Saturday, November 29, 2008

Airmata Marhaen

Perlu kepedulian wakil rakyat
Pasangan suami isteri dan dua cucu tiada tempat berlindung


SEANDAINYA hari ini kawasan Dewan Undangan Ulu Kelang atau Parlimen Gombak sedang berhadapan dengan pilihan raya sudah tentu nasib sepasangan suami isteri, Sarif Niat, 73 dan isterinya Siti Ramlah Yaacob, 50 bersama dua cucunya, Mohd Zulkeranian 8 dan adiknya Siti Amira 5 tidak akan mengalami nasib malang yang dilaluinya sejak lapan hari lalu.

Pasangan itu bersama cucunya kini terbiar dan ketiadaan tempat berlindung apabila rumah sewa mereka diambil semula oleh tuan rumahnya dan tidak mampu untuk mendapatkan rumah sewa baru.

Lantaran itu mereka berempat tumpang berteduh di birai bengkel kimpalan besi di No 35 Jalan AU, Lembah Keramat, Ulu Kelang.

Sekiranya saat ini berlaku pilihan raya di kawasan itu sudah pasti Pemuda Umno, Puteri Umno, pasukan kebajikan MCA, Gerakan, MIC dan segala macamnya akan datang. Tentu juga pasukan amal dan badan kebajikan Pas, Keadilan dan DAP akan ikut sama datang untuk membantu dan memberi pertolongan. Pendeknya semua berebut-rebut menawarkan khidmat dan menaburkan seribu janji indah.

Bahkan mungkin keluarga itu tidak akan terbiar sampai lebih 48 jam mereka akan disediakan rumah atau pun sebuah khemah khas didirikan seberapa segera yang boleh. Begitu juga puteri Umno dan muslimat Pas tentu ada yang sedia menemani keluarga itu untuk membasuh kain baju dan memasakan serta menjaga kedua orang cucu pasangan itu.

Tetapi disebabkan tiada pilihan raya maka tidak ada siapa yang sudi menjenguknya dan memberi bantuan meringankan beban mereka. Atau mungkin juga nasib malang mereka itu masih belum diketahui umum.

Pasangan suami isteri bersama dua cucu itu terbiar sejak lebih seminggu lalu. Nasib baiklah tuan punya bengkel berkenaan bersimpati dan bermurah hati membenarkan laman bengkelnya dijadikan tempat berteduh sementara.
Sampai bilakah nasib pasangan bersama dua cucu itu akan terbiar? Tidur berlantaikan simen yang berlapikkan kotak, ditiup angin dan ditimpa hujan siang malam serta makan tidak menentu?

Menurut tuan punya bengkel berkenaan yang dikenali dengan nama Ameza beliau sudah pun membawa perkara itu kepada pengetahuan Pusat Khidmat Wakil Rakyat Adun Ulu Kelang Selasa lalu. Tetapi malangnya masih tiak ada apa-apa tindakan sehingga hari ini.

Menurutnya pegawai di pusat berkenaan sudah pun meninjau dan mengambil gambar nasib malang pasangan berkenaan.

Menurut Ameza beliau merasa terkilan dengan jawaban pihak Pusat Khidmat berkenaan yang seolah-olah tidak mengambil berat masalah dihadapi keluarga berkenaan.

Katanya beliau ada meminta agar diberikan mana-mana Dewan atau rumah transit sementara kepada keluarga itu mendapat rumah tetapi berbagai alasan diberikan termasuklah kononnya kunci Dewan itu di bawah jagaan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ). "Cara mereka menangani masalah ini menyedihkan!" ujarnya.

Sementara itu dalam tinjauan saya ke tempat itu keadaanya sungguh menyedihkan dan tidak sepatutnya ia berlaku. Sewaktu saya tiba kedua cucunya berkeliaran di tepi longkang salah seorang tidak berbaju sedang bermain dengan seekor katak puru (Saleintia).

Timbul persoalan apa jadi dengan parti politik yang sebelum ini berbueh mulut menjanjikan dalam manifesto mereka untuk membantu dan memberi kesejahteraan kepada rakyat. Baik BN dan parti-parti dalam Pakatan Rakyat semuanya berjanji untuk membela rakyat. Dengan apa yang dialami keluarga Sarif dan Ramlah bersama cucunya itu jelas janji manis itu tidak ke mana.

Daripada apa yang diceritakan oleh pasangan itu, mereka dulu menyewa di sebuah flat berhampiran dengan kadar RM420 sebulan tetapi terpaksa keluar kerana tuan rumah itu ingin rumahnya.
Disebabkan ketiadaan wang untuk membayar rumah sewa baru yang memerlukan deposit sehingga RM1,500 menyebabkan beliau terpaksa ‘mengemis’ menumpang di tepi bengkel berkenaan.
Asalnya mereka adalah setinggan di tebing sungai di AU Lembah Keramat itu. Bagaimana apabila kerajaan membangunkan kawasan itu dengan mendirikan bengkel (IKS) mereka tidak disenaraikan untuk mendapatkan salah satu bengkel berkenaan. Alasan yang diberikan kerana mereka tidak berkemampuan untuk menjalankan apa-apa perusahawan.

"Manalah saya nak dapatkan RM1,500 untuk deposit air, api sedangkan gaji saya hanya RM850 saja. Kalau setakat nak bayar sewa bulanan sekitar RM400 mungkin boleh. Jadi terpaksa saya duduk di sini dulu," cerita Sarif mengenai kemampuannya dengan harapan tuan punya bengkel yang ditumpangi itu akan memberi masa untuk beliau berikhtiar mencari rumah baru.

Beliau sendiri mengakui sudah ke pejabat salah seorang wakil rakyat tetapi tidak menemuinya dan beliau akan mencuba sekali lagi.
Ditanya apakah mereka tidak ada waris, Sarif menjelaskan beliau ada abang dan kakak, semuanya tinggal di Sabak Bernam. Untuk menyarakan kehidupan dia sekeluarga beliau bekerja sebagai jaga di sebuah kilang berdekatan bengkel berdekatan dengan gaji RM850 sebulan. Isterinya yang berasal dari Batu Gajah, Tanah Merah, Kelantan tidak berkerja.
Di samping kena menyara dua cucu, keluarga itu juga mempunyai tiga orang anak, seorang lelaki berusia 16 tahun yang bekerja mengambil upah mencuci kereta dan pelbagai kerja lain manakala seorang anak perempuannya sedang menuntut di Politeknik di Kok Lanas, Kelantan.
Kehidupannya jadi makin terbeban sejak sebulan lalu apabila anaknya meninggalkan dua orang cucunya itu dan ghaib bersama suaminya tanpa sebarang berita hingga ke hari ini. Ketika ditanya ke mana mereka, Sarif kelihatan berat mulut untuk bercakap mengenai anaknya itu.

Zulkeranian bersekolah di darjah dua manakala adiknya Siti Amira bersekolah di tadika.

Keadaan tempat pasangan itu menumpang teduh tidak selamat dan merbahaya terutamanya kepada dua cucunya itu yang seirng merayau memandangkan di belakang bengkel itu terdapat sungai di mana airnya dalam dan deras apabila hujan turun.
Menurut Ameza sungai itu juga sering kali menelan korban, untuk tahun ini seorang kanak-kanak telah menjadi mangsa.

Adalah diharap kepada pihak-pihak berkenaan supaya memberi perhatian segera kepada nasib pasangan itu tanpa saling harap mengharap antara satu sama lain dan melihat warna kulit.
Sesungguhnya apa yang berlaku kepada Sarif dan Ramlah bersama cucunya itu tidak patut berlaku lagi jika dikenangkan kepada janji-janji parti politik dalam manifesto mereka dalam pilihan raya lalu yang mana semuanya berjanji untuk membawa kesenangan dan membantu rakyat. [wm.kl 4:00 pm 28/11/09]

14 comments:

Rintihan Rakyat said...

Salam...

Berita ini sungguh menyedihkan kita semua. Baru beberapa hari lepas saya postkan komen saya mengenai lapan bulan rakyat selangor di bawah kerajaan pakatan rakyat di TKO.

Respon ada yang positif dan negatif. Itu biasa lah dalam berhujah, ada yang menyokong dan membangkang.

Tapi hakikatnya memang jelas, ini lah yang sedang dilalui oleh rakyat selangor dibawah Kerajaan Pakatan Rakyat.

Saya harap kerajaan PR mesti peka dengan teguran yang dibuat oleh orang bawahan.

Kita menegur bukan niat kita membenci tapi kita sayang dengan kemenangan yang dianugerahkan oleh Allah.

Untuk Sdr MSO teruskan dengan tulisan anda, maklumat yang saudara berikan cukup bernilai buat kami semua.

NH Shah Alam.

Lawati blog saya http://rintihanrakyatku.blogspot.com

Anonymous said...

politicians semua kat mana?

Anonymous said...

Saya sungguh sedih melihat nasib yang menimpa saudara seagama Islam kita. Sungguh pilu. Hendak tolong, tapi kurang berkemampuan. Hanya doa yang mampu disumbangkan.
Di sini saya cadangkan agar pemimpin pemimpin kita menonton filem SICKO arahan Michael Moore. Mungkin pemimpin2 kita boleh mendapat ilham untuk berbuat sesuatu.
Kalau dilihat dari hasil bumi dan pendapatan kerajaan Malaysia, mereka memang sangat mampu untuk berbuat sesuatu untuk membantu orang yang memerlukan. (Asalkan pendapatan negara diurus dengan sempurna.)

Anonymous said...

siapa wakil rakyat di situ? buat lah kerja.. jangan salahkan kerajaan lama..

Anonymous said...

Salam buat saudara,

Inilah yang saya bimbangi. Apabila mendapat kuasa, masing-masing sibuk dengan segala macam alasan, dan lupa akan orang-orang yang tak bernama yang menyokong mereka tanpa soal dan sanggup "berhabis" segalanya.

Barangkali mereka yang berkuasa ini harus diperingatkan dan diberi amaran bahawa mereka, kerajaan-kerajaan Pakatan Rakyat diberi harapan yang amat tinggi untuk membela nasib rakyat.

PRU13 hanya beberapa tahun lagi, paling lama pun tiga tahun lebih sahaja. Tempoh itu bukanlah lama sangat.

Oleh itu, berbaktilah, dan lihatlah rumput-rumput yang ada di bumi tempat kita berpijak.

Wassalam.

Anonymous said...

Kalau Saudara Hj MSO boleh berikan alamat, saya boleh bantu sedikit anaknya yg belajar dekat Politeknik Kok Lanas. Dekat dengan rumah saya

Anonymous said...

Salam MSO dan pembaca sekalian.

Tahniah di atas pendedahan pantas yang dibuat oleh saudara, semoga Warga Emas bernasib malang tersebut dapat dibantu segera oleh parti-parti politik, atau pemimipin politik,atau agensi kerajaan.Mereka yang disnyatakan di atas perlu membantu ini disebabkan 'anak mereka sudah pasti tidak membantu ibu bapa mereka' malah membebankan mereka lagi dengan dua orang cucu.

afja02

Anonymous said...

TERIMA KASIH ATAS MAKLUMAT YANG DIPAPARKAN .
SEGALA USAHA TINDAKAN AKAN DIBUAT SECEPAT MUNGKIN.

Anonymous said...

salam,

YB Saari telah melawat pada malam rabu jam 11mlm tapi mereka sudah tidor pada masa itu. Kes ini sedang di uruskan oleh pengurus pusat khidmat dun hulu klg.

Ya, Ameeza telah datang pada hari selasa dgn cara dan gaya yang agak menarik. Tapi kami tetap akan berusaha memberi perkhidmatan yang terbaik.

Pada masa ini pengurus pusat khidmat masyarakt dun h kelang, sedang mengusahakan tempat tinggal rumah satu bilik or smtg like that, tetapi beliau belum sempat berkomunikasi dgn mereka kerana sakit mata (ini kisah benar bukan alasan politik).

Maklumat ini adalah direct info dari YB Saari dan juga pengurus pusat khidmat yang sedang sakit mata.

Terima kasih kerana memberi maklumat.

hamdy
Ketua Unit Kebajikan Masyarakat MTD Hulu Kelang.
Dan Aktivis Pusat Khidmat Masyarakat DUN Hulu Kelang
hamdy065@yahoo.com

Anonymous said...

sakit mata!, these days ada handphone liao, boleh call budak despatch bagitahu, sehari lewat kerja adalah seribu tahun kesusahan budak budak kecil itu

painah said...

Tahniah ustaz.

yang penting ada kesedaran untuk membantu bukan ambil peluang untuk menonjolkan diri dan mencari kesalahan orang lain.

Walau niat tidak dapat membentuk raut wajah tetapi ada masanya kata2menyerlahkan siapa diri kita.

Anonymous said...

salam,

latest info.

Pakcik itu telah ditempatkan dipenempatan sementara di tingkat 4 rumah kedai di taman permata Kuala Lumpur.

Dalam percubaan memberi perkhidmatan terbaik, kami terfikir samada pakcik ini akan diberi perhatian oleh regime dulu. Bukan bermaksud menjadikan regime dulu sebagai penanda aras tapi kadang kadang cara penulisan itu somewhat berbunyi macam YB & team nya tidak kisah langsung. Whereas, memang sedang diusahakan penyelesaiannya cuma tak dapat selesai dengan serta merta kerana sebab sebab yang mendatang. Takut takut penyampai maklumat mempunyai niat lain.

Well, tapi tanpa pressure begini mungkin kami akan banyak lemak dan tidak perform. Cuma kadang kala terasa mencungap. Walaupun dapat YB 'power', for sure akan ada juga yg terlepas pandang. Imagine apa yg boleh berlaku kepada YB yang kurang mempunyai support system.

Anyway, saya kira kes ini boleh ditutup. Terima kasih kepada mso.

hamdy
o/b team khidmat masyarakat dun hulu kelang.

Anonymous said...

bukan pasal old regime or new regime, tapi pasal bela orang susah

no need to talk about the past, the past is the past. Tak suka kerja dan kena kritik jangan jadi YB

- New Malaysian

Syalimy said...

Bukan nak melebih-lebih... sebagai orang Hulu Kelang saya tahu sangat Pak Abu ADUN Hulu Kelang. Kalau nak jumpa dia jam 1 pagi pun boleh. Kebanyakan masaalah rakyat dia yang turun sendiri ke padang tanpa perlu ke Pusat Khidmat. Kalau dia taada pun, pembantunya Hj Wahab sentiasa melayan. Mungkin cara Ameeza perlu diteliti.