Tuesday, February 28, 2012

Ulasan Tengah Malam

Umno Kedah Akan Terngangga Esok

Angan-angan Umno untuk melihat Pas Kedah berpecah dengan harapan kerajaaan Pakatan Rakyat yang dipimpin Pas akan hancur berkecai tidak akan kesampaian. Esok 28 Februari seperti mana dirancangkan akan berlangsung majlis angkat sumpah Exco Kedah. Lapan orang Exco akan mengangkat sumpah semula untuk meneruskan khidmat mereka. Azizan Razak pula akan mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar.

Dua orang lagi Exco dikatakan tidak berbuat demikian atas sebab-sebab tertentu. Bagaimana pun dua Exco berkenaan yang dikatakan tidak akan menyertai kabinet Azizan Razak juga dikatakan akan turut berbuat demikian - angkat sumpah tetapi bukan esok.

Dua orang Exco yang disebut tidak akan hadir untuk mengangkat sumpah memeganag jawatan ialah Pahkhorarzi Zawawi dan Dr Ismail Salleh. Difahamkan mereka telah memaklumkan mengenai ketidakhadiran mereka esok kepada Sultan Kedah.

Tempoh perkhidmatan mereka sebagai Anggota Exco Kedah akan berakhir pada 3 Mac.

Perkembangan mengenai kemelut Pas Kedah yang cuba dicetus dan dibesarkan oleh pihak tertentu sehari dua ini akan tamat sebaik saja majlis angkat sumpah berlangsung esok. Umno menafikan mereka ada campur tangan atau cuba memecah belahkan Pas tetapi tidak dapat menyembunyikan niat jahat mereka apabila akhbar miliknya terus membuat spekulasi dan terjahan-terjahan jahat.

Blog MT difahamkan Umno berusaha ke saat akhir untuk menghuruharakan Pas Kedah. Agen mereka cuba memwujudkan ketegangan di kalangan Pas Kedah dan juga cuba membentuk puak-puak di dalam Pas Kedah. Bagaimana pun kematangan ahli dan penyokong Pas Kedah menyebabkan usaha itu gagal.

Beberapa helai sepanduk yang menyokong pihak tertentu juga disediakan untuk digantung di Alor Star dan beberapa tempat strategi tetapi tidak sempat dilaksanakan kerana kurang mendapat sambutan. Beberapa ahli Pas yang dikatakan cuba disogok agar memasang sepanduk menyatakan sokongan kepada satu pihak dan menentang pihak lain juga tidak mudah teperngaruh.

Ahli dan penyokong Pas bawahan di Kedah tidak mempedulikan sangat siapa MB atau Exco kerana bagi mereka yang utamanya Pas terus memerintah Kedah bersama Pakatan Rakyat selepas pilihan raya umum ke-13 kelak. "Kami tidak kisah siapa MB dan Exco yang penting Pas perlu menang lawan UBN," demikian ujar seorang penyokong yang mengirim SMS kepada saya.

Dalam pada itu kegagalan Umno cuba menangguk di air keruh dan memimbulkan situasi huruhara dalam Pas antara lain disebabkan keadaan Umno negeri itu sendiri yang kini sudah berpecah kepada empat kumpulan. Perpecahan di kalangan mereka yang agak parah menyebabkan Umno tidak begitu mempunyai idea untuk menghancurkan Pas sebelum tiba pilihan raya. [wm.kl.12:14 t/malam 28/02/12]

No comments: