HARI ini dua buah akhbar utama milik Umno telah menyiarkan semuka penuh iklan penjelasan mengenai tuntutan royalti minyak oleh kerajaan Kelantan. Saya kurang pasti apakah akhbar berbahasa Cina, India, Arab dan Orang Asli turut sama menyiarkan iklan berkenaan. Semuka penuh berwarna di mana nilainya tidak kurang RM5,000.
Andaian saya sikit tersasar. Iklan berkenaan dikeluarkan oleh kerajaan Persekutuan menerusi Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan di mana Rais Jantan@Yatim adalah menterinya. Ada lapan (8) persoalan atau penjelasan dalam iklan berkenaan. Saya cukup yakin penjelasan berkenaan yang kononnya bersadarkan kepada perlembagaan dan undang-undang digarap dan disediakan oleh Rais Yatim.
Rais Yatim adalah seorang yang berkelulusan undang-undang ada memiliki Phd.
Seperti mana saya agakkan iklan berkenaan tidak akan menyelesaikan masalah. Kerajaan negeri Kelantan dan rakyat Kelantan tidak dapat menerima penjelasan berkenaan. Penjelasan berkenaan juga boleh dipertikaikan dari berbagai sudut. Saya rasa kalaupun bukan atas emosi yang membuak dan simpati kepada kerajaan Kelantan, penjelasan itu boleh ditolak. Tegasnya iklan berkenaan tidak memberikan markah tinggi kepada kerajaan dan Umno Kelantan khususnya.
Sebaliknya iklan itu akan dilihat sebagai cuba menegakkan benang basah saja. Benar seperti kata penjenguk blog saya, isu royalti minyak dan kedegilan Umno untuk terus menghukum kerajaan Pas Kelantan merupakan senjata yang akan membunuh Umno sendiri dalam pilihan raya umum ke 13 akan datang.
Persoalan pertama dalam iklan berkenaan ialah mengenai perkataan "royalti". Menurut iklan berkenaan perkataan itu tidak diguna sebaliknya ia menggunakan perkataan "bayaran tunai". Ini bermakna hak 5% itu sepatutnya dibayar tunai oleh Petronas kepada kerajaan Kelantan.
Kedua, mengenai kelayakan mendapat 5%. Menurut iklan itu bayaran tunai sebanyak 5% itu akan dibuat kepada telaga atau hasil dalam lingkungan 3 batu nautika yang diukur dari paras air surut mengikut (Ordinal Kuasa-Kuasa Perlu) No 7 tahun 1969).
Penjelasan ini boleh diakui tetapi di dalam iklan itu tidak menjelaskan jarak kedudukan tiga plantar minyak di perairan Kelantan yang dituntut itu. Jika menerima pakai jarak seperti mana dijelaskan oleh Pengerusi Petroleum Kelantan, Husam Musa, jarak ketiga plantar berkenaan kurang daripada 3 batu nautika, malahan jarak sebuah plantar itu lebih dekat dari plantar di Terengganu. Kenyataan Husam itu bukan omong kosong sebaliknya berdasarkan kepada ukuran yang dibuat oleh firma yang bertauliah.
Kenapa iklan berkenaan tidak menjelaskan jarak dan kedudukan plantar-plantar berkenaan? Penyembunyian jarak ini menunjukkan ada yang cuba disembunyikan oleh iklan berkenaan tetapi sudah pun diketahui umum akan hakikatnya.
Ketiga, iklan itu menjelaskan hasil di luar 3 batu nautika menjadi milik kerajaan Persekutuan dan mana-mana kerajaan negeri tidak berhak menuntut. Ini diakui, dan kerajaan Kelantan hari ini pun tidak menuntut hasil minyak jauh dari 3 batu nautika dari perairan mereka. Rasanya kerajaan Kelantan pandai dan arif membaca undang-undang dan akta ini.
Keempat, iklan berkenaan menjelaskan bahawa Sarawak dan Sabah ada kuasa dan status tersendiri terhadap royalti minyak. Apa nak dijelaskan status yang diguna pakai Sarawak dan Sabah tidak valid untuk dipraktikan oleh Kelantan dan negeri-negeri lain.
Kelima, menjelaskan mengenai maksud wang ehsan. Iklan itu menjelaskan pemberian wang ehsan itu atas budibicara kerajaan Persekutuan. Menurut iklan itu pemberian ini diluar skop Akta Kemajuan Petroleum 1974 yang ditandatangani dengan kerajaan negeri pada 1975/1976. Pemberian itu atas kesedaran dan tanggungjawab berasas keprihatinan kerajaan Persekutuan.
Persoalannya dalam kes Kelantan ini kenapa kerajaan tidak menggunakan budibicara dengan memberikan keadilan kepada kerajaan Kelantan sekurang-kurangnya menyalurkan separuh peruntukan daripada 5% itu bukannya diberikan 100% wang itu kepada Umno atau JPP untuk diagihkan kepada rakyat! Di manakah keadilan dan apakah ini tidak boleh dikatakan satu kezaliman.
Keenam, iklan itu menjelaskan Kelantan hanya diberikan RM20 juta saja, itu pun atas ehsan kerajaan Kelantan kerana kononnya penghasilan gas di luar 3 batu nautika negeri Kelantan. Logiknya kalau penghasilan itu di luar kawasan 3 batu nautika untuk apa wang ehsan itu diberikan. Bukankah dengan pemberian itu ia menimbul keraguan, kekeliruan dan dipolimekkan. Lebih baik kalau wang ehsan itu tidak diberikan langsung. Di sinilah menunjukkan pemberian wang ehsan atas prihatin Umno itu memakan diri sendiri.
Ketujuh, menjelaskan kenyataan dan pandangan Tengku Razaleigh Hamzah berhubung hak Kelantan itu. Dalam penjelasan itu iklan tersebut cuba menjelaskan pandangan itu adalah pandangan peribadi Tengku Razaleigh yang tidak bersadarkan undang-undang. Penjelasan itu cuba menempelak Tengku Razaleigh yang sebelum ini pernah mengatakan negeri Terengganu tidak pun layak menerima wang ehsan. Dalam erti kata lain sebelum ini Tengku Razaleigh bersetuju dengan tindakan kerajaan hari ini.
Iklan itu cuba merendahkan Tengku Razaleigh yang mengubah pendiriannya. Kalau itu maksud orang yang mengeluarkan iklan berkenaan, beliau tidak berhak untuk menghuduhkan (memburukkan) Tengku Razaleigh kerana beliau sendiri telah berubah pandangan dan pendirian politiknya lebih 360 darjah.
Kelapan, iklan itu cuba menunjukkan Ketua Pembangkang mengetahui akan kedudukan royalti 5% itu. Iklan ini cuba menimbulkan bahawa Anwar Ibrahim juga tahu kedudukan berhubung dengan pemberian wang ehsan dan royalti minyak. Dalam erti kata lain Anwar juga pernah bersetuju dengan keputusan kerajaan hari ini.
Apakah tujuan mengaitkan pengetahuan Anwar itu? Kalau pun benar begitu dalam kedudukan hari ini, baik Anwar atau Tengku Razaleigh mereka bukan saja sedia mengubah pandangan dan pendirian hatta undang-udang berhubung pemberian itu juga akan turut diubah kerana demi untuk keadilan dan kesejahtraan rakyat. Dan apa yang Tengku Razaleigh lakukan itu adalah jihadnya untuk memberi kesejahtraan ke atas rakyat negeri kelahirannya.
Kesimpulannya iklan penjelasan itu tidak akan merubah persepsi terhadap isu yang kini sudah dipolitikkan oleh kedua pihak. Rakyat Kelantan dalam soal ini hanya membaca iklan berkenaan tetapi mereka tidak akan percaya dan merasai adil dengan apa yang diperjelaskan. Dan saya rasa ada rakyat Kelantan yang tidak dapat menerima penjelasan itu akan berak atas iklan berkenaan. [wm.kl. 11:30 am 21/02/10]
9 comments:
Datuk Zahid Ibrahim telah menulis dengan panjang lebar tentang isu royalti ini dalam blog beliau. Sebagai rakyat kelantan saya menyokong penuh apa yang dijelaskan oleh Peguam Terkemuka ini dan juga bekas Pengerusi Petronas YBM Tengku Razaleigh Hamzah.
Penjelasan yang diberikan oleh kedua tokoh ini dari sudut undang2 memang jelas Kelantan berhak mendapat Royalti Minyak yang berada diperairannya. Perjanjian 1975 itu tidak menyebut jarak kawasan. Itulah niat dan tujuan masa itu. Konsep seperti EEZ atau jarak kawasan perairan belum pun timbul pada masa itu kerana undang-undang antarabangsa hanya mula dipersetujui pada tahun 1982. Sebab itu perjanjian ringkas tahun 1975 menggunakan perkataan “offshore” atau persisiran pantai.
Saya sedih dengan pendirian Pemimpin UMNO kelantan dalam isu Royalti ini. Mereka sanggup mengkhianati rakyat senegeri dengan mereka dan mereka sanggup melacurkan diri mereka demi kerana kuasa.
Adakah mereka tidak merasa takut denga nasib yang bakal menimpa mereka disuatu hari kelak dimana anak-anak cucu serta rakyat kelantan menyalahkan mereka kerana mengkhinati rakyat yang satu negeri dengan mereka? Adakah mereka lupa setiap apa yang mereka buat akan menjadi satu sejarah yang akan ditatapi oleh generasi yang akan datang?
Wahai pemimpin UMNO kelantan, sedarlah kamu daripada terus melakukan kesilapan sebegini. Kalau kamu rasa dengan menidakkan hak kelantan untuk mendapatkan royalti minyak akan membuatkan rakyat kelantan kembali menyokong UMNO, pada saya itu adalah tanggapan yang meleset sama sekali. Dengan perilaku macam ni ianya akan mempercepatkan lagi kematian UMNO. Rakyat kelantan bukannya bodoh macam Ibrahim Ali, Tok Pa dan Awang adek. Mereka akan menghukum lebih berat lagi orang yang mengkhianati rakyat senegeri dengan mereka.
Pemimpin2 UMNO kelantan telah menderhaka kepada Sultan Kelantan dalam Isu Royalti ini. Tuanku Al-Sultan dan Pemangku Raja telah memberi perkenan kepada YBM Ku Li untuk memperjelaskan isu royalti ini dan baginda juga bersetuju dengan tindakan kerajaan Kelantan untuk menuntut Royalti minyak ini daripada Petronas.
Kepada semua rakyat kelantan mari kita sama-sama TALKINkan UMNO dalam PRU-13 nanti..
Amin...
* NH Shah Alam *
tok pa/awang adik/ibrahim ali adala
h manusia yg tidak mempunyai moral sebagai rakyat kelantan.dan bagi rakyat kelantan sedari lah bahwa banyak ahli2 politik sanggop kencing terhadap rakyat kelantan kerana kepentingan peribadi.jangan percaya bahwa tokpa sanggop letak jawatan kerana rakyat kelantan,dulu dia pernah mengaku bahwa dia salah seorang yg menghalang pembangunan di kelantan kerana kelantan dibawah pemerintahan kerajaan pas maka tidak hairan apa yg di lakukan sekarang.umno akan tetap menjaja pembuhungan tapi bagi orang yg cintakan tanah tumpah darah samaada
pas ke atau pon umno mereka tidak akan percaya kpd pembuhongan umno.melainkan kaki rasuah kerana tuhan telah hilangkan marwah dan perasaan bersalah dlm sanubari mereka. mereka dah kaleh dgn kejahatan dan kezaliman.kebenaran dan keinsafan seperti air yg mengalir kedaun keladi.bagi rakyat
kelantan perjuangan menegakan keadilan adalah jihad yg paling besar sekarang ini,perkara yg pertama perlu mereka lakukan pulau
segala pembuhungan umno dlm issue royalti,jangan hadir majlis2 mereka
walaupon di umpan dgn wang.sebagaim
ana kata mso kita pakat berak dan kencing atas pembuhongan umno dlm issue minyak.
Saya tertanya-tanya, apa pula pandangan MB Terengganu, Datuk Ahmad Said mengenai penjelasan ini. Adakah Kerajaan Terengganu setuju dan akur dengan pejelasan ini atau bagaimana ?
Tak kiralah perkataan apa yang nak guna, 'royalti' atau 'bayaran cash', tapi yang pasti Petronas mesti bagi 'duit tunai' kpd kerajaan negeri yang memerintah. Perkataan 'wang ihsan' lagi la tak boleh pakai kerana baru je wujud, iaitu sejak UMNO kalah di Terengganu.
Tak kiralah 3 batu nautica ke, berapa puluh batu nautica, selagi berada di perairan Kelantan maka dia disebut 'perairan Kelantan' bukannya disebut 'perairan Johor'. Jadi Kelantan ada hak kerana ianya dalam jajahan Kelantan.
Perjanjian ni antara kerajaan Kelantan dengan Petronas, bukannya perjanjian antara kerajaan Kelantan dengan kerajaan Pusat. Kerajaan pusat ada perjanjian berasingan dengan Petronas, dan kerajaan pusat telah mendapat 5% hak dia dari perairan Kelantan tiap2 tahun kesan dari perjanjian tersebut. Kerajaan pusat dah dapat 5% pun nak bolot 5% hak kerajaan negeri lagi ke?
Senang cerita, kerajaan Kelantan batalkan saja perjanjian dengan Petronas, halau keluar segala stesen carigali tengah laut di perairan Kelantan tu dan suruh dia carigali di perairan Johor. Lepas tu buat perjanjian dengan syarikat petroleum lain.
Assalamu alaikum tuan. Insya Allah, UMNO Kelantan akan mati kerana royalti. UMNO Pulau Pinang akan layu dengan isu Melayu. UMNO Perak akan berkubur dengan isu kerajaan Pakatan Rakyat yang lebur. UMNO Kedah akan pengsan kerana bijaknya Azizan. UMNO Selangor akan punah kerana serakahnya Najib dan Rosmah. Terima kasih Rais atas "sumbangan ini".
Tok Pa tak berapa cerdik orangnya. Kerana kewangan peribadi, menafikan masa depan rakyat negeri sendiri.
Salam Tuan Hj MSO,
Saya berpendapat, bagi mengelakkan ketirisan agihan wang ehsan, langkah dan cadangan menyalurkan 100% wang itu kepada UMNO atau JPP untuk diagihkan kepada rakyat perlu dikajiselidik semula.
Persoalan saya kenapa perlu menyalurkan wang tersebut melalui UMNO? Apakah wang ehsan ini milik UMNO atau rakyat sebenarnya? Sekiranya kerajaan Persekutuan pimpinan Dato' Seri Najib ikhlas, banyak lagi pendekatan rasional yang boleh digunapakai dalam soal pengagihan ini.
Saya mencadangkan, soal pengagihan ini adalah lebih molek jika 100% disalurkan terus melalui Majlis PBT diseluruh negeri Kelantan untuk pembangunan menyeluruh rakyat setempat. Kelantan mempunyai 12 Majlis PBT diketuai MPKB-BRI, MD Ketereh, MD Bachok, MD Gua Musang, MD Dabong, MD Kuala Krai, MD Machang, MD Pasir Mas, MD Pasir Puteh, MD Tumpat, MD Tanah Merah dan MD Jeli.
Pengagihan ini boleh digunakan untuk menaiktaraf kemudahan setempat di setiap Majlis PBT untuk kemudahan dan manafaat rakyat. Kerajaan negeri Kelantan bersama Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT) perlu memberikan kepercayaan penuh kepada Majlis PBT dalam soal pengurusan wang ehsan ini dengan memantau perlaksanaan pengagihan dan perbelanjaan yang benar-nenar tulus untuk kebajikan rakyat dibawah naungan setiap Majlis PBT.
Sekiranya perkiraan mudah peruntukan diterima 20 juta diagihkan kepada 12 Majlis PBT negeri Kelantan setiap satunya akan menerima lebih kurang 1.6 juta. Ini lebih tulus daripada diagihkan kepada bahagian UMNO atau JPP kerana perbelanjaan Majlis PBT pastinya akan diaudit sepenuhnya tanpa ada penyelewengan.
Sebagai contoh, kemungkinan wang ehsan yang disalurkan melalui Majlis PBT boleh diterjemahkan kepada pembangunan perumahan rakyat yang diuruskan sepenuhnya oleh pihak Majlis PBT, secara tidak langsung rakyat yang kurang kemampuan akan mampu memiliki tempat berteduh dan mengurangkan soal rumah yang daif. Mungkin suatu hari sekiranya manafaat wang ehsan diuruskan sebaiknya, tiada lagi umpamanya rumah rakyat daif berdiri menunggu tumbang kelihatan lagi di kawasan Jeli atau lain-lain. Insyallah
Salam tuan MSO dan pembaca sekelian,
Sebagai anak Kelantan, saya turut terpanggil untuk menyatakan pendirian dalam isu duit hasil minyak ni,. Tuan, kita tak perlu maki UMNO banyak2, akan bagi dosa kering kepada kita saja jah. Saya ingin melontarkan pandangan berikut;
i. Isu duit minyak ini sebenarnya menjahanamkan diri umno sendiri , dan saya rasa isu minyak ini akan memberikan kemenangan total kepada PR bukan sahaja di Kelantan, tetapi turut mempengaruhi sokongan undi rakyat kepada PR di negeri2 lain. Saya rasakan, selagi umno menafikan wang royalty kepada kerajaan Kelantan, sepuluh kali PRU lagi pun umno jangan mimpi boleh menang di Kelantan.
ii. Adakah umno tidak tahu bahawa si salentia tersebut tidak lagi dipercayai oleh rakyat Kelantan, kenapa mereka gunakan salentia tu untuk bagi ceramah kepada rakyat mengenai isu minyak? Adakah umno melihat akhlak salentia ni terlalu mulia dan dipuja oleh seluruh rakyat Kelantan sehingga mempercayai segala kata2 salentia?
iii. apakah umno merasakan rakyat Kelantan bodoh sebodohnya sehingga tahap ‘gampang’ (kata orang perak) untuk mempercayai segala yang dikatakan oleh si salentia ni?
Nampaknya masih tak mahu berubah……………….
salam Tn MSO dan pembaca semua.
selalu kita dengar puak puak Umno mengatakan bahawa merekalah pejuang Melayu,mengangkat martabat Melayu..dan macam-macam lagi semua psal Melayu.
Tetapi mungkin mereka lupa bukankah Kelantan rata-rata Yb nya adalah melayu dan sudah tentu kesemuanya Islam.
jika benar Umno nak perjuang Melayu, di kelantan lah tempatnya. pump duit kepada kerajaan Kelantan sekarang dan biarkan mereka memerintah,mcm mana pun mereka kan Melayu (UMno hanya faham bahasa bangsa saja,) walaupun sepatutnya kita lebih utamakan Muslim dari Melayu.Melayu pun masih penting, tetapi akhirnya Islam lah yg akan menentukan.
Post a Comment