Wednesday, October 21, 2009

Bingkisan Parlimen

Isteri Tangkap Suami Berdua-duan Dengan Puteri Umno?

HARI ini hari kedua sidang parlimen. Seorang teman datang menjemput di rumah tepat jam 1:00 petang untuk ke parlimen. Terima kasihlah. Saya tahu kenapa dia rajin nak jemput kerna nak tahu cerita sansasi yang dipostkan dalam blog saya kelmarin.

Memang cerita itu sansasi. Apa tidaknya saya menerima lebih 130 call dari malam membawa ke siang dan berjujut pertanyaan masuk dalam email dan FB. Orang penting dari Kelantan juga turut sama menelefon saya bertanya khabar? Memang hangat!

Dicelah itu timbulkan kononnya saya buat cerita. Kisah Exco tumbuk tetamu raya itu sebagai rekaan dan fitnah, konon untuk memburukkan Exco berkenaan. Adalah dua tiga penggongong politik menafikannya secara sambrono. Seorang rakan penulis yang berada di parlimen semalam memberi tahu dia berdepan dengan seorang jurucatat sebuah parti oposisi. Jurucatat ini menjelaskan kepadanya bahawa apa yang saya catatkan dalam blog adalah tidak benar. Bagaimana pun dia yang berada di majlis rumah terbuka mengakui tidak menyedari kalau ia berlaku.

"Tak apalah kalau tidak benar. Cuma kalau boleh tolong tanya orang berkenaan (tetamu) yang jadi mangsa itu. Telefon sendiri...dan tanya apa yang telah berlaku. Apakah gurauan tumbuk perut atau tumbuk muka!" saran saya kepada kawan itu yang begang dengan jurucatat parti berkenaan.

Bebalik kepada kawan yang menjemput tadi, saya ingat dia rajin mengambil saya kerana ingin mengetahui kisah itu selanjutnya. Tetapi meleset. Dia tidak mahu tahu cerita yang tidak bermoral dan menggambarkan kecetakan akhlak si pelaku itu. Sebaliknya ada cerita lain yang beliau ingin kongsikan dengan saya.

"MSO tahu timbalan menteri yang baru dilantik, yang isterinya seorang laywer?" begitulah kawan itu memulakan cerita yang kabur dan tidak diketahui apa maksudnya.

"Kenapa?" saya merasa pelik.

"Masa perhimpunan agung Umno baru ini, seorang isteri timbalan menteri telah tangkap suaminya yang sedang berdua-duanya dengan seorang puteri Umno. Kejadian ini katanya berlaku di hotel Panfasific..?" ceritanya.

Saya menjebeh mulut. Kepala melayan ke muka-muka menteri kabinet, kemudian ke muka muka timbalan menteri kabinet.

"Sapa hah?" aju saya pula kepadanya. Cerita ini menarik dan lebih menarik daripada usaha Umno untuk membaiki pulih parti berkenaan. Cerita ini kalau terdedah boleh menenggelamkan ajakan Najib Razak untuk membangkitkan semula Umno.

"Itulah kita pun duk cari, siapa timbalan menteri berkenaan, dan siapa isterinya," katanya. Cerita ini belum tersebar luas lagi, MSO..." katanya. "Tapi sudah ada beberapa yang tahu dan berbau mengenai cerita ini," tambahnya. Saya faham dengan kata-katanya itu. Dia mahu saya nukil dalam blog dan hebahkan.

"Boleh diblogkan?" saya minta izin sebab ini skop. Biasanya maklumat seperti ini menjadi rebutan penulis dan wartawan serta para broker politik. Walaupun cerita ini tidak ada moral tetapi ada manfaatnya kalau ia didedahkan. Sekruang-kurang umum akan tahu dalam riuh rendang persidangan untuk membangun bangsa dan agama itu, ada perwakilan yang melakukan kemungkaran.

"Boleh..." kawan itu memberi izinkan bila mana saya kata saya tulis dalam blog.

Mulanya saya tidak bercadang untuk memblogkan kisah ini. Tetapi apabila sampai di parlimen beberapa orang lain turut bertanyakan hal ini menjadikan berminat pula untuk memblogkannya. Manalah tahu selepas ini kalau ada sesiapa yang mengetahuinya lebih detail akan memberi informasi.

Seperti mana kisah Exco tumbuk tetamu itu, saya sudah menerima dua kepingan gambar yang berkaitan dikirimkan kepada saya.

Gambar itu jelas dan terang sekali. Bagaimana tetamu itu bersalam penuh mesra dengan Exco berkenaan yang berbaju Melayu, tidak berkupiah dan bersongkok dengan wajah berkedut. Mungkin selepas persalaman itulah maka pwok.... penumbuk dilepaskan ke muka tetamu berkenaan.

Marilah kita tunggu kisah isteri timbalan menteri tangkap suaminya ini pula. Saya yakin selepas ini maklumat penuh akan diperolehi. Adapun tujuan ia dicatat di sini untuk memberi peringatkan kepada semua kita jangan sesekali terjebak dengan kejahatan. Walaupun kemungkaran itu dilakukan dalam bilik, dalam gelap tetapi ia akan dapat dihidu juga.

Benarlah kata bidalan keburukan tidak dapat dilindungi dengan apa juga kebijaksanaan. Begitu juga walaupun kita tumbuk orang di luar gelanggang referi tetap tahu juga. [wm.kl. 9:40 pm 21/10/09]

3 comments:

abu muaz said...

Salam tuan . Menjenguk blog tuan kini seolah-olah melihat cerita-cerita penyiasatan seperti Hawaii Five O.....

Muara said...

kali ni tentu xde orang marah Pak MSO sebab "mangsanya" adalah orang UBN.

RBF Online said...

tlg dedahkan nama wahai tuan mso. kita tak blh kompromi dlm kes2 sebegini. apa guna dlm dewan meraung-raung utk berubah ,tapi di luar dewan lain hal.

minta jasa baik pak mso dedahkan cerita penuh