[pengemaskinian] SEBEGITU memijak kaki di bumi Sibu pada Khamis lalu hati saya terus bertanya mengenai orang bernama Rosli Dhoby. Mungkin generasi muda terutamanya dari Semenanjung tidak mengenali siapa dia Rosli Dhoby? Seorang kawan dari Kelantan yang juga bekas guru bila ditanya mengenai Rosli Dhoby dia agak sukar untuk menjawabnya dengan tepat.
Rosli Dhoby merupakan pejuang kaum bumiputra di Sarawak. Tarafnya samalah dengan Tok Janggut di Kelantan, Mat Kilau dan Mat Bahaman di Pahang, Datuk Sago di Perak dan lain-lain. Dalam kata lain beliau adalah pejuang kemerdekaan dan penentang penjajah.
Rosli merupakan anak kelahiran kampung Pulo Sibu, Sarawak.

Beliau mati digantung dalam penjara oleh penjajah British pada 2 Mac 1950. Beliau ditangkap dan dihukum gantung bersama tiga rakannya yang lain. Hukuman itu kerana beliau membunuh (menikam) Gebenor British Sarawak Kedua, Sir Ducan Stewart dengan pisau beracun.
Seperti mana dicatat dalam wikipedia, Rosli bertindak membunuh Ducan selepas beliau disuruh oleh ibunya kerana British ingin menangkap dan membunuh ibunya. Peristiwa ini berlaku pada 3 Disember 1949 ketika Rosli berusia 17 tahun.
Tiga rakan Rosli yang menerima nasib sama ialah Morsidhi Sidek, Awang Ramli Amit Awang Matsaruddin dan Bujang Suntung.
Keempat mereka dikebumikan dalam penjara Kucing tanpa batu nisan. Tindakan ini menandakan kebencian dan ketakutan British kepada perjuangan mereka. Bagaimana pun pada 2 Mac 1996 rangka mereka dipindah ke Sibu dan disemadikan di Makam Pahlawan berhampiran masjid negeri Sibu. Makam mereka senantiasa diziarahi oleh mereka yang berjiwa nasionalis dan anti penjajah.
Mereka kini dianggap sebagai pejuang bangsa. Kalau sebelum ini mereka dianggap sebagai penderhaka tetapi hari ini persepsi itu sudah bertukar menjadi sebaliknya. Bagi rakyat Sarawak khsusnya Sibu menerima mereka sebagai pahlawan terbilang.
Atas jasa-jasanya itu Majlis Bandaran Sibu (MBS) telah menamakan jalan-jalan utama di bandar Sibu sempena dengan nama mereka.
Sebelum Jumaat 7 Mei lalu saya bersama rakan dari Jeli Kelantan sempat mengunjungi Makam Pahlawan itu dan mensedekah serangkain al Fatihah buat roh mereka. Makam itu bagi saya tidak bererti sekiranya kaum bumiputera Sibu tidak cuba menterjemahkannya sebagai lambang semangat utuh perjuangan mereka untuk bangsa.
Apa yang penting keberanian keempat-empat mereka menentang kezaliman, penindasan penjajah sehingga rela mengorbankan nyawa dijadikan itibar untuk mengubah kehidupan lebih bererti lagi. Bukan bermakna selepas British keluar dari Sarawak, penjajahan sudah berakhir.

Sebaliknya penjajahan dalam bentuk baru saya lihat makin berkuasa di Sibu dan meratah keharmonian kaum bumi di bumi berkenaan. Secara tidak sedar kenyahan British dari Sarawak ianya seperti diganti oleh kuasa lain yang memakan bumiputera dalam senyap.
Sebelum melangkah meninggalkan perkarangan makam itu saya bertanya kepada diri saya sendiri sejauh manakah teladan dilakukan Rosli Dhoby dan rakan-rakannya dihayati oleh rakyat bumiputera Sibu? Sebabanya perkampungan Melayu yang dulunya menjadi pusat pentadbiran dan gerakan politik di situ kini sudah pun diratah oleh kaum lain.

Selain perkampungan mereka diratah sedikit demi sedikit oleh arus sungai Sarawak yang tidak pernah diam, bumi mereka juga turut dilindungi dengan berbagai bangunan pencakar langit yang saya pasti ianya bukan milik bumiputera Sibu. Penaklukan ini semakin berleluasa sehingga mercu tanda kekuasaan bumiputera di situ sudah terhakis dan makin terpinggir.
Dan diharap pelancong politik dari Semanjung yang berkunjung ke Sibu jangan saja asyik dan seronok memasang poster parti tetapi lupa untuk mejenguk ke makam itu untuk mengambil wap keberanian dan keertian perjuangan Rosli Dhoby. Hidupkan jiwa Rosli Dhoby dalam diri anda untuk berdepan dengan musuh bangsa dan agama. [wm.kl. 1200 t/hari 09/05/10]
4 comments:
Saudara...
Sila betulkan fakta - fakta dalam entri ni... terlalu banyak kesilapan.. sampaikan cerita jadi lain..
Oleh itu, undilah Narawi Harun, satu2nya calon bumiputera dalam PRK Sibu minggu depan... Hidup Narawi!!
tarikh pemindahan makam dari penjara kuching ke sibu pada 2 Mac 1962 yang dinyatakan oleh blogger itu SALAH. Pemindahan itu berlaku sekitar tahun 1997 atau 1998 kalau tak silap. saya bertugas di sibu paa masa tu. cuma saya lupa tarikh sebenarnya. mohon blogger tengok balik tarikh sebenar. jangan salah fakta. terima kasih.
Terima kasih atas pemantau sdr Niesa dan Dany ke atas posting berkenaan. Semoga diberikan imbalan sewajarnya oleh Allah.
Post a Comment