Monday, February 18, 2008

Berita Pagi

Tengku Razaleigh Tolak Pujukan Annuar Untuk Jadi Pengarah Pilihan Raya

BOHONG orang yang memberi tahu maka bohonglah saya. Saya percaya berita ini benar dan tidak ada gunanya kalau kawan yang memberi tahu itu untuk berbohong kerana tidak ada apa-apa keuntungan kalau dia berbuat demikian.

Cerita begini, pada Rabu lalu Annuar Musa ada mengunjungi Tengku Razaleigh Hamzah di kedimannya di Langgak Golf, Ampang. Tidak dijelas pula apa kunjungan itu bersendirian - pertemuan empat biji mata ataupun ada mata-mata lain yang mengikutinya.

Mauduknya ialah Annuar telah meminta Tengku Razaleigh agar menjadi Pengarah pilihan raya bersama di Kelantan. Annuar membuat tawaran itu kononnya ada suruhan Abdullah Ahmad Badawi. Betul ke atau pandai-pandai Annuar sahaja?

Kita tahu kenapa Annuar sanggup menemui Tengku Razaleigh dan menawarkan 'jawatan' itu kerana keadaan Umno hari ini sangat terdesak. Umno mahu menang dan menubuhkan Kerajaan di Kelantan tetapi keupayana untuk menang tidak ada. Annuar sendiri tidak yakin Umno boleh menang.

Kalau Annuar yakin dia mampu merebahkan Nik Abdul Aziz Nik Mat, beliau tidak akan mengunjungi Tengku Razaleigh. Beliau tidak meminta tali hayat dengan bekas Menteri Kewangan itu. Beliau akan hadapi sendiri bersama teman-teman Tiga Botaknya - Awang Adek Husin dan Mustapa Mohamad.

Namun kerana keadaan sudah terdesak maka beliau sanggup mengadai air mukanya, memujuk Tengku Razaleigh. Perlu diingat sebelum ini Annuar membuat cadangan untuk menurun Tengku Razaleigh ke DUN tetapi ditolak oleh Tengku Razaleigh Hamzah.

Apa kata Tengku Razaleigh berhubung tawaran itu? Menurut kata kawan itu Tengku Razaleigh tidak menerima pelawaan Annuar atas suuruhan Abdullah itu. Alasannya, menurut kawan itu kata Tengku Razaleigh kenapa disaat-saat akhir baru datang menemuinya. Setelah Umno lemas dan sesak nafas baru minta pertolongannya.

Kesimpulannya kunjungan Annuar Musa itu tidak berhasil. Tengku Razsaleigh tidak bersedia untuk terus jadi gurka dalam Umno selepas membubarkan Semangat 46. Barangkali beliau sudah serit menjadi gurka kepada Dr Mahathir lebih 10 tahun lalu tanpa sebarang upaya yang berbaloi.

Yang menariknya Tengku Razaleigh masih berpegang kepada ramalannya bahawa Umno tidak akan mampu menumbangkan Kerajaan Pas.

Menurut kata kawan itu Tengku Razaleigh menyatakan setakat ini hanya sembilan (9) saja kerusi selamat bagi Umno. Manakala dari 14 kerusi Parelimen Umno hanya boleh menang di dua kerusi saja termasuk Gua Musang yang akan ditandingi Tengku Razaleigh Hamzah. [wm.kl 10:00 18/02/08]

No comments: