Wednesday, May 6, 2009

Pintas Rasa

Pang Chaw Perlu Sedar Di garis Mana Dia Berada

KALAU tidak salah ingatan sudah dua kali Pengerusi Kelab Penyokong Pas Pusat, Hu Pang Chaw ikut mencampuri urusan parti Pas. Beliau bercakap mengenai sesuatu isu ataupun topik yang diluar kerangkanya sebagai pengerusi kelab penyokong parti berkenaan.

Saya tidak tahu apakah Pang Chaw tahu adat dan undang-undang berorganisasi! Sebagai kelab penyokong beliau sepatutnya tidak ikut sama mencampuri urusan dalam parti. Kelab penyokong Pas lebih kurang dengan kelab penyokong sebuah pasukan bola sepak tujuh sebelah sahaja.

Pang Chaw boleh tengok permainan pasukannya dan bersorak. Dia tidak akan dibenarkan berada dalam padang. Tetapi cara Pang Chaw bercakap dan mengomen seolah dia juga sebahagian pemain boleh sepak berkenaan. Sudah terlebih...

Terbaru Pang Chaw telah mengomen mengenai kenyataan ahli jawatankuasa Pas Pusat, Takiyuddin Hassan yang menimbulkan rasa kurang senang dengan peranan Anwar Ibrahim dalam partinya. Apa yang Takiyuddin persoalkan, kenapa pihak pro Anwar menyalahkan presiden parti dan timbalan dalam isu kerajaan perpaduan. Bagi Takyuddin ia tidak wajar dipersoalkan kerana ia dibuat secara bersama!

Kenyataan Takiyuddin itu tidak disenangi Pang Chaw yang ada meret untuk mempertahankan pihak lain. Sebagai penegerusi kelab penyokong, Pang Chaw tidak ada hak untuk bercakap demikian, apa lagi turut berkempen menyokong mana-mana calon.

Pang Chaw hanya boleh tenguk tetapi tidak boleh tegur. Boleh hanya bertepuk tangan tetapi tidak dibenarkan menjerit. Sepatutnya Pang Chaw kena belajar peraturan berorganisasi. Mungkin elok kalau ada mana-mana lawyer dalam Pas membuat garisan panduan (undang-undang kecil) kepada kelab penyokong Pas itu.

Tetapi kejahikan ini menyebabkan Pang Chaw sudah bersikap lebih sudu dari kuah. Jangan kerana kehadiran kelab penyokong disambut dan dialu-alukan oleh pemimpin Pas, Pang Chaw jadi besar kepala dan lupa akan had dan batas-batas peranan yang boleh dimainkannya.

Apabila Pang Chaw sudah berani menyuruh orang Pas belajar undang-undang (perlembagaan) ini sudah melampau. Saya rasa ahli Pas lebih arif mengenai perlembagaan dan suasana dalam parti mereka berbanding orang luar atau bukan ahli seperti Pang Chaw.

Ahli Pas juga tahu sejauh mana peranaan Anwar dalam Pas dan apa yang orang yang dikatakan pro-Anwar lakukan. Dan orang Pas juga tahu kenapa Takiyuddin sampai membuat teguran itu.

Lain kali Pang Chaw kena sedarkan diri. Jangan berlebih-lebih sangat. Saya bimbang kalau berlebih nanti akan ada orang beranggapan kita menyokong Pas kerana kita ada agenda peribadi. Sekiranya Pang Chaw ingin bersuara dan mendapat hak sama seperti ahli saya minta beliau bukan saja sekadar jadi ahli kelab penyokong tetapi jadilah ahli Pas. Ajak semua ratusan penyokong Pas itu mendaftar sebagai ahli.

Apabila jadi ahli Pang Chaw bukan saja boleh bercakap, boleh berkempen atau menyokong orang itu dan orang ini tetapi beliau juga layak bertanding jawatan tertinggi sampai ke peringkat presiden. [jln pahang 2:45 pm 06/04/09]

7 comments:

PenaKiri said...

Kalau saya jagi Phang pun saya akan menjerit dan bersorak, ini kerana apabila saya menganggotai sesuatu kelab itu adalah kerana saya sukakan kelab itu, saya mahu kelab yang saya sokong itu merupakan kelab yang terbaik dan terus baik.

Kalau parti yang saya sokong, tolong kempen dan orang tahu saya menyokong parti itu, tatpi tetiba ada orang dalam parti itu cuba keruhkan keadaan, rosakan nama baik, dah tentu saya yang menyokong, yang tolong kempen merasa marah, merasa penat.
Rakan-rakan akan bertanya dengan saya buat apa kau sokong kalau partu tu teruk?
Kesimpulanya kalau nak tegur Phang, tegur dulu Takiyudin kerana memberi komen yang mengundang kontroversi kepada media.

Unknown said...

AIK..ni demokrasi ka kuku besi MSO..saya pun bukan ahli dan penyokong Kerajaan BN...tapi sebagi rakyat saya ada hak nak cakap apa2 pun yg ada kaitan dengan kesejahteran dan kepentingan saya sebagai rakyat di Malaysia ini..Sejak bila pulak manusia xdak hak nak bercakap walaupun dia bukan ahli atau penyokong mana2 parti???Saya juga boleh kata MSO pun xdak hak nak mengomen pasala UMNO atau DAP dan PKR sebagai MSO bukan ahli??Apa macam?Lepas ni hak MSO tu terancam atau tak bila saya tegur ni..Biarpila Hu Pang Chaw nak bagi pendapat dia pun..awat yg macam terasa semacam bila sebut nama ANWAR...awat dia Anwar hebat tara mana..sampai..Kelab Penyokong pun tak ble nak bagi komen..nak bagitu dulu waktu Malaysia kalah gan Myanmar main bola..aku bukan takat bersuara..maki pun aku wat..awat salah ka?

Unknown said...

kalau Pang Chaw ibarat penyokong pasukan 7 sebelah,kamu pula ibarat penyokong haram yang masuk staduim tanpa guna tikit yang sah.
sekurang kurangnya Pang ada sikap dan pendirian yang dipamerkan tetapi kamu,atas sebab hawa nafsu yang tak tercapai,kamu lagakan semua pemimpin tak kira umno,pkr atau pas.semuanya kerana kamu adalah bloger berbayar

firdaus said...

dia nak menegur sahaja mungkin dia takde niat masuk campur

lagipun tak salah kalau ahli sebuah kelab penyokong bola sepak nak mengkritik pasukan yang disukainya

alasannya mudah sebab dia ambil berat nasib pasukan itu sebab masih tak bermain dengan baik

tegur tanda sayanglah katakan... walaupun dia tahu apalah istimewa dia sangat selain drp sttus sbg ahli fan club aje..

ajip said...

sayuti

hang silap

penyokong pun boleh jerit jugak, tapi diluar padang

tak payah suruh orang sedarkan diri

hang sedarkan diri hang dulu

asyik2 pro anwar lah itu lah

kenapa nak libatkan anwar...kalau gologan ustaz dalam pas dah lembab otak, jangan salahkan orang lain....

lagi2 macam nik abduh, siap cakap guna ilmu malaikat lagi dalam posting dia....apa dia ingat dia ada terima wahyu ker.....cukuplah tipu ahli pas

Anonymous said...

Salam Tuan MSO,

Saya rasa Nik Aziz akan mengambil berat tentang kenyataan yang dibuat oleh Pang Chaw.

Pang Chaw adalah sangat dihormati dan dapat memberi kesan kepada undi kepada PAS. Apatah lagi dia adalah ibarat seorang yang mahu berjinak-jinak dengan Islam. Jadi, PAS perlu berhikmah dan merai pendapat Pang Chaw.

Orang PAS yang tidak memahami kaedah dakwah Islamiyyah yang PAS sedang laksanakan ini kenalah diberi sepakan penalti atau kad merah oleh Nik Aziz.

TokPakirKD

khalif13 said...

Korang ni,

Sesama sahabat dalam Pas boleh balun sampai merah pipi. Siap ada yang balun tak kira ahli biasa ker pimpinan tertinggi ker.

Tapi dengan kelab penyokong, siap cover sampai pakai nama Tuan Guru lagi. Kesian masih ada yang nak bermanja dengan Tuan Guru Nik Aziz.

Tak faham apa yang Takiyuddin sampaikan, janganlah nak balun sesuka hati.

MSO tu, lagi rapat dengan Tuan Guru Nik Aziz dari korang tau.