Sunday, August 10, 2008

Fikiran Ahad

Banyak Cakap Jadi Tersalah Cakap

CAKAP-CAKAP oleh dua orang yang berusia lebih 75 tahun ke atas yang dilaporkan oleh akhbar hari ini agak lucu dan menggambarkan betapa orang seperti mereka lebih baik diam daripada bercakap. Kalau mereka diam rasanya harga diri mereka menjadi lebih mahal daripada mereka bercakap. Bila mereka bercakap harga diri mereka juga boleh merudum.

Pepatah pun ada mengatakan kalau kamu merasakan kurang ilmu lebih baik kamu diamkan saja nescaya orang tidak akan sedar akan kelemahan kamu!

Pertama ialah mengenai cakap-cakap bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad, (berumur 83 tahun) yang bersedia untuk lari meninggalkan negara ini sekiranya Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri 16 September depan.

Walaupun cakap-cakap itu tidak lebih dari cakap politik namun ia memberi gambaran betapa buruknya Anwar sampai Mahathir hendak lari meninggalkan negara ini dan hidup di negara lain. Itu menggambarkan betapa bencinya Mahathir kepada Anwar.

Hanya seseorang yang terlampau membenci seseorang saja tidak mahu bersua, bercakap dan juga bercerita mengenainya. Dan cara Mahathir itu menunjukkan beliau tidak boleh menerima langsung kalau Anwar menjadi pemimpin Malaysia.

Bila mengenangkan cakap-cakap Mahathir itu saya teringat cakap-cakap berversi sama yang pernah dikeluarkan oleh bekas pemimpin Darul Arqam, Ashaari Muhammad. Ashaari di zaman hebatnya dulu pernah mengeluarkan kata-kata untuk menjadi warganegara lain kerana tidak mahu berada dalam sistem pemerintah Mahathir yang dianggap zalim menekan gerakan dakwah.

Kerana itu beliau bercadang untuk memohon kepada Yang di-Pertua Agong untuk menjadi warganegara lain.

Tidaklah pula saya pastikan apakah Ashaari sempat berbuat demikian. Cuma apa yang sangat diingatkan beliau kemudian ditangkap secara borong bersama pengikutnya dan ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), kemudian mengaku pula secara beramai-ramai meninggalkan perjuangan dan ajaran Aurad Muhammadiah yang menjadi pegangan Darul Arqam.

Apabila mendengar Mahathir hendak berhijrah bila Anwar jadi PM, samalah dengan apa yang Ashaari lakukan itu. Jadi di sini boleh disimpulkan, mutu, darjat dan kelas pemikiran politik Mahathir sama sahaja dengan Ashaari Mohammad, tidak sanggup berdepan dengan musah secara gentleman!

Cakap-cakap kedua yang agak lucu dan membuatkan saya terdesah ialah cakap-cakap Mursyidul Am Pas, Nik Abdul Aziz Nik Mat (kini sudah berusia 77 tahun) yang mengatakan amalan kronisme dibenarkan dalam Islam. Beliau dalam mempertahankan perlantikan menantunya sebagai Ketua Pegawai Operasi Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), Ariff Fahmi Abdul Rahman merujuk kepada perlantikan Khalifah Rasyhidin (sahabat empat Abu Bakar, Omar,Othman dan Ali) yang berunsur kronisme.

Hujah beliau, tidak menjadi masalah dengan perlantikan kroni kalau ianya layak untuk ke jawatan tertinggi atau ke dalam mana-mana organisasi dan syarikat. Beliau membuat pandangan ini ekoran timbul kritikan terhadap perlantikan menantunya ke jawatan itu di mana beliau adalah pengerusinya.

Pastinya Nik Aziz mengeluarkan kenyataan berupa fatwa itu bukan suka-suka tetapi berpegang kepada nas dan sejarah. Jadi mulai hari ini amalan kronisme tidak jadi masalah dalam parti politik termasuk melantik kaum keluarga sebagai pembantu dan sebagainya. Pas juga mulai hari ini kena terima kronisme dan ini pula secara tidak langsung bertentangan dengan perjuangan PKR dan Anwar Ibrahim yang begitu memandang jijik kepada kronisme dan nepotisme.

Ini nampaknya fatwa dan pandangan baru dari Mursyidul Am Pas itu. Beliau terkenal sebagai seorang pemimpin Islam dan ulama yang terbuka dan liberal serta berani mengemukakan pandangan-pandangan yang menimbulkan kontroversi seperti berkawan dengan syaitan dan Tuhan mencarut dan berbagai-bagai lagi.

Sebelum ini masalah kronisme menjadi kritikan dan kebencian Nik Aziz dan juga orang Pas terhadap Abdullah Ahmad Badawi apabila Abdullah melantik menantunya Khairy Jamaluddin menduduki Tingkat Empat. Apakah penentangan itu disebabkan Khairy tidak berlayakan dan berpengalaman seperti Ariff Fahmi? Ataupun kerana kronisme Abdullah itu kronisme Islam Hadhari yang bertentangan dengan kronisme sahabat empat itu?

Dan seperti mana saya teringat kepada apa yang dilakukan kepada Dr Mahathir sama dengan dilakukan Ashaari Muhammad itu, maka begitulah juga saya teringat apa yang pernah dilakukan Nik Abdul Aziz ke atas bekas Presiden Pas, Mohd Asri Muda. Saya masih ingat pada tahun 1980-an kenapa Nik Aziz tidak setuju dan sebulu dengan Asri ialah kerana bekas Presiden Pas itu mengamalkan kronisme dalam parti.

Asri melantik ipar duai dan isterinya memegang jawatan tinggi dalam parti. Salahuddin Abdullah (iparnya kalau tak silap) dilantik menjadi Setiausaha Badan Perhubungan Pas Kelantan, manakala Sakinah Junid, isterinya dilantik menjadi Ketua Muslimat.

Kemuncak penentangan Nik Abdul Aziz ialah apabila Mohd Asri melantik orang-orangnya menjadi calon dalam pilihan raya 1982 dan membelakangkan orang-orangnya. Perbalahan itu bukan saja setakat protes secara senyap tetapi Nik Abdul Aziz memberi kata dua kepada ahli-ahli Pas Kelantan samada memilih beliau ataupun Asri!

Tindakan Nik Abdul Aziz ketika itu disokong oleh kebanyakan ahli Pas. Mereka yang termakan hujah kronisme sebagai huduh ketika itu mengambil tindakan menyokong Nik Aziz. Kumpulan Asri akhirnya tersisih dari Pas yang kemudiannya bertolak dari situ juga bekas pemimpin Pas yang banyak berjasa itu akhirnya keluar meninggalkan Pas.

Dan apakah setelah 26 tahun Asri tidak ada dalam Pas masalah kronisme tidak berbangkit lagi dan ironinya sudah boleh dijadikan amalan oleh Pas? Persoalan ini saya tidak berani menjawab dan menghuraikannya sebaliknya terserahlah kepada kebijaksanaan ahli dan penyokong Pas untuk menimbangkangnya. Cuma di hari minggu ini apa yang nak saya singgungkan ada kalanya orang tua tersalah cakap disebabkan kerana terlalu banyak berakap! [wm.kl 2:15 pm 10/08/08]

11 comments:

RS said...

Assalamualaikum Br MSO,

Bila Mahathir mengatakan dia akan meninggalkan Malaysia sekiranya DSAI menjadi PM, saya lebih merasakan bahawa dia akan berbuat begitu kerana lebih kepada takutkan DSAI memburunya kerana dosa-dosanya dulu, daripada lari kerana terlalu benci dengan DSAI. Kalau setakat benci, dia tak sakit apa-apa kalau duduk diam-diam tak merapu sana sini. Tak gitu Br MSO? Saya lebih suka kalau DSAI dan seluruh rakyat membalas dosa-dosanya terlebih dulu.

mangchikla said...

Salam bro. Kalau eden jadik madey pon eden lari...muekekeek.. Ttg TGNA, org tue tu mmg camtu, cakap lain, maksud sebenor lain...

Anonymous said...

ayahanda mso,

kena semak semula cakap2 TM dan TGNA tersebut, sumbernya dari mana. Ulasan pemberita kah ataupun dari mulut mrk sendiri. Supaya tak timbul masalah macam yg berlaku sebelum-sebelum ini.

Anonymous said...

hahahahahahaha... TGNA memang tersalah cakap sbb nak pertahankan menantu (anak hantu???) dia... patut jugak AFAB tu berundur je la... aku mmg takle imaging pehal TGNA tu lantik AFAB??? dari segi kelayakkan aku pun rasa layak...engineer gak..ada Ir lagik..ada MBA lagikk... sedih jugak aku tgk TGNA jd mcmtu.... disebabkan org lain dia jd mcm tu... patut AFAB tu resign je lah.... geng3 kelkon pun ramai yg tak suka pun.. hahahahaha....

MSO pun satu hal.... semenjak dua ni nampak hebat sgt.... semua orang buat tak betul... nko aje yang betul... dlm kritik kasi le cadangan... ada la posting yg kasi cadangan tapi bertaraf darjah 6 aje... buat geli perut jah.... dah le karangan tak betul. dari segi ejaan sampai lah ke noktah koma. nampak sgt kerja tak kemas...tiada double check. hahahahaha byk lagi tapi aku pun dah malas nak menaip...

Anonymous said...

Sekadar mengenang satu sejarah silam. Tokoh yang dilantik sebagai khalifah yang tersohor sebagai Khalifah Umar bin Abdul Aziz. Lantikannya sebagai khalifah menggantikan khalifah Sulaiman bin Abdul Malik bin Marwan, adalah lantikan secara monarki, (kroni), tetapi beliau amat berkelayakan dan terkenal sebagai yang amat amanah.

sebenarnya, susah nak diceraikan hubungan keturunan ini dalam politik kerana setiap manusia adalah berbapakan Adam a.s. Maka paling tidak, adakan beberapa syarat yang menjamin kelayakan.

Puan Ainon Mohd. said...

Abu Bakar, Umar, Uthman, Ali, Khalid al-Walid dan banyak lagi orang-orang kuat Nabi Muhammad, bukan hanya sahabat karib, malah adalah anggota keluarga terdekat baginda (bapa mertua, anak saudara, menantu, sepupu).

Anonymous said...

Assalamualaikum MSO,

Saya berpendapat TUN MAHATHIR ingin melarikan diri daripada MALAYSIA kerana beliau terbelenggu dengan dosa lama....... ORANG YANG MELAKUKAN DOSA DENGAN MANUSIA DAN ALLAH, ALLAH bagi juga balasan di dunia dengan kehidupannya di belenggu dengan DOSA-DOSA lama dan takut dengan DOSA itu kecuali beliau telah bertaubat dan memohon ampun dan maaf kepada mereka2 yang teraniaya akibat perbuatan mereka.

Saya juga dapat merasakan DSAI tidak sekejam TUN MAHATHIR untuk mengheret TUN ke MAHKAMAH DUNIA dan mengambil pendekatan yang baik dengan memaafkan TUN dan hanya PERUBAHAN yang ingin dilakukan DSAI. DSAI sebagai pejuang tidak akan mencemarkan MARUAH MALAYSIA dengan memenjarakan BEKAS PERDANA MENTERI untuk diejek masyarakat DUNIA, namun PENDEKATAN DSAI lebih kepada PROSES MELAKUKAN PERUBAHAN dan dalam masa yang sama menjaga keutuhan dan maruah NEGARA MALAYSIA.

SEBAB APA SAYA BERCAKAP DEMIKIAN, kerana saya tidak nampak DSAI ingin mencari MUSUH dalam PERJUANGANNYA, namun beliau lebih suka untuk mencari satu nilai KESATUAN UMMAT dalam MASYARAKAT MALAYSIA terutamanya UMMAT ISLAM.


sekian, terima kasih.

Anonymous said...

salam abg MSO....

AMBO TAKUT HOK DIA BKECEK TU DALE TOK KABA.!!!!!!(atau skrip ore lain)
Tak spatut tg bkecek lagu tu......Betul...baik dok senyap

Ibnu Qalil said...

Salam a'laik,

Saya sokong kata2 afab dalam perenggan kedua. Saudara sekadar lebih pandai mengkritik, mengkeji dan menghudohkan seseorang. Tapi saya nak tanya, ada tak saudara pergi nasihat secara berdepan dengan mereka terutama TGNA (kalau TGNA buat salah, di mata anda) sebab saudara sendiri mengiktiraf saudara bahawa saudara seoalah2 rapat dengan TGNA. Saudara melangkaui rukun menegur pimpinan.

Oh lupa, saudara ni non partisan. Adakah saudara juga non jemaah Islam? Ingat, pas bukan sekadar parti Islam tapi jemaah Islam. Sabda Nasbi Saw, "Barangsiapa memencilkan diri dari jemaah Islam, maka Allah akan pencilkan dia dari api neraka" - au kama qal

Dr. Z menulis said...

Abang Haji
Kita kena tengok beberapa faktor. Yang pertamanya Ir Arif Fahmi cuma masuk sebagai Jurutera biasa dari Air Kelantan ke PMBK. Beliau menguruskan Bandar Baru Tunjung dan seterusnya dinaikkan pangkat sebagai Pengurus Hartanah. Kemudian beliau dinaikkan pangkat sebagai Pegawai Operasi (COO). Setelah Fadhilat letak jawatan dari CEO PMBK, jawatan Arif Fahmi adalah paling senior iaitu Pegawai Operasi. Jawatan CEO masih kosong. Kalau Abang Haji nak, boleh cuba mohon. Saya dengan Arif Fahmi tak mohon pun jawatan CEO tersebut. Dia cuma berpuas hati dengan COO.
Yang keduanya Ahang Haji dari sudut kelayakan. Beliau adalah Jurutera Bertauliah(Ir.). Beliau juga ada MBA. Sedang dalam proses DBA. Cuba Abang Haji sebut sikit orang melayu yang ada Ir dan MBA yang nak kerja dengan gaji murah di Kelantan.

mrf said...

haa. kan dah kene kritik..tapi tuan mso jgn takut untuk mengkritik jika ia benar pada pendangan tuan mso..

nampak "bias" pada komen2 diatas..jika pembaca yang menyokong mahathir pasti tak akan cakap mahathir lari kerana takut pada dosa silam,tapi jijik melihat org yg pada pandangan mereka seorang yg jijik jadi pemimpin mereka..

dan pasti jika yang tak menyokong NIk aziz akan tulis tindakkan nik aziz amalan kronisme..tetapi jgn dilupa dalam KDEB pun dah diletakkan keluarga anwar..adakah itu tak kronisme?

apa2 pun bagi yg menyokong nik aziz, kita dah lihat komen2 diatas.. pembaca sepatutnya berfikiran lebih terbuka, jgn hanya mengkritik penulis hanya kerana tulisan beliau tak memenuhi kehendak anda..jika mahukan tulisan yang memenukhi kehendak anda sila beli harakah dan suara keadilan..jika nak ulas kesalahan menaip oleh penulis, dalam harakah dan suara keadilan pun ada berlaku kesilapan typing error..dan pernahkah anda terjumpa saranan selain kritikan kepada kerajaan didalam akhbar2 tersebut? tiada saranan melainkan kritikan semata2..