Tidak dinafikan Ronnie Liu seorang aktivis politik yang ramah dan sering muncul di mana-mana saja dalam membela masyarakat.
Kenapa beliau harus ditahan di bangunan pejabat Setiausaha Kerajaan Selangor. Apakah polis tidak ada tempat lain untuk menahan Ronnie Liu itu. Ataupun kenapakah pihak polis tidak menghubungi saja beliau (Ronnie) datang ke Balai Polis. Sebagai seorang Wakil Rakyat bukan payah sangat untuk polis menahan atau menghubungi Ronnie. Atau Ronnie tidak memberi kerjasama dalam hal ini?
Kes atau kesalahan yang didakwa ke atas Ronnie itu berlaku tahun 2007. Ini bermakna sudah hampir setahun. Kenapakah begitu lama pihak polis untuk mengambil tindakan menahan Ronnie? Kelemahan dan kelambatan inilah menyebabkan penahanan Ronnie itu dilihat ada motif dan tujuan lain. Ia bukan penahanan biasa. Polis seakan mencari masa yang sesuai!
Sekiranya kesalahan yang didakwa itu berat kenapa polis mengambil begitu lama sampai setahun untuk bertindak? Bayangkan kalau kelewatan ini berlaku ke atas tertuduh melibatkan jenayah berat seperti bunuh, rompak, rogol dan sebagainya sudah pasti orang yang disyaki itu sudah lama melarikan diri! Kelemahan dan kelambatan pihak polis ini akan dilihat kurang cekapnya polis dalam melaksanakan tugas mereka.
Di sini apa yang nampaknya ialah penahanan itu bagi menjejaskan imej Ronnie Liu sebagai wakil rakyat. Semacam ada seperti niat pihak berkuasa (Polis) untuk memberi gambaran kurang baik mengenai Ronnie kepada umum untuk kepentingan politik pihak lain. Dalam konteks penahanan itu seolah bukan sangat hendak mendakwa Ronnie tetapi untuk mendedahkan kepada umum mengenai tindak tanduk dan sikap Ronnie dalam isu maksiat.
Sudah pasti tindakan Ronnie Liu itu tidak akan disenangi oleh orang-orang Islam yang bagi mereka maksiat itu suatu kegiatan yang haram dan merosakkan moral rakyat. Orang ramai akan beranggapan Ronnie Liu sebagai pelindung maksiat. Justeru apa yang nak ditunjukkan di sini bahawa tindakan Ronnie itu kontras dengan kehendak dan aspirasi rakyat terutamanya Pas yang menjadi gabungan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor.
Berdasarkan dapatan ini penahanan Ronnie itu Liu kerana menghalang kerja pencegahan maksiat satu tindakan wajar, tetapi masa yang dibuat polis itu tidak tepat. Kerana kelemahan itu menyebabkan orang ramai akan beranggapan polis sengaja mahu menyusahkan Ronnie dan memberi benefit kepada politik pihak lain.
Tanggapan demikian menyebabkan imej polis tercemar. Apa lagi sebelum ini sudah kerap polis bertindak tidak mengikuti garis undang-undang dan lebih kepada tindakan beremosi untuk kepentingan pihak lain!
Lain kali polis perlulah lebih berhati-hati dan bersikap profesional. Jangan kerana ada sesuatu kepentingan lain barulah tindakan diambil. [wm.kl 7:45 am 13/11/08]
3 comments:
akum..
haji tie...
smlm saya nampak haji kat restoran haslam belakang tawakal..( port lepak ke?) hihihi.. nak tegur segan tgok haji tengah serius je berborak siap harakah ade kat tangan. apa2pun saya mmg minat tulisan haji.. sesekali nk sangat lepak ngan haji tie sambil borak2 politik malaysia.. amir, 28 tahun kl.. anrd0_1981@yahoo.com. goog luck Haji TiE.
Melihat perkembangan ini, ianya lebih bermotifkan politik untuk meruntuhkan imej pemimpin.
Jika benar bagai didakwa, saya menyokong kenyataan tuan,penahanan itu tepat tetapi tidak kena.
Bagi pembangkang, tangkapan yang wajar dilakukan pun pasti ada yang tak kena. Takde yang kena, semua tak kena. Ada je salahnya. Contoh macam penangkapan Ronnie ni la, tangkapan ini dibuat tepat tapi tak kena... Entahlah... Rasanya dari dulu sampai sekarang, tak pernah ada tindakan kerajaan yang disokong oleh pembangkang... Nama pun pembangkang ye tak...
Post a Comment