Wednesday, August 12, 2009

Menjawab Berita

Yang Ditembak di Temanggung Bukan Noordin Mat Top

POLIS Indonesia hari ini mengesahkan bahawa orang yang ditembak dalam drama tembak menebak di Temanggung, Jawa Tengah minggu lalu bukannya Noordin Mat Top, tetapi dikenali dengan nama Ibrahim alias Ibrohim yang selama ini menghilangkan diri selepas berlakunya ledakan bom di hotel JW Marriott dan Ritz Carlton di Mega Kuningan Jakarta.

Perkara ini dijelaskan oleh Ketua Polis Brigjen Polis, Eddy Suparwoko dalam sidang akhbar khas pagi ini.

Katanya hasil ujian DNA mayat yang ditembak di Temanggung itu ia tidak sama dengan sample keluarga Noordin di Johor dan juga dengan anak-anaknya Celicap, Indonesia.

"Ia tidak sama," katanya.

Dengan penjelasan pihak berkuasa Indoensia itu ini bermakna Noordin Mat Top masih hidup. Sumber Kompos.com Jakarta. [jln phg 11:00 am 12/08/09]

1 comment:

AlHadi Tok Ayah Su (atas) said...

kata orang malah menurut sudut pandangan agama pun terdapat kenyataan yang menyatakan wajah manusia seiras ada 7 orang dalam satu satu masa diseluruh pelusuk dunia,yang membezakan ialah ujian darah dan juga chop jari,itulah hakikat kebijaksanaan penciptaan Allah S.W.T.Walaupun sama disegi wajah namun jika diteliti secara halusi terdapat perbezaan itu miskipun adik kembarnya sendiri.

kita pernah ditegur dan juga kita pernah menegur seseorang yang pada anggapan kita kenal dia dan begitulah sebaliknya ada orang lain merasakan dia mengenali kita.Lalu orang yang ditegur atau menegur itu menjadi tersipu sipu malu sendirian kerana tersalah orang, dalam pepatah melayu ada menyebut 'pelanduk dua serupa". Lebih malang lagi jika orang disangka salah itu di"apa apakan" walhal tubuh badannya sahaja seiras.

Kerana itu ada orang yang membuat "orang orang patung" untuk menyamai manusia bagi menghalau sebarang makhluk perosak atau burung burung dari memakan hasil tanaman,dan ada juga yang melukis ukiran patung patung yang menyerupai seseorang untuk dijadikan "target" tembakan dek kerana geram atau marah kepadanya, jadi adalah pentingnya kita bertindak secara berhati hati terlebih dahulu agar tidak tersalah sasaran....jadi fikir betul betul sebelum bertindak agar tidak mengundang bahaya dibelakang hari!