Kenapa Adnan Yaacob Takutkan Angka 13?
KETIKA berucap merasmi konvensyen Umno Pahang kelmarin, MB Pahang, Adnan Yaacob yang pernah membuat simbol lucah pada pilihan raya kecil Sanggang membuat ralat ke atas bilangan pilihan raya umum di negara ini. Katanya pilihan raya di negara ini bukan 13 kali tetapi sudah 14 kali.
Pilihan raya di negara ini hendaklah dikira mulai pilihan raya pertama yang diadakan pada tahun 1955 dan bukannya dikira mulai tahun 1959. Alasan yang beliau bagi kerana pilihan raya itu telah pun diadakan di seluruh negara.
Cuma apa yang beza pilihan raya 1955 kerusi DUN di panggil Majlis Perwakilan Negeri, manakala parlimen dipanggil Majlis Perwakilan Persekutuan. Jadi menurutnya pilihan raya akan datang ialah yang ke 14 bukannya ke 13. Beliau berharap SPR memperbetulkan kesilapan ini.
Kenapa Adnan beriya sangat untuk meralatkan bilangan pilihan raya di negara ini. Apakah beliau mempercayai kepada sial dan majal tentang nombor? Nombor 13 adalah nombor yang kurang disenangi. Menurut kepercayaan orang Cina nombor 13 boleh mendatangkan sial dan majal. Apakah Adnan juga mempercayai nombor 13 akan membawa sial dan majal kepada dirinya dan Umno Pahang?
Apakah Adnan sudah dapat merasakan riak risik yang menunjukkan BN akan tumbang pada pilihan raya ke 13 nanti. Selaku MB tentu Adnan dapat merasa gelombang yang berlaku di Pahang sekarang ini. Kemantapan kepimpinan parti Pakatan di Pahang, Pas di bawah pimpinan Tuan Ibrahim Tuan Man dan PKR dibawah Fauzi Abdul Rahman mungkin menyebabkan Adnan merasa gelisah, resah dan ketakutan.
Bagaimana pun saya berharap Adnan tidak sampai ke tahap mempercayai akan dongengan itu. Sebaliknya beliau mungkin ada hujah dan alasan lain kenapa mahukan pilihan raya akan datang dikenali pilihan raya ke 14. Apalah yang ada kepada nombor. Kalau BN ternyata sudah lemah dan makin ditolak rakyat, namalah pilihan raya akan datang dengan pilihan raya ke 15 atau 16, BN tetap akan kalah. Kekuatan BN itu tidak dapat ditampung dengan angka-angka tertentu.
Dangkal sangatlah sebagai MB kalau dalam ucapan sepeting itu soal bilangan pilihan raya umum negara ini yang diketengahkan. [wm.kl. 10: 50 pm 22/02/10]
2 comments:
malunya saya dapat MB macam ni.. walaupun kini tak menetap kat pahang tapi saya malu..
Salam Tuan Hj MSO,
Kalau ingin bermain dengan angka dan mempersoalkan angka sepatutnya MB tersebut mempersoalkannya kepada SPR pada PRU tahun 2008 lagi. Kalau benar ingin memperbetulkan angka tersebut sepatutnya PRU ke-12 yang lepas dipersoalkan seharusnya dikenali PRU ke-13 dan bukannya PRU ke-12. Jadi kenapa sekarang isu seremeh ini ingin dipersoalkan?
Sepatutnya isu kepentingan dan kebajikan rakyat perlu dipersoalkan menjadi keutamaan oleh MB tersebut umpama contoh apakah status perjalanan projek kampus utama Politeknik Muadzam Shah di Pahang, yang selama ini pelajar-pelajar terpaksa dan masih berkongsi menumpang bangunan Sek. Men. Teknik Muadzam Shah. Jika soal remeh angka PRU dipersoalkan oleh seorang MB, jadi amat memalukan wahal banyak lagi isu lain yang perlu dipantau oleh seorang MB dan jelas menunjukkan angka lebih penting daripada kebajikan rakyat.
Wasalam.
Post a Comment