendedahan terbaru. Dari mana maklumat itu diperolehi wala'hualam. Mungkin juga dari pengamatan beliau terhadap beberapa siri atau aksi yang terjadi di Selangor ke belakangan ini.

Memang kalau dilihat isu yang berlaku di Selangor seperti penyerbuan gereja, keperhatinan Sultan kepada pentadbiran Selangor dan sebagainya untuk menguatkan kedudukan Islam di Selangor. Manakala pihak yang cuba mempertikaikan tindakan itu sebagai golongan yang tidak peka dengan Islam dan terlalu mementingkan kepada kemenangan.

Namun secara diam isu-isu itu merupakan perangkap untuk memerangkap Pas sendiri. Apa dilakukan oleh Jais itu meskipun atas nama Islam tetapi kesannya ia menjahamkan Pas. Orang Pas harus menyedari jarum halus yang ada di sebalik segala tindak tanduk itu. Ini kerana dua puak wujud di dalam Pas mengenai isu berkenaan. Satu puak mempertahankan tindakan Jais dan satu lagi menentangnya.

Apakah orang Pas Selangor khasnya kedua pihak terlibat menyedari akan kesan dan bahaya pertembungan ini? Atau mereka sudah sedia berkerat rotan berpatah arang di antara satu sama lain. Mereka tidak lagi berfikir dan bertindak atas kebaikan Pas. Mereka sudah tidak mengira lagi akan baik dan buruk kepada jemaah dengan tindakan itu.

Sedih dan malang orang-orang yang menerajui Pas Selangor akhir-akhir adalah orang yang cerdik. Profesional dan petah bercakap semuanya. Tinggi ilmu agama dan dunia. Jauh berbeza dengan pemimpin sebelum ini yang dianggap dari kumpulan ustaz yang kolot dan pemikiran sempit. Kontrasnya, Pas nampak semakin 'ribut' di bawah kepimpinan profesional yang ada hari ini. Ini kifarat Tuhan li alamin.

Apa gunanya Pas mendapat pemimpin profesional tetapi mereka tidak membawa kebaikan dan kesejahtraan kepada parti dan beretindak secara profesional dan mengikut nafsu amarah? Sepatutnya cerdik pandai tidak mudah terperangkap dalam pemasangan jerat musuh. Apa yang patut diutamakan seburuk mana yang parti lakukan perlu diutamakan, demi parti. Sebaik mana yang dilakukan musuh parti ia harus diketepikan. Banyak peristiwa dalam sejarah Islam mengenai perjuangan dan jatuh bangun, kenapa tidak baca dan hayatinya? Kenapa?

Orang yang taat dan setia dengan jemaah akan menghormati jemaah. Mereka tidak akan menimbulkan masalah. Mereka tidak akan mengkhinati jemaah. Mereka akan mengurangkan masalah kepada jemaah. Mereka juga sedia berkorban.

Apa yang diputuskan jemaah hendaklah redha dan terima dengan penuh keterbukaan. Ingatlah dalam perjuangan bukan soal kemenangan, pangkat dan kedudukan. Dalam perjuangan ialah mendapat keredhaan Allah. Janganlah hampakan harapan rakyat bawahan yang ikhlas dan setia dengan perjuangan. Paling penting jangan merasakan hanya diri kita yang kuat memperjuangkan Islam dan orang lain mahu menjualnya.

Perkembangan di Selangor hari ini harus diselesaikan segera. Jalan mudah semua pihak kena bertaubat. Kena kembalikan keyakinan dan jangan meragui keyakinan jemaah. Kalau sikap confius ini wujud, serang menyerang sesama sendiri apa lagi kalau sedia bermaufakat dengan musuh, maka tunggulah masanya Pas akan runtuh dan hancur. Pas Selangor akan menangis kekesalan sendiri, kalah jadi abu menang jadi arang.

Kalau Pas Selangor tumbang dalam pilihan raya akan datang, kesemua pemimpin besar Pas Selangor baik yang sebelum ini atau yang kini harus dipancung. Pas tidak akan kalah tanpa pengkhianatan orang dalamnya sendiri. Sudah banyak sejarah perjuangan dunia ranap dan berjaya di gempur musuh apabila orang dalam bersikap munafik membuka penyelak pintu dari dalam untuk membawa masuk musuh.

Selesema sudah agak redha sikit bila dapat menumpahkan kemarahan! Khabarnya Mat Maslan juga dibaham selesema? [wm.kl.11:51 am 06/08/11]