YANG jelas dan nyatanya pencapaian Pas pada pilihan raya kecil Permatang Pasir semalam lebih bagus daripada pilihan raya kecil Pengkalan Pasir tiga tahun lalu dan pilihan raya kecil Manik Urai di Kelantan sebulan lalu. Di Pengkalan Pasir, Pas terpaksa menangis tidak berlagu, manakala di Manik Urai Pas hampir-hampir terjun ke Sungai Peria. Pas menang hanya 65 undi sahaja, cukup-cukup menang saja.
Kemenangan di Pengkalan Pasir semalam menebus kekalahan di Pengkalan Pasir dan kemenangan tipis di Manik Urai itu. Kemenangan besar dengan majority 4,551 menenggelamkan UBN Pulau Pinang itu menyebabkan kesedihan dan keterkejutan Pas di Manik Urai hilang ghaib sekalip mata saja. Pas berjaya menebus kesakitan di Manik Urai.
Tahniah kepada calon Pas, Mohd Salleh Man dan seluruh jentera pilihan raya kecil Permatang Pasir kerana menggondong kemenangan itu.
Perkara menarik untuk diperhatikan kenapa pencapaian di Permatang Pasir itu naik mendadak jika di bandingkan dengan Manik Urai. Apakah sebab musababnya? Mungkin sesetengah ahli Pas merasa jelek untuk dibandingkan dua pilihan raya ini. Mungkin akan ada mengatakan ianya tidak relevan dan saya sengaja mahu cari gaduh.
Tetapi suka tidak suka perbandingan ini kena ditenguk dan diselidiki demi untuk kebaikan dan masa depan Pas. Apa lagi Kelantan adalah negeri kubu Pas, seharusnya perbezaan pencapaian pilihan raya kecil itu tidak begitu menonjol. Apakah kubu itu sudah bertukar dari Kelantan ke Pinang?
Pandangan di luar amat berbeza dengan pandangan didalam yang kadang bermotif untuk melindungi kebusukan sendiri. Tetapi kerana saya tidak ada kepentingan biarlah saya sebut secara terus terang mengikut firasat saya dan kalau tidak suka pun tak mengapa.
Bagi saya kecemerlangan Pas di Permatang Pasir adalah fakor Anwar Ibrahim. Anwar berasal dari kawasan itu. Dia mengundi di situ. Sokongan kepada Pas itu adalah kerana menumpang pengaruh Anwar. DUN Permatang Pasir termasuk dalam parlimen Permatang Pauh yang diwakili Anwar. Ini bermakna pengaruh Anwar dan auranya masih kuat dan memberi kuasa tambahan kepada Pas di Pulau Pinang. Saya percaya kalau tidak kerana sokongan padu Anwar mungkin agak ‘rohok’ juga untuk Pas meraih kemenangan sebesar itu.
Faktor lain ialah cara jentera pilihan raya kecil itu di gerakkan. Ternyata sokongan Pas kepada pilihan raya itu sepadu dan mantap. Tidak ada perpecahan dalaman yang boleh dieksploitasikan UBN. Ini kerana kebijaksanaan jentera pilihan raya kecil itu. Dalam hal ini mungkin yang boleh diberikan ucap selamat ialah kepada Pengarahnya, Mahfuz Omar. Mahfuz nampaknya mengarah dengan baik di sepanjang pilihan raya berkenaan.
Sepanjang pilihan raya itu berjalan tidak ada kenyataan songsang dan berkadas yang dikeluarkan oleh Mahfuz. Pendekatan yang diambil juga menyenangkan dan tidak cuba mengenepikan kepakaran orang lain sebaliknya dijalinkan dengan sepenuhnya. Ia dibantu kejap oleh seorang lagi Naib Presiden Sallahuddin Ayub yang mana dikatakan dalam keadaan diserang demam pun tidak pernah menjauhi gelanggang.
Di Permatang Pasir tidak kedengaran kenyataan dan pendekatan sonsang melarang mana-mana pemimpin Pas dari menghadiri dan berkempen. Soal pemimpin itu menyokong Unity Goverment (UG) dan pemimpin ini anti UG tidak timbul. Tidak kedengaran larangan gambar si anu tidak boleh dinaikan dan gamgar si anu saja yang perlu ditonjolkan seperti mana berlaku di Manik Urai.
Di Manik Urai dulu jentera pilihan raya kecil itu telah membuat larangan terbuka kepada tokoh-tokoh tertentu daripada memasuki kawasan pilihan raya kononnya ia memberi liabaliti kepada calon Pas. Akibat ada asimilasi itu menyebabkan para penyokong dan ahli Pas dari luar rasa terkilan dan merasakan tenaga dan fikiran mereka tidak diperlukan. Naijahnya menyebabkan pilihan raya itu tidak dihadapi secara sepadu dan penuh hati.
Alasan kenapa berlaku demikian kerana pilihan raya itu mengambil pendekatan lokaliti. Pendektan lokaliti ini yang lebih mirip kepada pendekatan Orang Asli – pendekatan kolot dan tertutup, ini pertama kali diperkenalkan dalam pilihan raya di Kelantan. Hasil daripada pendekatan lokaliti ini walhasilnya maka Pas hanya menang sebanyak 65 undi daripada majoriti sebelumnya sebanyak 1,352 undi.
Kesimpulannyanya, jentera pilihan raya kecil itu dan khasnya JPN Kelantan kena belajar dari Mahfuz Omar, Mujahid Yusuf Rawa dan jentera pilihan raya kecil Permatang Pasir itu. Belajarlah bersikap terbuka dan sedia mengakui kebodohan diri dan sedia menerima tunjuk ajar dari luar juga. Saya yakin kalau semua pemimpin Pas bersatu dan tidak ada blok-blok Pas boleh menang besar di Manik Urai tempoh hari.
Dan sekiranya ada mana-mana pilihan raya kecil di Kelanan selepas ini sewajarnya kalau jentera itu tidak lagi dikendalikan oleh orang yang sama iaini Abdul Fatah Haroh sebagai pengarah, yang dinasihati rapat oleh Wan Abdul Rahim Wan Abdullah. Kedua-duanya adalah barang kitar semula dalam Pas Kelantan yang cuba diguna pakai semula. Mereka adalah satu geng dalam trio Tiga Abdul yang pernah membuat onar pertengahan tahun 90-an dulu. [wm.kl. 7:00 am 26/08/09]
10 comments:
Nasihat yang pedas tapi sangat membina. Memang kadang-kala apabila kita berasa kita sudah terlalu kuat menyebabkan kita menjadi sombong dan angkuh. Sehingga menyebabkan kita menolak pandangan dan pendekatan pihak lain yang mungkin punyai idea yang lebih bernas. Pas jika mahu jadi universal dan diterima rakyat keseluruhan, pastikan tiada gejala seperti di MU berulang. Jangan buat orang muak dengan Pas!
TAHNIAH KEPADA YANG MENANG CUMA SEKARANG NI NAK TUNGGU JANJI ANUAR YANG NAK MENJADIKAN WAKIL PAS TU SEBAGAI YANG DIPERTUA MAJLIS AGAMA NEGERI PULAU PINANG (MAINPP) SEBAGAI MENGGANTIKAN HJ. SHABUDIN TU DITUNAIKAN ATAU PUN TIDAK...AKU TAKUT WAKIL YANG MENANG NI PUN JADIK SEPERTI YANG TELAH MENINGGAL TU..HANYA DOK TEPI PINTU JE DIDALAM MAJLIS PERSIDANGAN KERAJAAN NEGERI ...BARU NAK JENGAH KEPALA JEE DAH DI HERDIK OLEH LIMGUAN ENG..TERUS KEPALA MASUK BALIK...
salam mso. Banyak benar cerita tersirat ya. Baik bukukan saja untuk bacaan anak cucu kita nanti...
tuan mso.teruskan kritikan anda itu.ianya penting utk tahu mana salah dan silap.kita tak mahu jadi mcm ubn skrg.blog anda saya tak pernah tertinggal utk menjengok sejak 6 bln saya mengenalinya.bagi saya dlm byk blog,tuan mso is THE BEST.
Salam
tahniah kpd YB PAS yang baru menang, berkhidmatlah kerana Allah, nescaya hasilnya dapat dirasai oleh semua.
Fatah Haron dan Wan Rahim barang kitar semula.... Iya memang patut mereka direhatkan dan digantikan dengan mereka yang mempunyai vision dan otak yang tidak kolot.
Bagus MSO kerana ulasan yang cukup menarik mengenai PRK Permatang Pasir. Yang pasti UBN gagal menambat hati rakyat walaupun berlaku peralihan kuasa dalam UMNO dan kepimpinan Negara..
Sekalung tahniah kepada semua Jentera PRK Permatang Pasir. Pengorbanan anda semua sudah pasti ganjaran yang sewajarnya daripada Allah swt..
* NH Shah Alam *
Salam hormat !
Jika hendak dibandingkan dengan majority yang diperolihi di MU dengan di Permatang pasir jauh ketinggallan maka teorinya mudah sahaja.
PERTAMA-Penduduk dikawasan bandar yang agak maju dan bertamaddun sudah tentu mempunyai menteliti berbeza kerana mereka tidak mudah goyang walau pun diugut dan diumpan dengan pelbagai jenis gula gula namun jika dikampung pendalaman kebanyakannya penyokong jenis plastik yang mudah cair memang ramai kerana itu diMU dikacau dengan 2 ke 3 kilo gula pun sudah cukup manis untuk dikenang budi begitu juga di PRK (DUN) K.Berang pada suatu ketika dahulu pun begitu juga.
Kedua-Perpecahan sesama sendiri adalah faktor besar orang kampung melihat amalan politik "Super yer" (sama serupa) dengan umno,jadi kerana itu mereka keliru dan bertanya "apa yang pas hendak ubah sebenarnya?" ,jadi fikir betul betul...!
Anwar memerlukan PAS sebagai jentera penyokong untuk menakluk Malaysia suatu hari nanti, begitulah PAS memerlukan Anwar, memerlukan DAP dan DAP memerlukan mereka semua begitulah begitulah dan begitulah....
yang selayaknya biarlah yang terbaik memiliki yang terbaik memperolehi yang terbaik...
semoga PR terus terbuka, terkedepan dan menjadi yang terkuat dan Insyallah Malaysia akan menjadi milik rakyat yang sebenar
Allah sentiasa akan memerhati kepada mereka yang jujur dan ikhlas tak kira siapa sahaja pun...
Tuan MSO,
Saya amat bersetuju dengan pandangan tuan yang mengatakan kedua-dua orang tu barang kitar semula. Saya nak tambah, bukan setakat kitar semula tapi barang yang dah habis edah. Cara-cara mereka mengendalikan kempen adalah fesyen lama dan tidak akan membawa kemenangan kepada PAS Kelantan. Jadi saya harap, pucuk pimpinan tukarlah kepada orang yang ada idea-idea baru sikit...kadang-kadang saya senyum sorang diri apabila mendengar mereka komen mengapa ustaz Nasha x datang..Saya rase budak sekolah darjah 6 lebih tahu mcam mana cara nak menjwab apabila ditanya wartawan TV...
pemerintahan umno lebeh 50 tahun
menampak kan banyak perkara yg suka
r utk di perbetulkan,kesilapan 2mereka di sedari tapi sikap atau sindrum penafian dan keeguan mereka
memakan diri ,cara berpolitik bersa
lukan bahwa rakyat buleh di rasuah
kan dgn janji2 penbangunan akan menjadi perisa utk rakyat memilih
mereka.sedangkan rakyat melihat dari sudut yg lain tapi mereka tidak peka. umpama nya,integeriti,
keadilan,kebebasan,keislaman, tawaduk,mengaku kesilapan dgn puhon maaf, tidak ada dlm kamus umno.mereka tidak bersedia utk merubah sifat2 fiudal,elit,angkuh,
serba faham,kroni,mentakhta anak2
pembesar dlm meneruskan tradisi keluarga dlm jawatan menteri2.semua ni menjadi perhatian rakyat
juga memperalat2kan harta2 negara
dan penjawat awam dlm politik tidak
menyenangkan rakyat.
Post a Comment