SEPERTI mana diduga awal-awal (tetapi dugaan ini sangat tidak disukai oleh sesetengah orang Pas), keputusan pilihan raya kecil Manik Urai hari ini tepat. Bahawa Pas bukan saja menang dengan majoriti (dijangkakan) 500 undi, tetapi jauh merudum dari itu. Pas hanya menang tipis dengan mendapat 65 undi sahaja.
Dengan majoriti sebanyak ini, bermakna UBN hanya perlu merampas 33 undi saja lagi untuk memenangi kerusi Manik Urai.
Apakah undi sebanyak 65 itu disumbangkan oleh Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa yang dihalang turun oleh Pas Kelantan tetapi turun juga disaat-saat akhir demi penghormatannya kepada pilihan raya berkenaan?
Keputusan sekejap tadi sudah pasti menggembirakan UBN. UBN boleh berbanga kerana kejayaan mereka mengurangkan majoriti diraih Pas menerusi Pak Su Weil dalam pilihan raya umum dulu dari 1,352 undi kepada hanya 65 undi sahaja, iaitu penurunan sebanyak 1,267 undi.
Kejayaan ini memberi kebanggan berganda kepada UBN kerana dalam lima pilihan raya kecil lain sebelum ini mereka kalah. Setengahnya dengan majoriti bertambah kepada pembangkang tetapi berlainan di Kelantan. Undi UBN bukan merosot tetapi bertambah berpuluh kali ganda.
Apa lagi dalam keadaan Pas dikatakan begitu kukuh dan kerajaannya (kerajaan Kelantan) menjadi kebanggaan seluruh orang Pas, tiba-tiba ia berjaya dikejutkan UBN begitu rupa sekali? Di lihat dari sudut mana sekalipun Pas Kelantan harus merasa malu dan perlu mahasabah diri dengan apa yang berlaku hari ini.
Keputusan ini sudah pasti akan dijadikan kayu pengukur dek UBN untuk membuat persediaan bagi menghadapi pilihan raya di masa akan datang termasuk pilihan raya umum. Mustapa Mohamed yang diberi tanggungjawab semula selaku Pengerusi Umno Kelantan sewajarnya boleh tersenyum dengan keputusan itu.
Mustapa boleh mendakwa bahawa beliau lebih diterima dari sesetengah pemimpin Pas di Kelantan yang mendabik dada dan cuba menunjuk hebat dan kononnya digilai rakyat Kelantan pada masa ini.
Baiklah... melihat kepada nasib yang dialami Pas ini, apakah ianya boleh dibiarkan begitu saja dan dianggap sebagai satu takdir Allah? Ataupun orang Pas Kelantan masih boleh terus ‘manggak’ dengan beranggapan bahawa mereka masih menang dan masih berkuasa dan masih kuat? Begitukah? Anggapan demikian pada saya tak ubahlah si buta yang jatuh ke dalam telaga tetapi berhelah untuk menutup malu dengan mengatakan dia sengaja turun kerana ingin minum air di bawah.
Bagi pemerhati politik mereka tetap akan membuat analisa mengenai keputusan hari ini. Mereka yang rasional dan faham politik tidak boleh menerima kemenangan Pas yang tipis ini sebagai takdir atau kehendak Allah begitu saja. Sebab dan musabab 'kekalahan' itu perlulah diselidiki untuk menjustifikasikan keputusan hari ini bagi dijadikan iktibar di masa depan.
Analisa ini perlu telus dan saksama untuk memberi ingatan kepada Pas agar tidak merana dilain kali. Dan ahli Pas termasuk yang taksub juga hendaklah terima dengan terbuka dan rela hakikat yang berada di hadapan mata.
Selama lapan hari berkempen tidak ada kejadian yang buruk berlaku. Tidak kedengaran UBN bertindak secara agresif ataupun berlaku jahat dan bermain kotor seperti mana dakwaan-dakwaan dilakukan UBN sebelum ini. Keseluruhan pilihan raya itu berjalan dalam suasan baik dan bersih.
Jadi kakalahan ini Pas tidak boleh menunding kepada Umno...seperti mana selalunya. Seperti kerana ada pengundi hantu, ugutan, rasuah dan sebagainya. Dalam hal ini kemenangan tipis itu Pas hendaklah meletakkan petaka dan celakanya ke atas batang tubuhnya sendiri. Pas jangan mencari kambing 'jamnapari' hitam untuk dipersalahkan!
Apa yang sempat dihimpunkan di sini dalam melihat kemenangan tipis Pas ini ialah disebabkan beberapa faktor berikut;
- Pas telah silap dalam meletakkan tema pilihan raya berkenaan dengan cuba melokalitikan pilihan raya berkenaan dan tidak mahu ianya dilihat sebagai pilihan raya nasional. Ini bertentangan dengan skop perjuangan Pas itu sendiri yang bersifat nasional yang memakai slogan Pas for All.
- Pas terlalu mempercayai kepada kredibiliti dan personaliti Tok Guru Nik Aziz sebagai modal dan aset, sehingga Pas merasakan tokoh-tokoh lain tidak memberi sumbangan kepada Pas dan mereka tidak penting malah dianggap sebagai libaliti kepada Pas.
- Pas bersikap cuba menghadapi pilihan raya itu dengan anak beranaknya sendiri tanpa mahu melibatkan orang luar. Pas cuba menunjukkan keheroan ataupun cuba menampilkan hero lokal mereka dalam berpilihan raya dengan harapan akan menjadi hero di peringkat nasional. Justeru kerana itu ada petugas tidak rasmi Pas dari Kelantan yang menghalau petugas negeri lain agar tidak datang bergelewat di Manik Urai.
- Begitu juga, mereka merekakan cukup kekuatan tenaga dan kewangan kerana mereka memegang kerajaan selama 18 tahun maka mereka merasakan tidak lagi memerlukan sumbangan dari ahli luar. Sikap ini menyebabkan komitmen ahli luar dalam pilihan raya Manik Urai tidak sekuat komitmen mereka pada pilihan raya kecil sebelum ini.
Rumusan daripada itu semua menjelaskan Pas menghadapi pilihan raya itu tanpa sokongan menyeluruh ahli Pas dari negeri-negeri lain. Begitu juga tanpa sokongan rakan dalam pakatan terutamanya Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Kelantan. Ini terbukti bilamana tokoh-tokoh Pas dari negeri lain tidak disenaraikan ataupun ada yang sama sekali dilarang agar menghadiri diri di Manik Urai manakala tenaga dan sumbangan PKR dipandangan lekeh.
Tindakan-tindakan itu pula secara tidak langsung menjelaskan Pas menghadapi pilihan raya Manik Urai dalam keadaan bermasalah dan tempang. Paling parah lagi ketempangan itu bukan saja Pas melarang penceramah dari luar tetapi tokoh-tokoh Pas dari Kelantan juga diketepikan ataupun tidak diberikan peranan sewajarnya. Tindakan ini ialah kerana ada golongan yang ingin menonjolkan ‘tanah rancanganya’ saja dan dalam masa sama mahu menenggelamkan ‘tanah rancangan’ orang lain.
Perkara lain yang nyata dalam pilihan raya ini ialah kelemahan pada jentera pilihan raya Pas bermula dari peringkat pengarah dan pegawai. Ternyata pengarah pilihan raya kecil Manik Urai termasuk juga penasihatnya operasinya sudah usang dan ketinggalan zaman.
Arahan-arahan atau keputusan yang dibuat oleh JPN ini khasnya Abdul Fatah Haron tidak profesional dan berbau ‘perkauman’ sesama sendiri dan sikap ini dapat dirasai oleh kebanyakan ahli Pas. Sepatutnya sikap jumud dan manggak ini tidak ada kepada JPN dan sepatutnya ia menerima semua orang sebagai satu saf dalam perjuangan tanpa diasingkan dengan motif politik peribadi yang merugikan parti.
Mungkin sikap ini berlaku kerana over confident? Sebab itulah awal-awal lagi JPN telah meletakkan sasaran Pas boleh menang sehingga 2,000 undi dan enggan sumbangan pemimpin di luar Kelantan daripada ikut berkempen di Manik Urai? Perang saraf dengan angka ini agak melampau dan ego. Keadaan ini terbawa sehingga ke hari mengundi bila mana belum apa-apa Fatah terlah membuat kenyataan media kononnya Pas menang dengan majoriti 1,700 undi.
Dengan keputusan hari ini adalah elok kalau Tok Guru Nik Aziz Nik Mat melipat ganda sembahyang tahjut atau hajat bagi mencari di mana silap dan salahnya dan mendapat petunjuk dari Allah bagaimana untuk memperbetulkan semula keadaan menyebabkan Pas menang tipis. Sekiranya beliau merasakan badan perhubungan Pas disusun semula maka beliau perlu bertindak tanpa bertanya kepada para penasihat yang sifatkan menyesatkan itu untuk mendapat pertunjuk dan formulanya.
Adalah lebih baik kalau kali ini beliau cuba untuk tidak akur kepada penasihat yang sebegitu dan cubalah melihat kepada arah mana bayang mentari jatuh. InsyaAllah Pas boleh perbetulkan apa yang pincang dalam Pas Kelantan hari ini.
Kemenangan tipis siang tadi menjelaskan bahawa para general yang dipercayai Tok Guru kini ditolak oleh rakyat menerusi peti undi di Manik Urai itu. Kalaulah pengundi Manik Urai yang dianggap sebagai pengundi pedalaman dan buta IT boleh melihat kemudaratan itu apa lagi dengan pengundi yang celik IT dan bijak menikah politiking pemimpin, tidak hairanlah kalau mereka akan lebih menolak Pas!
Sementara seafdal-afdal tindakan mereka yang merasa hero dan bangga kerana diberi kepercayaan untuk mengatur tektik dan strategi pilihan raya kecil itu ialah dengan melepaskan jawatan sebagai membuktikan bahawa mereka gantlemen dan mengambil tanggungjawab atas kemenangan tipis itu. Lakulah demi masa depan Pas Kelantan! [wm.kl. 10:30 pm 14/07/09]
21 comments:
salam...
saudara nampaknya anti sangat ngan nik aziz dan orang2nya...
kenapa saudara?....
sampai ker hari ini saudara masih menghentam nik aziz....
saudara cuba nak tonjolkan siapa?..
atau nak satukan umno dengan pas?..
tak jelas tujuan saudara...
yang kelihatan saudara memang anti kat puak2 nik aziz...
saya tak sokong mana mana,cuma mahu wakil rakyat buat le sesuatu yang berguna untuk rakyat kalau nak terus menang,jangan cuma masa kempem je buat ni buat itu,bila dah menang bulu hidung pun tak nampak....
jangan mengharapkan udang dalam kuey teow basah ayam.
Alhamdulillah... tipis pun menang juga...
Pilihan raya kali ini sudah habis. berbaloi rasanya terkandas dua jam kelmarin di manik urai, semata-mata kerana terlalu ramai ahli pas berduyun-duyun. mungkin pergi mendengar ceramah... saya pun tak ambil tahu, sebab berkejar nak balik ke KL.
saya sokong kata penulis, pemimpin PAS kena renungi silap dan salah diri. namun, mungkin lebih enak, lebih bagus... lebih indah kalau berhenti mengulang silap Tok Guru Nik Aziz. Dia cumalah Mursyidul Am, bukan maksum bak Rasulullah s.a.w. Sedang rasul yang maksum pun ditegur beberapa kali dalam kalamullah. inikan pula Tok guru. tentu tidak lekang dari salah dan silap.
mungkin terlewat saya nak beri komen tentang hal lepas. tetapi pandangan saya sebagai seorang remaja, yang jahil politik, tak khatam ilmu agama lagi ni... hal itu cumalah marah seorang ayah kepada anak lelaki sulungnya, yang tiba-tiba membelakangi seorang ayah dalam menetukan jodoh adik perempuannya.
kadang-kadang, anak sulung terluas langkah, terlangkah kepala ayah dalam membuat keputusan. selalu juga ayah termelatah lebih. tetapi bukankah wajar, sang anak memohon ampun kepada ayahndanya. walaupun yang salah memang nyata si ayah, inikan pula anak pun salah juga.
jiran-jiran pening kepala tengok perang dingin PAS. musuh pulak tentu bersorak sampai kain terlondeh...
saya tidak fanatik PAS, yang utama ialah menyokong ISLAM. jadi pemimpin yang baik, yang boleh di teladani, yang tidak gila harta, yang dilihat dari sudut mana pun memang mengikut sunnah rasulullah. itu yang saya sokong. tak kira dia parti apa sekalipun. yang penting bukan parti, yang penting ialah tegakkan Islam.
mohon ampun dan maaf.
assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh.
Assalamualaikum
Saya setuju dengan artikel tuan kali ini. Bagi saya PAS perlu bermuhasabah diri semula. Dan macam biasa Pas menggunakan alasan BN menggunakan segala jentera kerajaan dalam kempen mereka. Saya ingin tanya bagaimana pula dengan kemenangan Pas di Bukit Gantang, di situ Umno juga menggunakan pendekatan yg sama, tetapi lagi kalah teruk, kenapa Pas boleh menang dengan majoriti. Bagi pendapat saya kemenangan Pas yang tipis ini boleh dijadikan pengajaran. Janganlah terlalu membangga diri, ingatlah UNDI rakyat Kelantan tidak sama dengan undi negeri lain. Tuan bayangkan pada 2004, BN menang di Kelantan dengan 22 kerusi dan pd 2008 dengan 6 kerusi, ambillah iktibar dari jumlah kerusi ini. Saya x dapat bayangkan bagaimana pada PRU 13 nanti kalaulah Pas masih leka dengan kebongkakan mereka. Entah2 dpt 6 kerusi sahaja. Wallahhualam...
SAlam Tuan..
saya bukan penyokong mana2 parti politik..tetapi saya ingin utarakan sedikit pandangan..pertma sekali saya agak terkejut dengan peratusan keluar mengundi yang tinggi tetapi saya tak nak komen ape2 mengenai isu tersebut..yang kedua bagi saya Umno mmg boleh mng di manek urai kerana tahun 2004 Umno telah mng disana..jadi bagi saya keputusan ini tidaklah mengejutkan....tetapi saya pelik ramai yg teruja dgn keputusan tersebut..
idea yg sedara nk sampaikan tu ade pointnye..boleh la di katakan penilaian yg agak baik..
cuma sedara dr dulu lagi tidak penah belajar nk menggunakan perkataan atau bahasa yg lebih sopan. perkataan celaka ke petaka ke tak payah la nk di gunakan utk menunjukkan kemarahan sedara pd seseorg.
lagi 1, seruan sedara meminta tok guru nik aziz melipatgandakan solat tahjut dan hajat tu agak keterlaluan. sedara sendiri pun menampakkan diri sedara tu cetek agama dgn mengatakan solat hajat dan tahjud itu utk mencari salah dan silap pas. sedara patut tahu ape itu solat hajat dan ape itu solat tahjut seblum nk mengarang ayat2 yg sedara sendiri perasan bagus. Ada berani ke siarkan komen ini? huhuhuhu..tq
salam...
punca sebenar adalah isu UG yg hang perjuangkn...
hang sebenarnya gembira dgn keputusan ini....
tahniah diatas usaha hang ....
moga hang cepat masuk UMNO..
salam mso,
senyum saja baca komen yg diatas tu, diorg ingat mso ahli PAS ke? wakakaka...
semoga PAS Kelantan bermuhasabah lepas ini. ingat, ini ujian kecil dari Allah..Alhamdulillah kemenangan masih diberi kpd PAS.
sikap menghina, menghalang pemimpin tertentu sms kempen punca utama PAS 'kalah' majoriti.
semoga Allah selamatkan PAS dari dipimpin oleh pemimpin yg bongkak!
-parpukari yg ahli PAS :) -
"Pilihanraya... bukan paksaraya..." kata TGNA. Kurangnya orang pilih kita, kena muhasabahlah...Fikir secara rasional. Kenal sebab musabab. Lain kali boleh mengelak kesilapan yang sama.
Kalau orang nak bagi pandangan dan komen pun kena marah dan diperlekeh, tak adalah oang yang akan tegur nanti. Betul pun orang puji melangit, salah pun orang puji menggunung, akhirnya kita syok sendiri.
Tanggungjawab kita besar, jagalah bumi Kelantan. Pertahankan kerajaan Islam di Kelantan. Ini bukan lagi tentang kepentingan diri sendiri dan ego peribadi tetapi tentang masa depan kerajaan Islam dan kepimpinan aru Islam di Kelantan dan di Malaysia.
Pelbagai punca sbbkan kemenangan tipis. Analisa yg bagus.
Dan kepada para "pengkomen".. tak perlulah nak cabar berani ke tak siarkan komen saudara.... ini bukanya blog picisan /murahan.... sangat kebudak-budakan lah..
salam.,.
confirm bahagia puok UG..jenis cah keting!!tahniah jentera PAS dpt bertahan w'pun kena serang kaw2 dgn wang juta2,umpan projek juta2..ni laa kesannye bile puak PAS yg wat kerajaan perpaduan..kesian laa kat orang ISLAM tulen..
saudara MSO x yah laa sentuh TGNA pasal solat hajat ko tahjut ko..demo cukup ko smaye 5x waktu??
Salam sdr MSo,
Sy sering mengikuti ulasan sdr diblog ternyata sejak akhir-akhir ini lebih berbentuk serangan peribadi secara khususiah terhadap pimpinan PAS. Kritik secara yang berhemah bukan menyindir secara sinis. Setiap manusia punya kelemahan kerana sifat baharu mereka. Justeru perancangan manusia tidak akan melebihi perancangan Allah swt. Oleh yang demikian indahnya Islam itu kerana muasabah yang perlu dilakukan untuk mencari titik kesilapan kemudian diperbaiki dan diperbetulkan. Kritikan perlu pada kepada asas Islam tersebar luas dimukabumi ini adalah kerana kasihsayang.
Pemimpin Pas wajib membaca artikel tuan dalam menilai kemenangan dalam kekalahan ini sekiranya mereka mahu menang pada masa akan datang. Yang penting Pas Kelantan perlu membelek2 dan menilai kelemahan diri sendiri daripada menuding kepd Umno. Bacalah tulisan ini dengan hati yang tenang walaupun ia sangat menyakitkan hati. Jangan selesa berada di bawah tempurung...
Saya begitu hairan kenapa semua org bercakap sesuatu yg negatif kpd PAS. Tidakkah mereka sedar ini adalh reverse psycology dari pihak UBN. Dengan segala jentera yg pihak UBN guna spt media, wang, tentera . SPR, kkitgn kerajaan, beg hitam dan mcm-mcm lagi yg kita tidak tahu...namun PS tetap menag pilihanraya MU. Saya percaya 65 adalah angka selepas manupilasi oleh UBN. ..PAS sebenarnay mempunyai majoriti yg lebih dari itu... Saya bersetuju dengan jangkaan awal iaitu majoriti dalam 2000 org.
Tahniah PAS............
salam mso
saya sokong 100% pandangan mso
TGNA perlu muhasabah sendiri dan betulkan saf semula,
saya amat setuju, org2 lama yg dah hampir expired perlu ditukar,
idea2 baru dari tenaga2 baru perlu diteliti,
pas kelantan jgn terlalu angkuh
18 tahun memerintah kelantan dengan kekuatan TGNA sudah hampir berlalu
rakyat sudah bijak menilai
satu perkara lg, sehingga hari ini org2 pas kelantan khususnya terlalu mengagung dan mengharapkan keajaiban TGNA untuk meraih sokongan rakyat, amat jarang @ belum pernah saya mendengar org pas memberi pandangan yg lain dari pandangan TGNA, semuanya akan "sami'na wa atu'na" terhadap segala saranan dan pandangan TGNA. Tidakkah ini satu bentuk kejumudan dan asobiyyah yg tentunya akan memporak perandakan pas nanti. Meminjam kata2 Anuar Musa (org pas totok tentu tak suka ni..) bahawa pemujaan berlebihan terhadap TGNA akan memakan diri sendiri dan pastinya org2 UBN hanya menunggu saat kepergian TGNA sahaja untuk menawan Kelantan. Apa2pun, tahniah kemenangan di MU.
Salam. itulah kesannya kerana terlalu lama memerintah. dah nak jadi macam umno dah. apapun, pepimpin PAS kelantan perlu bermuhasabah terutamanya peneroka-peneroka "tanah rancangan" dan generasi TIGA ABDUL. Ingatlah kemenangan di Manek Urai hanyalah kerana kasih sayang Allah pada orang-orang yang beriman di Manek Urai, bukannya kerana usaha taksub pemimpin pas kelantan yang 'sombong' tak tentu pasal sehinggakan sanggup menghalau petugas dari negeri lain untuk turut sama berkempen di manek urai. Setuju dengan cadangan MSO agar peneroka-peneroka 'tanah rancangan' yg terlibat secara langsung di manek urai melepaskan jawatan dengan SEGERA untuk kepentingan Islam dan kerajaan Kelantan. Allah hu Akbar
apapun alhamdulillah PAS tetap menjadi pilhan rakyat di manek urai
betul pas kena muhasabah diri
apalah maknanya pas for all kalau dah takde sifat sejagat, memang menampakkan sangat pas ni fiil orang2 kelantan saja, adalah silap bagi orang2 kelantan hanya nak bertindak sebgai lone ranger saja bagi menhadapi PRK manek urai tu
kalau macam ni macamana nak perintah malaysia
setiap seorang dari kita ikhlas dalam memperjuangkan agenda masing2
setiap usaha yang mereka lakukan tak perlukan sebarang balasan, cuma satu saja jangan sesekali melupakan mereka, berterus terang sajalah bila masa mereka diperlukan......
Salam Tuan,
Bagi saya orang kebanyakkan ini melihat banyak perkara yang perlu dipelajari oleh PAS,
1) Ambil contoh dari "Kerjasama BN" dari semua kalangan mereka, penuh ide dan strategi ada plan A dan B..dan seterusnya, kena ambil yang positif dan belajar
2) BN telah mengorak langkah awal, utk mencetuskan isu dalaman PAS semacam tak sehaluan di saf hadapannya. Sudah di gemburkan di mass media.
3) Sikap angkuh segelintir saf hadapan PAS Kelantan (kalau salah tolong maafkan)pada PRK kali ini seolah-olah semua boleh tangani tanpa pertolongan sahabat-sahabat dari tempat lain. Kita perlu jemaah yang ukhwah nya kuat.
4) Ada masalah dalaman tak pandai dibendung (damage control)
5) Tidak perlu sempitkan minda dengan mengatakan BN guna itu dan ini, perlu ada sikap terbuka melihat kedalam diri apa sumbangan kita pada rakyat yang belum kita buat.
6) Yang paling penting pada saf hadapan PAS JAGA MULUT dan BEFIKIR SEDALAM DALAM NYA sebelum BERKATA-KATA, kita semua adalah manusia biasa.
Pendapat saya: Dulu kerap sangat mengkritik Umno tak demokratik dan berpecah. Skrg Pas pun sama. Eloklah Pas kena pukul, harap sedar diri. Jgn lagi cakap umno berpolitik ketinggalan zaman, cara pemimpin pas pun sama. Yes, pengundi sudah ajar mereka. Buat lagi, ajar lagi.
salam hormat !
Anilisis pendek (katakanlah walaupun sepotong ayat pada kebenaran:maksud hadith)
1.sebab orang pas (MU)tidak melihat perkara dunia lebih penting berbanding dengan ganjaran diakhirat (islam) walaupun jika dilihat disegi perbezaan calon bagaikan langit dengan bumi (pengurus dengan peniaga)siapa yang lebih cekap dan bijak mentadbir?.
2.Punca kemorosotan undi ialah (seperti dikebanyakkan prk) curahan duit dan berjanji itu ini begitu begini menjadikan ada diantara pengundi terasa terhutang budi disamping perbalahan mulut secara terbuka dikalangan kepimpinan pas sendiri adalah salah satu faktor utama majoriti kurang.Ini memberi erti pengundi memilih dasar parti dan bukannya kerektor calon.Tahniah MU kerana tahan di Uji dan pada abe Uji sendiri.......!
Perkara biasa di Kelantan PAS kalah dalam PRK,contoh mudah di Permatang Pasir dulu pun PAS kalah dan pada saat itu PAS cuma tinggal satu kerusi saja dalam DUN.
Tapi alhamdullilah di saat semua orang beranggapan UBN akan merampas negeri Kelantan hakikatnya PAS masih menguasai DUN dengan majoriti yang lebih besar.
Dalam PRK tak dapat di nafikan memang sukar PAS untuk melawan jentera kerajaan yang berduyun duyun turun berkampung di MU.Tapi dalam PRU keadaan sebaliknya berlaku.Curahan wang juga tidak sebanyak dalam PRK.
Syabas kepada Tuan Guru Nik Aziz kerana masih berjaya memimpin PAS memenangi PRK kali ini
Post a Comment