Kenapa Jamaluddin Marah-Marah?
SEDANG asyik saya bersembang dengan Pegawai Khas, Menteri Penerangan, Roslan Mohd Latif di satu sudut lobi Parlimen tiba-tiba muncul ahli Parlimen Rompin, Jamaluddin Jarjis. Mungkin Roslan ada seuatu hajat dengan Jamaluddin dipanggilnya bekas menteri itu.
Jamaluddin tanpa mengenali (mempedulikan) saya, terus menghampiri ke arah tempat kami bersembang. Kebetulan Setiuasaha Politik PM, Md Alwi Che Amat dan Setiausaha Politik Timbalan Perdana Menteri, Fatmi Che Salleh dan Timbalan Menteri Kerajaan Tempatan, Hamzah Zainuddin juga berada di situ mereka semua bangun bila melihat Jamaluddin dan bersalaman.
Entah apa puncanya tiba-tiba terkeluar kata-kata dari mulut Jamaluddin, yang beliau ingin lepaskan jawatan Ketua Umno Bahagian Rompin. Bukan itu saja beliau juga nak serahkan segalanya kepada orang bernama Hassan Ariffin?
Siapa dia Hassan Arifin sehingga nampak begitu marah sekali bekas menteri itu.
"Rumah aku pun aku nak serah kepada dia (Hassan), bukan setakat Ketua Bahagian," kata Jamaluddin menyebabkan kami terpinga-pinga dan tersengeh bodoh.
Roslan seperti biasa hanya tersengeh dan ketawa terkekeh-kekeh mengundang Jamaluddin naik angin. Si Roslan ni memang kaki lawak.
Selepas itu Jamaluddin Jarjis berlalu, kemudian datang balik. Bla... bla... kemudian ghaib. Lagak beliau semacam ada sesuatu yang tidak kena dan terlekat di kepalanya. Semacam ada yang tidak beres saja.
Saya terheran-heran dan mencari apakah butiran menyebabkan Jamaluddin menghembur kata-kata itu. Nampaknya dia marah sangat kepada bekas TMB Pahang, Hassan Ariffin. Nanti kalau jumpa Hassan boleh ditanya apakah masalahnya.
Apakah Hassan kini sedang mengaturkan strategi untuk melawan Jamaluddin? Kalau ya kenapa pula si Hassan nak lawan Jamaluddin? Apa sebab dan apa salah si Jamaluddin?
Tentu ada isu besar kalau tidak masakan Hassan nak lawan. Dan berdayakan Hassan nak berhadapan dengan Jamaluddin? Jamaluddin diketahui bukan kecil anak dalam arus politik Pahang. Keterangan foto atas: Tenguklah lagak Jamaluddin dengan tangan terangkat berkata sesuatu yang diarahkan kepada Roslan tiada dalam gambar. Alwi (kanan) Fatmi dan Zainuddin hanya mendengar dengan pandir. [wm.kl 1:45 am 08/05/08]
1 comment:
Hassan Ariffin, orang kuat UMNO suatu masa dulu berkongsi kawasan dengan JJ dan Maznah. Maznah dipanggil ke Parlimen. JJ jadi backbencher. Hassan sudah lama direhatkan.
Dulu orang menyebut Hassan sebagai orang Anwar Ibrahim. Dengan tersisihnya Anwar, Hassan pun menyepi.
Tentu dengan timbulnya Anwar, penyokong-penyokong dulu akan bergerak semula, dalam UMNO dan diluar UMNO. Soal wang, kos kempen, usah tanya. Tanggung beres!
Post a Comment