Sunday, June 12, 2011

Kabinet Baru Pas

Pas telah susun kabinet barunya petang ini dengan mengekal Mustafa Ali sebagai Setiausa Agung. Dr Mohd Hatta Ramli dilantik sebagai Pemgerusi Jabatan Pilihan Raya (JPP) mengangganti tempat Abdul Halim Abdul Rahman yang dilantik menjadi Bendahari mengambil tempat Dr Mohd Hatta.

Tuan Ibrahim Tuan Man Man yang tewas dalam perebutan Timbalan Presiden dilantik memegang Ketua Penerangan. Idris Ahmad pula dilantik sebagai ahlijawatan kuasa tambahan.

Kedudukan Pesuruhjaya Negeri Negeri pula (ralat) empat buah negeri mengalami perubahan. Negeri itu ialah Terengganu (Wahid Enduk), Melaka (Azli Zahari), Sabah (Amiruddin Ali), Negeri Sembilan (Taufik Abdul Ghani) dan Selangor (Dr Rani) menggantikan Hasan Ali. (pjaya 6:00 pm 12/06/11)

2 comments:

bat8 said...

Tuan MSO,

1. Pandangan awal ambo, tindakan mengekalkan Mustafa Ali sebagai SUA adalah tepat dengan perubahaan kepimpinan PAS selepas muktamar.

Ambo kata tepat sebab dengan mengekalkan SUA itu, pimpinan baru semacam ikat sikit kelaku politik Mustafa Ali yang semua tahu adalah orang utama yang dok pengaruhi Presiden PAS selama ini. Orang kata : kita letak musuh kita dekat-dekat supaya senang kita nak perhati pe-ey perangai dia.

2. Pertukaran pengerusi Jabatan Pilihanraya juga baik walaupun tidak sebagaimana telahan tuan. Mungkin Husam mempunyai tugas yang lebih besar dalam perang PRU 13 nanti.

3. Perlantikan Tuan Ibrahim sebagai ketua penerangan juga adalah tepat.

4. yang paling menarik adalah perlantikan sdra wahit endut sebagai pesuruhjaya PAS Terengganu. Ambo tak kenal sangat dia, tetapi beliau ambo rasa mempunyai kemampuan siasah yang lebih baik dan amat sesuai untuk membawa PAS Terengganu mengharungi perubahan climate politik sekarang ini.

bat8

KASIHCIKGU said...

ana lebih bersetuju jika Ust Idris Ahmad memegang jawatan Setiausaha menggantikan CikguPa...team orang-orang muda, tentu lebih panas & pantas...