Monday, February 9, 2009

Susupan Pagi

Biarlah Karpal Bersuara Dari Atas Kerusi Rodanya

TINDAKAN Pengerusi DAP, Karpal Singh yang mengkritik dan mempersoal kewibawaan Anwar Ibrahim sebagai Ketua Umum Pakatan Rakyat sedikit sebanyak menganggu persepakatan dan fokus pakatan tiga buah parti itu; PKR, DAP dan Pas terhadap kemelut di Perak waktu ini.

Tidak wajar Karpal bersikap demikian yang menunjukkan tidak ada bersepaduan dalam Pakatan dalam saat-saat dan suasana semua pemimpin Pakatan sepatutnya bercakap atas satu nada dan satu irama.

Cara Karpal itu seolah-olah beliau tidak memahami masalah yang dihadapi Pakatan Rakyat yang kehilangan sebuah kerajaan negeri hari ini serta masih mahu menunjukkan kehebatan sendiri sebagai peguam.

Mungkin ramai yang bingung dengan telatah Karpal itu. Komen dan luahan kemarahnya itu juga sudah melencong jauh daripada apa yang beliau sepatutnya sebutkan. Beliau tidak patut mempersoalkan kedudukan Anwar sebagai ketua umum Pakatan yang sudah dieprsetujui.

Kalau pun beliau tidak mahu menerima strategi politik lompat parti yang dikatakan dipromosikan Anwar beliau hanya perlu diam sahaja. Kerana adat (sikap) dalam berpersatuan ialah akur kepada keputusan majoriti dan pandangan ketua.

Semalam Karpal mengkritik Anwar dan mengatakan Anwar tidak layak menjadi ketua umum Pakatan Rakyat. Sehubungan itu juga beliau meminta Anwar bertaubat. Semuanya gara-gara isu beliau cadang untuk menyaman Sultan Perak. Karpal menganggap cadangan itu tidak dipersetujui Anwar sedangkan bagi Anwar tindakan Karpal membuat kenyataan akhbar berhubung itu adalah bersifat peribadi bukan pandangan koletif Pakatan.

Apa yang dimaksudkan Anwar, Pakatan sedang mengumpul panel pegamnya untuk mengkaji apa yang berlaku di Perak terlebih dahulu. Cara itu lebih teratur dan tidak tergesa-gesa sehingga boleh menimbulkan masalah kepada Pakatan kemudiannya. Karpal tidak faham tindakan ini disebabkan beliau tidak menghadiri mesyuarat majlis Pakatan Rakyat.

Anwar juga mungkin terpaksa tidak bersependapat dengan Karpal kerana cara Karpal itu untuk mengheretkan semua orang Melayu dalam Pakatan untuk menyaman Sultan dan cara itu mungkin dilihat Anwar tidak baik dan tidak patut kerana ia mengusutkan lagi keadaan.

Sebenarnya sikap Karapl yang tidak sehaluan itu bukan saja kali ini. Sebelum ini pun Karpal bercakap merapu dan tidak mengikut nada orang ramai - Pakatan. Orang bercakap ke timur beliau ke barat, orang ke barat beliau ke timur. Karpal menunjuk-nunjuk keangkuhan beliau sebagai seorang peguam yang syok sendiri kononnya dialah serba tahu dan berani.

Misalnya mejelang pilihan raya kecil Kuala Terengganu bulan lepas, Karapl menimbulkan soal hudud di mana beliau mengulangi pendiriannya akan tetap menentang hudud. Sepatutnya dalam masa Pas menghadpai pilihan raya beliau tidak menimbulkan isu berkenaan kerana ia akan dieksploitasikan oleh pihak Umno Barisan Nasional. Lagi pun masalah hudud sudah jelas kedudukan dan bagaimana Pakatan menanganinya. Di sini kebijaksanaan tidak ada kepada Karpal.

Pendirian dan sikap tegas Karpal dalam sesuatu hal memang boleh dipuji. Tetapi kurang bijaksana dalam menyalurkan pandangan dan mempertahankan diri perlu dikecam.

Cara beliau mempertikaikan dan marah kepada Anwar itu tidak kena saluran. Beliau tidak sepatutnya meluahkan kepada media, tetapi dalam mesyuarat majlis Pakatan Rakyat.

Begitu juga tindak tanduk Karpal sebegitu menampakkan kelemahan dirinya sendiri bila menyebut DAP tidak mempercayainya dan lebih mempecayai kepada Anwar dan apa yang Pas kata. Kenapa harus mendedahkan aib sendiri? Inilah kelemahan Kapral sebagai ahli politik. Daripada orang tidak tahu menjadikan semua orang tahu.

Bagi saya Karpal ada masalah dalam hal ini. Benarlah seperti kata Timbalan Presiden PKR, Syed Husin Ali sejak akhir-akhir ini tindakan Karpal sukar difahami kerana kadang kala ia bercanggah dengan pemikiran ramai dalam Pakatan.

Mengenai keganjilan Karpal ini bukan saja Syed Husin ramai yang menyedari dan merasainya.

Bagaimana pun hendaknya pemimpin Pakatan Rakyat tidak pelru beritndak balas ke atas Karpal. Biarlah dia bersura dari kerusi rodanya itu. Mungkin kenapa berlaku demikian kerana masalah keadaan dirinya kini selepas mengalami kemalangan jalan raya.

Perli difahami orang catat sangat sensitif dan mereka sering merasakan mereka dianaktirikan dalam apa-apa pun. Di sini karpal sebagai seorang tokoh politik dan peguam yang besar jiwa sebelum ini sudah jadi seorang yang berjiwa kecil.

Kepada Pakatan selesailah sebaik mungkin kes Karpal ini kerana jika dibiarkan apa lagi dilawan nanti Pakatan akan kehilangan seorang lagi Orang Kurang Upaya (OKU) dalam parti berkenaan selepas perginya Hee Yit Foong. [wm.kl 9:00 am 10/02/09]

7 comments:

Anonymous said...

Abe MSO

Kalau kita ikuti sejarah karpal ni, kita tidak terkejut dengan komen beliau ini. Karpal ni boleh kita golongkann dalam golongan mulut galir.

Kalau time PRU atau mana PRK atau krisis dalaman pembangkang, penyakit ini datang.

Dia tu pembangkang. Time PRU atau PRK lah dia mula mempersoalkan pembangkang. Ada-ada sahaja isu yang menyusahkan pihak pembangkang dia utarakan. Kalau tidak isu hudud ada isu lain yang boleh digunakan oleh pihak lawan untuk digunakan dalam PRU atau PRK.

Ambo rasolah. Karpal ni jenis bekas timbalan speaker neegeri perak. Boleh ke kita minta BN buat offer kepada karpal ni suruh lompat parti? Rasanya lagi aman perjuangan pembangkang.

Secara seriusnya, tindakan karpal ini boleh dilihat bahawa dalam Pakatan Rakyat, demokrasi hidup. Sesiapa sahaja boleh mengkritik pemimpin.

Bolehkah kita kata begitu dalam UMNO? Katakanlah, muhyidin yasin buat kenyataan suruh paklah atau najib berhenti jawatan dalam parti dan kerajaan sebagai mengambil tanggungjawab diatas nasib malang UMNO sekarang ini - agaknya macamana tindakan pemimpin UMNO?

Yang pasti, ketua cawangan UMNO kuala nal di gua musang pun maki hamun muhyidin. Itu sekadar contoh je...

bat8

luaskanmata said...

Amww Guru: 

Berkurangannya OKU dalam pimpinan PR pun ok. Banyak lagi OKU yang lebih berwibawa bersedia menggantikan tempatnya bagi memantap kesepakatan agar lebih berupaya membaca kitab sosial yang ditulis oleh insan pelbagai keupayaan. 

Salam jihad. 

Anonymous said...

hahahaha kasian karpal singa...DAP lagi kasian ada leader macam karpal...kah kah kah kah... (jangan pedulikan dia...spt MSO kata, OKU memang sensitif sikit...)

hakim said...

macam mana nak hadapi PRK kat Bt Gantang kalau dok berkocoh sesama sendiri ni? Biarlah yang pergi tu dgn aman, jgn dihuru-harakan dia.

Reds said...

Kebenaran itu haruslah dinilai dari necara kebenaran yg asli. Sesuatu yg salah itu, tetap salah walau siapa yg melakukannya. Lompat parti, adalah perbuatan tdk bermoral yg menyanggah mandat rakyat, menghancur demokrasi & ianya adalah kekal perbuatan yg buruk, sama ada ianya dilakukan oleh BN atau PR, Najib atau Anwar. Nampaknya org2 politik hari ini sudah kehilangan neraca kebenaran yg tulen. Kebenaran bagi mereka hanyalah jika sesuatu itu menguntungkan puak mereka. Lompat parti, jika menguntungkan puaknya dikira demokrasi, manakala jika menguntungkan pihak lawan ianya haram jadah buruk-seburuknya.
Alangkah lucunya membaca komen ahli2 politik yg boleh sahaja tiba-tiba membuat U-Turn kenyataan mereka mengenai lompat parti & juga ketaatan kpd Raja2, tdk kiralah dari BN ataupun PR. Dulu sokong, hari ini bantah, dulu bantah, hari ini sokong. ALangkah lucunya ! Apakah mereka2 ini tdk malu ? Sesunguhnya kebenaran & keadilan itu tdk mengira kamu dari puak mana, dari parti mana. Benar tetap benar, salah tetap salah. Aduhai umat, kembalilah kpd neraca kebenaran yg tulen !

Anonymous said...

sayuti omar memang layak berkawan dgn karpal singh

manusia seperti sayuti ni memang sial.dia ni lalang.kejap ke sana kejap ke sini.menulis ikut sedap dia dan siapa yg bayar duit kat dia.kalau org tak bayar duit maka dia pun bukalah isu org itu.kalau byr duit ja dia akan up habis habisan

lagi satu sayuti ni org gila.kalau tak percaya pergi tanya azmin ali,husam musa dan kickdefella

sekarang dia dapat duit drp khairy,sebab itu tulisan dia sekarang up khairy dan hentam khir toyo.lepas ni khir toyo bayar duit dia hentam mukhriz pulak.lepas mukhriz bayar duit dia up pulak.lepas tu dia diam

dasar syaitan

Anonymous said...

sarip dol ni sekolah mana...kah kah kah...macam keluaran sintok...atau memang tak pernah keluar ke mana mana...kah kah kah kah...