Monday, August 24, 2009

Sebelum Berbuka

Kalaulah Kartika Seri Dewi Minum Arak di Kelantan?

SAYA tidak dapat nak bayangkan bagaimana gegak gempitanya sekiranya model Kartika Seri Dewi Shukarno, 23 meminum arak dan ditangkap serta dibicarakan dalam mahkamah syariah di Kelantan atau Kedah. Apa lagi kalau mahkamah syariah telah menjatuhi hukum denda sebanyak RM5,000 dan sebat. Wou.... raya sakan kaum kerabat di dalam UBN dengan peristiwa itu.

Segenap NGO feminis pejuang hak asasi pun juga akan bangkit serentak. Kemungkinan besar tunjuk-tunjuk perasaan pun akan diadakan di Kota Bharu. NGO bernama MTRK, Perkasa dan sekufu dengannya bersama Umno dan segala macam kerabatnya akan berarak beramai-ramai membantah keputusan itu yang akan disifatkan sebagai zalim.

Akan dinaikan sepanduk mencela kerajaan Pas Kelantan sebagai zalim, kolot, tidak tamadun dan sebagainya.

Kenapa saya membayangkan begitu kerana salah seorang bapa UBN, pernah menghina dan mempersendakan hukum hudud. Katanya kalau hukum hudud dilaksanakan di Kelantan ramai penduduk Kelantan akan kudung tangan dan batu atas jalan raya juga akan habis kerana digunakan untuk melontar pesalahan hukud. Kata-kata itu sangat sinis menunjukkan bencinya dia kepada perundangan Islam.

Saya yakin kalau dia menjadi ketua negara dia akan komen dan kritik hukuman sebat itu sebagai ala Taliban di Afghanistan atau persis hukuman di zaman Arab jahiliah.

Tetapi nasib baik apa yang menimpa Kartika Seri Dewi itu berlaku di negeri Pahang Darul Makmur. Mahkamah yang menjatuhi hukuman itu juga mahkamah di Pahang. Negeri asal Tun Razak Hussein dan Najib Razak. Negeri yang sejak tahun 1955 diperintah oleh Perikatan. Maka selamatlah negeri Pahang dicela oleh para pejuang kebangsaan itu.

Apabila mahkamah syariah Pahang menjatuhkan hukuman itu tidak ada apa-apa protes dari wanita Umno dan puteri Umno. Ia seakan hukuman itu diterima dengan baik oleh Umno. Apakah ini menggambarkan hukuman yang digubal atau dilaksanakan oleh Jabatan Agama Islam Pahang itu lebih sahih daripada hukuman yang digubal oleh kerajaan Kelantan dan Terengganu dulu? Begitukah?

Hari ini Kartika Seri Dewi sepatutnya menjalani hukuman sebat. Beliau telah pun diangkut dari rumahnya di Sungai Siput, Perak oleh Pegawai Jabatan Agama Islam Pahang untuk dibawa ke Penjara di Kajang bagi menjalani hukuman berkenaan. Sampai sekarat jalan, Kartika dihantar balik ke rumah kerana hukuman itu ditangguhkan. Alasannya kerana bulan ini bulan Ramadhan.

Penangguhan itu atas permintan Jabatan Peguam Negara. Kenapa pula ditangguhkan dan apakah kena mengena dengan Ramadhan? Bukankah di bulan mulia ini manusia berebut untuk berbuat kebaikan dan amalan soleh. Pelaksanaan hukuman sebat itu adalah antara tuntutan Allah s.w.t. Apabila penangguhan itu dibuat oleh Jabatan Peguam Negara ia menjelaskan bahawa bidang kuasa pelaksanaan hukuman ternyata masih di bawah JPN. Ada hikmahnya penangguhan ini kerana ie menjelaskan antara sebab kenapa perundangan Islam tidak dapat dilaksanakan di Kelantan kerana masalah pelaksanaan hukuman tadi?

Penangguhan pelaksanaan hukuman sebat ke atas Kartika itu agak aneh sikit. Apakah kerana ia dibimbangi memberi impak kepada kepimpiann 1 Malaysia maka ia perlu ditangguh dan mengambil masa sesuai kerana kejadian itu berlaku di negerinya dan pada masa ini dia PM. Begitukah?

Sekali lagi, keadaan akan menjadi gegak gempita kalau penagguhan itu dibuat oleh kerajaan Pas Kelantan. Sudah tentu kerajaan Pas akan dikatakan meragui perundangan sendiri. Sudah tentu kerajaan Pas akan dikecam. Dalam masa sama kerajaan Pas akan dikatakan tidak bersungguh melaksanakan perundangan Islam dan ianya adalah agenda politik bagi menarik perhatian umat Islam. Tetapi kerana ia berlaku di bumi kelahiran pemimpin 1 Malaysia, maka ia ditangguhkan, dilewat-lewatkan. Dan tidak ada pula suara sumbangan dari mana-mana pihak mempertikaikannya.

Penangguhan sesuatu yang wajib itu tidak baik dilakukan. Kemungkinan dengan penangguhan itu menyebabkan hukuman itu akan berubah. Apa lagi bila ada desakan dan hasutan pihak pejuang hak asasi terutamanya di peringkat internasional menyebabkan ia akan disemak semula. Paling mengesalkan kalau hukuman itu dipinda.

Dalam hal ini kesediaan Kartika untuk membersihkan dirinya kerana minum arak terhalang. Apa kata kalau dalam tempoh penangguhan ini beliau tidak sempat melaksanakan hukuman itu? Apakah pemerintah dalam kes ini kerajaan Pahang akan bertanggungjawab memikul dosanya? Nampaknya begitulah... Apapun syabas diucapkan kepada Kartika kerana redha menerima hukuman berlandaskan firman Allah.[wm.kl 5:25 pm 24/08/09]

3 comments:

Kasturi said...

Penangguhan itu memperlihatkan kerajaan takut untuk melaksanakan undang-undang ala syariah, dan ingin melihat apa reaksi dunia. Apabila pesalah sudah bersedia dan minta dipercepatkan hukuman, apa lagi ditunggu? Penangguhan ini akan memberi tekanan perasaan pula kepada pesalah tersebut.

IES Agencies said...

Rasulullah pun pernak tangguhkan hukuman sebat keatas perempuan berzina, mulanya ditangguhkan kerana wanita tersebut mengandung

kemudain ditangguhlagi supaya wanita tersebut dapat membesarkan anaknya

apabila anak sudahpun besar, perempuan itu pergi bertemu Rasulullah untuk menerima hukuman,

tetapi ketika itu usia beliau sudahpun lanjut lalu Rasulullah berkata tidak perlulah dihukum kerana sudah tua

akhirnya beliau tidak dihukum

pengajaran di sini ialah tentang kebijaksanaan Rasulullah

dan jika kit apercaya bahwa Baginda tidak bertindak tanpa Izin Allah, walau sesuap makanan pun ditunggu izin Allah

maka di sini kit aperlu faham tentang asa hukum hudud itu sendiri

isanya berlandaskan sifat maha mengasihani dan maha pemurah

Allah buakn Tuhan yang pemarah seperti digambarkan oleh puak Wahabbi

jangan dirisaukan tentag tanggungan doa, Kartika sudah redha dengan hukumannya.. Allah lah yang lebih mengetahui siapa yang akan menanggung sebarang hukuman sekiranya beliau tidak dihukum di dunia ini

Wallh hu Alam

Bang Aji said...

Biasalah UMNO/BN....gempaq ja lebih. Walaubagaimanapun saya menghormati pesalah tersebut yang ada rasa tanggungjawab terhadap Islam walaupun masih lalai. Hukuman 6 sebatan yang diterima walaupun tidak 100% ikut hukum Islam sekurang-kurangnya beliau redho untuk terima hukuman di dunia...
Tidak macam sesetengah pemimpin negara yang buat kesalahan tapi sanggup menutup kesalahan mereka...