Friday, March 16, 2012

Renungan Jumaat

Ahmad Maslan, Isa Beri Durian Putik Kepada Peneroka

Tampaknya
yang berusaha mempercepatkan proses kejatuhan Najib Razak dan meranapkan sama sekali Umno bukan saja Daim Zainuddin dan Mahathir Mohamad, tetapi mereka yang kini berada di dalam Umno juga.

Tindakan timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab menjaga Felda Ahmad Maslan dan Pengerusi Felda yang menjadi kontroversi Isa Samad, seperti sedang menuju ke jalan sama – mahu mempercepatkan kejatuhan Najib menerusi tindak tanduk mereka berdua.

Cadangan menyenaraikan Felda Global Venterus Holdings Berhad (FGVH) memang idea perdana menteri Ha Najib RazakHHh. Ia diumumkan semasa pembentangan Bajet 2012 lalu. Tarikh cadangan penyenaraiannya ialah pada bulan depaqn, April

Secara praktikal ia bukan bermakna perlu disenaraikan pada bulan April itu. Tentulah beberapa perkara perlu diselesaikan. Tanggungjawab menguruskan tugas itu ialah Ahmad Maslan dan pengerusi Felda serta lembaga pengarahnya.

Mereka perlu menyelesaikan beberapa perkara berbangkit agar cadangan itu tidak menimbulkan masaalah.

Sekiranya ia tidak selesai, maka tidak pelru disenaraikan kerana risikonya tinggi kepada Najib dan Umno sendiri. Implikasi dari sesuatu keputusan yang tidak lendik dan sempurna akan memakan diri sendiri. Juga tidak semua idea yang dilontarkan perdana menteri itu ideal yang patut dilaksanakan segera.

Apa yang berlaku hari ini ternyata cadangan hendak menyenaraikan FGVH itu tidak selesai. Kes sudah memasukiki ruang mahkamah. Lapan orang peneroka yang ada kepentingan dalam Koperasi Permodalan Felda ( KPF) yang memiliki 51 peratus saham dalam FGVH telah memohon injuksi membatalkan penyenaraian FGVH. Mereka telah berjaya.

Bagaimana pun Ahmad bekeras dan dengan ego menyatakan FGFH tetap akan disenariakan juga tanpa penyertaan PKF. Apakah dinamakan kerja itu sempurna kalau ada bantahan apa lagi yang daripada pihak bermajopriti?

Sepatutnya Mat Maslan dan Isa tidak bekeras untuk menyenanarikan FGVH. Tetapi Mat Maslan nampak degil dank keras kepala, dan masih bersikap dialah benar, dialah bijak dan dialah sempurna dan profesional. Pengumuman dibuat mengatakan Felda akan disenaraikan juga pada Jun depan walaupun peneroka berjaya dengan injuksi mereka menjelaskan Mat Maslan seorang yang keras kerak dan tidak berpandangan jauh.

Timbul pertanyaan kenapa penyenaraian itu perlu dibuat dalam keadaan tergesa-gesa. Apakah Mat Maslan bagi pihak majikannya sudah mengambil apa-apa fee atau komisyen di sebalik penyeneraian itu? Apakah sudah dikenali pasti syarikat yang bakal membeli saham-saham FGVH itu? Kalau tidak ada mengada tempuan biasanya takkan bersarang rendah.

Alasan penyenariana itu perlu disegerakan kerana hendak mengambil kesempatan atas harga minyak mentah sawit (CPO) tinggi waktu ini tidak masuk akal dan bukan alasan yang tepat dan profesional.

Apakah beliau hanya ingin mencari kesempatan sebegitu? Alasan begitu bukan terbit dari minda ahli korporat yang berpengalaman kerana seorang peniaga professional akan mengira masa panjang dan bukan masa pendek. Mungkin mengenai Mat Maslan hanya berbincang degan Isa Samad dan tidak cuba menerima pandangan pihak-pihak lain termasuk pengurus Felda yang lain?

Rakyat Malaysia kenal dan tahu sejauh mana kegeligaan mereka berdua dalam bidang perniagaan. Laatar belakang mereka adalah politik dan Mat Maslan dikenali sebagai pembahas Umno yang hebat. Itu saja. Dalam dunia dagang usahkan meniaga minyak sawit minyak urut pun mereka tidak pernah terlibat.

Apa yang dilakukan Mat Maslan dan Isa mahukan wang segera. Untuk apa duit segera itu? Pastikan untuk dijadikan durian runtuh yang akan dibahagi-bahagikan kepada peneroka menjelang pilihan raya.

Tidak ada makna kalau durian runtuh yang diberikan kepada peneroka kalau ianya hasil dari durian putik (tak masak) yang diperamkan. Isi dan buahnya tidak selazat durian matang yang gugur sendiri. Penyenaraian FGVF dalam keadaan tidak matang samalah memakan durian runtuh yang diperam boleh memabukkan.

Rasanya dalam bak menghidu durian ini para peneroka lebih arif berbanding Mat Maslan dan Isa Samad. Kerana mereka sudah terhidu bau maung durian putik itulah maka mereka ramai-ramai menolak dan menentang penyenaraian FGVH itu.

Kesimpulannya kerja Mat Maslan dan Isa Samad bukan membantu mengekalkan Najib tetapi ia boleh mempercepatkan proses kejatuhan Najib. Najib akan jatuh berdebak... dengan isu Felda ini kalau Mat Maslan dan Isa Samad tetap berkeras pedal untuk menyenaraikannya. [wm.kl.12:45 t/hari 15/03/12]

No comments: