Sunday, March 4, 2012

Celoteh Murai

Najib Juga Kena Mohon Maaf Kepada Rakyat Kelantan

Sekonyang-konyang timbul idea kepada Najib Razak untuk memohon maaf kepada rakyat atas kekalahan UBN di Kedah dan Selangor. Najib mengakui kekalahan itu disebabkan kesilapan dilakukan UBN. Opolegetik Najib itu diakui oleh timbalannya Udin anak Yassin sebagai sikap merendah diri.

Permohonan maaf itu bagi Murai tidak lebih dari air mata untuk menipu rakyat saja, air mata buaya kata orang. Rasa bersalah atas segala kesilapan dan dosa itu tidak pernah mencecah ke lubuk hati Najib.

Udin anak Yassin mengakui dalam tempoh 54 tahun memerintah UBN ada buat kesilapan atas sifatnya sebagai 'manusia' biasa yang ada kelemahan. Murai tidak nak kata apa dan nak tanya apa cuma nak soal Najib kenapa semasa dia gi negeri Murai, Kelantan dia tidak mohon maaf kepada rakyat Kelantan? Apakah UBN tidak ada kesilapan di negeri itu?

Berdasarkan apa yang Najib lakukan di Selangor dan Baling itu, kekalahan UBN di kedua-dua negeri itu kerana UBN ada buat silap. Bagaimana dengan Kelantan di mana UBN sudah 21 tahun kalah? Yang patut Najib minta maaf dan bersikap merendah diri ialah di Kelantan dulu baru di negeri-negeri lain.

Jika hendak dikira Kelantanlah negeri yang banyak UBN berbuat dosa. Dari zaman Tunku Abdul Rahman, Tun Razak membawa ke zaman Najib. Ibu kejahatan ialah dizaman Mahathir Mohamad yang dibantu sepenuhnya oleh Annuar Musa.

Tetapi ini tidak... pergi Kelantan masih nak tunjuk agah dan eksyen. Najib masih main politik dera dan hukum rakyat Kelantan. Dia minta rakyat Kelantan tolong dia dulu baru dia (UBN) hendak tolong rakyat Kelantan. Apakah maksud dan makna itu semua? Ertinya UBN dan Najib tidak pernah merasa berdosa atas kejahatan yang dilakukan di Kelantan.

Murai harap sangat Najib buat ralat atau permohonan maaf itu dengan memohon maaf kepada rakyat Kelantan. Selagi Najib tidak mohon maaf dan membayar segala hutang UBN ke atas rakyat Kelantan selama itulah rakyat Kelantan tidak akan berpaling muka kepada UBN. Kerjalah Mustapa Mohamed sekuat mana untuk memenangkan Kelantan ia tidak akan berjaya selagi dosa UBN masih melekat di kepala orang Kelantan.

Selepas Najib melakukan begitu, ia hendak diikuti oleh Annuar Musa, Mustapa Mohamed, Awang Adek Hussein dan Mahathir Mohamad. Biarlah kalau boleh majlis permohonan maaf itu diketuai oleh Mahathir sendiri.

Murai percaya kesalahan UBN yang dilakukan di zaman Mahathir dulu akan tertanggung oleh Najib. Memang secara peribadi Najib tidak bersalah kepada rakyat Kelantan. Tetapi kerana kini dia ketua UBN, dan UBN ada banyak dosa dan noda maka Najib kena menggalas segala risiko dan beban itu.

Murai: Sangat benci orang tidak ikhlas dan munafik tak kira dari parti mana.

No comments: