Monday, October 19, 2009

Selepas Subuh

Exco Tumbuk Tamu Raya 2 - Nik Aziz Kenal Exco dan Tamu Berkenaan!

SEPERTI mana diduga selepas diposting cerita sensasi dan memalukan itu kira-kira ham 11:30 malam tadi, beberapa orang penjenguk telah menelefon bertanyakan kejadian itu. Termasuk juga beberapa orang pemimpin Pas dari Selangor, Kelantan, Kedah. Termasuk juga Naib Presiden Pas, Sallahudin Ayub. Ada juga yang bertanya menerusi facebook dan email.

Masing-masing bertanya dan ingin mengetahui Exco manakah yang baidap dan sesat fikiran itu. Hanya Selangor, Kedah dan Kelantan sahaja Pas ada anggota Exconya. Di Perak Exconya sudah tidak valid lagi, bila kerajaan Pas di Perak dirampas oleh UBN.

Sallehuddin dengan nafas agak cemas dan ghairah menelefon saya kira-kira ham 12:22 pagi. Menjadi amalan Sallahudin bila dia merasa kurang selesa dengan catatan saya dia akan telefon saya minta penjelasan atau memberi penjelasan. Amalan Sallahuddin itu menyebabkan tidak mudah untuk saya menerima fitnah atau cakap-cakap Sallahuddin kurang senang atau marahkan dengan apa-apa penulisan saya.

Pada saya Sallahuddin antara pemimpin politik yang terbuka dan sedia bersemuka dan tidak mengamalkan seperti kucing mengambus tahi.

Sallahuddin sedikit merasa pelik dan hairan dengan kejadian itu. Katanya setahunya tidak ada kejadian Exco tumbuk orang di Taman Melawar. "Saya tahu ana tidak ada apa-apa yang berlaku pula, tadi....," katanya untuk memberi senario baik semasa rumah terbuka semalam.

"Takkan seorang Naib Presien tidak mengetahui apa-apa yang berlaku di kediaman sendiri, cuba enta siasat," kata saya sedikit memperlinya.

Tidak sampai tiga minit bercakap Sallahuddin permisi untuk membuat siasatan. Mungkin beliau sudah pun kenal dengan Exco berkenaan? Saya juga ada memberi tahunya supaya tanya Mahfuz Omar, sebab Naib Presiden Pas itu sudah pun maklum akan kejadian itu. Kalau Sallehuddin menghubungi Mahfuz sudah pasti dia sudah tahu siapa Exco berkenaan.

Si tetamu itu telah memberi tahu kepada Mahfuz. Katanya, Mahfuz telah memohon maaf kepada mangsa itu atas apa yang berlaku bagi pihak Exco berkenaan. Tidak pula dapat disahkan apakah mangsa itu menerima maaf itu. Yang jelasnya Mahfuz sendiri dapat membuat kesimpulan kejadian itu sesutau yang memalukan Pas, kalau tidak masakan dia meminta maaf bagi pihak Exco berkenaan.

Sebenarnya semasa saya postingkan kisah ini malam tadi saya sudah pun tahu siapa Exco berkenaan. Sengaja saya menukilkan begitu ingin menarik perhatian dan mendapat maklumat tambahan. Manalah tahu takut cerita itu sengaja direka untuk memburukkan keadaan saja, jadi maklumat tambahan yang absah diperlukan. Selalunya sebagai penulis saya dijadikan saluran untuk menyampai dan mendedahkan sesutau yang berisiko.

Ini sebagai tektik bagi mendapat maklumat tambahan. Biasanya bila tercetus sesuatu laporan atau berita yang kabur, kita akan mendapat maklumat tambahan bagi menjelaskan lagi kejadian itu. Strategi inilah yang harus ada kepada pelapor, penulis dan juga wartawan bagi mengelakkan berlaku fitnah dan tidak menulis berasarkan persepsi semata-mata.

Jadi tidak timbul cerita Exco tumbuk orang ini cerita rekaan dan 'hampeh' seperti kata seorang penjenguk dalam posting pertama. Orang yang tidak pandai menilai atau otak kemetot sebenarnya tidak layak membaca laporan-laporan bersifat investigatif atau pun provokasi dalam blog siasah. Begitu juga dengan orang yang berfikiran sejuring ataupun menggunakan hanya sebelah otak kiri saja. Lebih baik tidur atau pun baca blog-blog hiburan ataupun cerita jualan langsung saja, ternyata ia tidak membebankan pemikiran.

Kejadian itu berlaku sekitar jam 2:30 tengah hari semalam. Tetamu berkenaan telah membawa anak dan isterinya untuk menghadiri rumah terbuka Pas itu. Mungkin dia juga ahli atau penyokong Pas? Atas rasa ingin menyemarakkan sambutan majlis itu dia datang dan bersalaman dengan pemimpin yang ada yang menjadi penyambut tetamu.

Selepas selesai makan dia keluar dan menunggu anak dan isterinya di luar, berhampiran pintu gerbang untuk masuk ke Dewan Fadzil Mohd Noor (al Fatihah) di mana tempat berlangsung jamuan. Ketika menunggu inilah Exco berkenaan datang menghampirinya sambil bertanyakan namanya dan sesuatu kemudian terus mengeluarkan kata-kata jelek dan hina "mu jahat...mu jahat".

Tetamu yang menjadi mangsa itu tercengeng dan bingung. Mulanya dia ingat Exco itu bergurau saja. Dalam keadaan tidak bersedia itu tiba-tiba penumbuk Exco berkenaan melayang ke muka mangsa berkenaan. Bayangkan bagaimana kalau mangsa itu tidak menepisnya dan segera pula membalas balik?

Tetamu yang tergaman dengan kejadian itu cuba menenangkan keadaan dan minta penjeasan dari Exco berkenaan, kenapa melepaskan penumbuk kepadanya. Namun Exco itu tidak peduli terus memburukkan mangsa berkenaan dengan mengajak mangsa berkenaan bertumbuk.

Tetamu malang itu mulanya tidak mahu melayan, tetapi disebabkan Exco berkenaan bersungguh menjual 'gedebe'nya, tetamu itu akhirnya menjawab dengan meminta agak beberedar dari tempat itu untuk mengelakkan kejadian itu disaksi oleh orang ramai. Malangnya Exco berkenaan tidak berani menyahutnya dan berlalu selamba ke keretanya. Apabila memasuki ke keretanya Exco itu melambai-lambai tetamu itu, mungkin dengan rasa hati senang kerana berjaya menyerang tetamu itu!

Agak nasib baik perbalahan ini tidak berterusan kepada acara bertumbuk lebih dahsyat lagi. Kalau tidak sudah pastilah majlis mulia rumah terbuka semalam akan tercemar dengan insiden ini. Pas akan merekod satu sejarah selepas Bagan Pinang. Bayangkan bagaimana kalau mangsa yang memang dikenali sebagai seorang ahli silat itu menari mengikut rentak Exco berkenaan?

Sebenarnya kejadian ini tidak disedari orang ramai yang berasak-asak masuk ke dalam dewan Fadzil Mohd Noor dan juga para penyambut tetamu terdiri daripada pemimpin Pas. Bagaimana pun beberapa orang yang berada di situ melihat kejadian ini. Kerana ianya berlaku dalam keadaan 'macam gurauan' saja menyebabkan orang tidak sangka serangan Exco kepada tetamu itu.

Kejadian ini serius. Adalah wajar kalau mangsa berkenaan melaporkan kejadian ini kepada pemimpin Pas. Sikap Exco berkenaan telah menjatuhkan akhlaknya sebagai pemimpin sebuah gerakan Islam. Betapapun jahat mangsa berkenaan, beliau harus melayan atau sabar kerana
majlis semalam bukan majlis biasa tetapi isitmewa majlis hari raya. Tidak terbayang bagaimana warna hati si Exco itu kalau tetamu yang bertandang ke majlis partinya boleh dilakukan begitu.

Exco adalah pemimpin sesebuah kerajaan negeri. Beliau juga adalah pemimpin Pas. Sepatutnya Exco berkenaan bersikap terbuka dan apolegetik. Kesalahan lampau lupakan dan berlajarlah bersifat pemaaf. Ataupun kalau kesalahan mangsa itu tidak boleh dimaafi sehingga ke syurga atau neraka, tetapi pendamkan saja amarah itu jangan dizahirkan kerana menyerlahkan keburukan dan kedangkalan kita sebagai pemimpin.

Kepada penjenguk yang tidak berpuas hati dan ingin mengetahui nama Exco berkenaan bolehlah telefon saya atau berjumpa dengan saya. [wm.kl. 8:00 am 19/10/09]

19 comments:

Ku ingat Taqwa said...

salam. bagilah 'hint' sikit mso. tak syoklah dok pikiaq macam ni.

Tepi Sungai Batu said...

Pak Man tak tahan betul kalau jenis orang 'selak kain' sikit-sikit lagu nih. Selak lah semua sekali!

Kedahlanie said...

thah semak pulak kepala kami memikirkannya..
taknak hint pon mail ja lah nama exco tu kat kami di kedahlanie@gmail.com

Mohd Shahrizal said...

Mangsa tu mungkin pak MSO sendiri!

unanjaga said...

Siapa pun mereka(ahli exco itu),yang jelas perkara ini telah pun terjadi,yang pasti hal ini cukup memalukan kita sebagai pendukung parti Islam.Sebaiknya ahli exco itu kena meminta maaf secara terbuka(kerana cerita ini telah menjadi pendengaran umum).Ketahui lah sesuatu kejahatan itu pasti ada balasan nya.Sebaik baik manusia itu ia tetap sabar pada musuh nya(bukan musuh syaitan),dan ia dapat memberi maaf pada yang lain nya.

cucu tok janggut said...

Atas dasar keterbukaan bagi tahu la sapa dia jangan simpan orang lain pun patut tahu baru boleh nilai. Layak atau tak layak jadi pemimpin

Mat Kutuk said...

saya tak mahu nak hentam siapa-siapa dahulu.kena dengar penjelasan kedua-dua belah pihak?harap MSO boleh siarkan penjelasan pihak yang berkenaan bukan daripada mulut naib presiden dsb.

taipingmali said...

ish ish..tak patut buat macam tu.

. said...

salam tuan mso,

saya asal kedah, nak membela exco kedah. orang kedah tak kata "mu jahat, mu jahat." orang kedah kata, "hang jahat!"

saya tinggal di selangor, nak membela exco selangor. orang selangor tak kata "mu jahat, mu jahat." orang selangor kata, "kamu jahat" atau "awak jahat."

ntah lah, tak dapat fikir exco dari negeri mana tu!

:p

ANAFAKIR said...

Saya setuju dengan Citarasa Pedas tu..berikan sikit klunya..kalau tak pun dedahkan je namanya kat sini.Benda dah berlaku apa nak risau, kalau dah memang betul ' dia' yang menumbuknya, bagitau kat sini pun apa salahnya, kelak akan tersebar luas juga tapi tak tahulah mungkin MSO ada etikanya sendiri..nak telefon kat MSO takut nampak bersungguh sangat..

firdaus said...

Salam sume,

Kalau watak UMNO yg jadi kes tu, gerenti bloggers xsabar2 nk btau name.Tp bile batang idung sndiri, nak bagi hint pon segan2. Bgtaula. Kami ahli PAS ada hak nak tau kelaku pemimpin.Mane 1 yg baik mane yang perlu diganti.So kalau kejadian tu BENAR, sila dedahkan.Ahli PAS xnak pemimpin yang berhati kotor.Silap cakap tu biase bagi yg byk bcakap.Tp bagi penumbuk pada tamu majlis aidilfitri di laman PAS sendiri cukup hina.Tuan MSO, dengan segala hormatnya sila dedahkan.terima kasih.

Masjid Saidina Abu Bakar As Siddiq, Bangsar, Kuala Lumpur. said...

salam.
mohon dan sila dengan segala hormatnya tuan2 menziarahi blog masjid bangsar, di www.masjidbangsar.blogspot.com
moga ziarah tuan2 akan menyemarakkan lagi dunia dakwah maya ini. syukran.

r.k said...

alangkah bagusnya , nasib baiknya si mangsa tidak ikut menari..
marhein lebih akalnya dari pemimpin..

=)

azienmat said...

Saya pergi juga rumah tebuka Taman Melewar, Takde pulak nampak lejadian bertumbuk. mungkin mereka bergurau kot, bergurau cara PAS macam gurau seorang pejuang! ala2 pejuang taliban, ganaslah sikit.

Naman said...

Salaam,

kalau orang PAS kat Malaysia ni bergurau macam tu, kasi penumbuk.

tak dapat bayangkan taliban di Afghanistan tu bergurau macam mana, kalashnikof kasi 3 ke 4 das tak pun sembur dengan anti tanker terus.

DR 1221 said...

salam tuan mso
mintak maaf la kalu ambo ngoyat pemimpin Umno & Pas ni sama jah, cuma penyokong Pas dok taksub sangat dengan pemimpin sebab demo ni guna agama.
terimakasih.

KOYAN said...

tak yah bagi tau la mso...abaikan je...tapi bukan exco dari pahang gak..sebab orang pahang kata 'ouk nih jahak'...

Ajeem said...

dulu masa jamaluddin jarjis menggatal ngan buntut MSO bagi hint jg..iaitu rapat ngan najib..so ape plak hint untuk exco tersebut?kerana akhirnya MSO lepas ni tetap akan dedahkannya juga...

lapuria said...

saya nampak ada exco yang biasa pakai baju kotak merah, sambut mesra dan bersalaman dengan tetamu hari tu.