Betulkah Ghani Kita Juga Untung?
KATA MB Johor Abdul Ghani Othman penyerahan tanah KTMB kepada Singapura tidak merugikan negara kita. Sebabnya kata beliau penyerahan itu merupakan pertukaran dengan tanah - penempatan setsen keretapi di Woodlands atas tanah yang bernilai tinggi.
Kata beliau pertukaran dengan tanah yang terletak di Marina South dan Rochor Ophir itu dalam kawasaan stretegi yang bermutu tinggi. Pertukaran itu juga adil untuk kepentingan bersama. Jadi katanya tidak timbul penyerahan itu yang kita mengalah dengan Singapura.
Baguslah kalau apa yang dikatakan Ghani itu benar. Memanglah penyelesaian masalah dengan Singapura termasuk soal tanah keretapi dan isu-isu lain sudah berlarutan begitu lama. Walaupun berbagai formula dianjurkan bagi menyelesai masalah tersebut tetapi ia bukan mudah untuk selesai.
Tahniahlah kepada PM Najib Razak atas kejayaan menyelesaikan isu berbangkit antara kita dengan Singapura itu. Kejayaan ini menunjukkan kewibawaan Najib sebagai PM. Sekejap saja Najib ke Singapura isu yang berbelit itu sudah beres.
Cuma apa yang menjadi harapan kita janganlah apa yang dianggap positif dan menguntungkan bersama itu lain pula jadinya. Sebelum ini setiap berlaku penyelesaian bersama, rakyat digambarkan dengan suasana yang baik.
Semasa penyelesaian tuntutan bertindeh pulau Batu Putih dulu, kita diberi gambaran kemenangan akan berpihak kepada kita. Menteri Luar ketika itu Rais Yatim memberi keyakinan penuh yang perbicaraan dan keputusan mahkamah timbang tara dunia itu menyelesakan kita. Alih-alih pulau Batu Putih yang kita kuasa sejak zaman penjajah akhir menjadi milik Singapura. Kesalaha kuita seidkit saja, kerana kita mengabaikan penjagaan dan pengawalan hak milik ke atas pulau berkenaan. Maklumlah orang banyak tanah katakan!
Rais terus berdendang menyedapkan hati sendiri kita mendapat sebuah lagi pulau. Walhal pulau yang kita dapat itu hanya hampas tebu saja, tidak semacam pulau Batu Putih.
Begitu juga mengenai pemberian blik M dan blok L kawasan gas dan minyak kepada Brunei. Semasa perundingan untuk menyerahkan kedua blok itu kita diberikan gambaran yang menguntungkan kita. Walhasilnya selepas kedua blok itu masuk dalam tangan orang baru kita menyedari penyerahan itu tidak menguntungkan kita.
Jadi kita tidak mahu dengar cerita sama mengenai penyerahan tanah KTMB kepada Singapura itu. Jangan pula selepas ini selepas siasatan dibuat, penyerahan alias pertukaran itu rupa-rupanya rugi di sebelah kita untungnya di sebelah orang lain.
Mengenai kenyataan Ghani Othman itu saya tidak yakin ia menguntungkan kita, maksudnya untung lebih besar dari Singapura. Pada saya Singapura selamanya lebih cerdik daripada kita. Sebagai buktikan Singapura dulu berada dalam Persekutuan Tanah Melayu. Tetapi kerana kecerdikan politik Lee Kuan Yew akhirnya Singapura meninggalkan Malaysia. Saya tidak tahu apakah tindakan menyerahkan Singapura itu kita mendapat manfaat setimpal dengan harga sebuah pulau bernama Temasik itu?
Dan paling menyesalkan sekrianya kejayaan menyelesaikan isu tanah KTMB dengan Singapura ini yang untungnya nanti bukan negara tetapi individu-individu tertentu yang menjadi brokernya. [wm.kl. 4:45 pm 16/05/10]
6 comments:
Salam Tuan Hj MSO,
Saya berpendapat kejayaan terbesar Singapura dalam isu perpindahan KTMB Tanjung Pagar ini adalah kejayaan memansuhkan sama sekali pemilikan atas nama atau sinonim "Tanah Melayu" di bumi Temasik. Bermakna tiada lagi bumi Tanah Melayu di sana.
Apakah pihak kerajaan Malaysia telah melakukan kaji selidik terlebih dahulu keuntungan untuk tempoh jangka masa panjang dengan menerima pertukaran Marina South dan Rochor Ophir dengan mengadaikan "Tanah Melayu" kepunyaan KTMB? Sebaik-baiknya sebelum keputusan di buat, kaji selidik ke atas potensi Marina South dan Rochor Ophir di buat agar nanti Malaysia tidak berputih mata kelak.
Belajarlah dari sejarah, kerana kesan sejarah itu akan memberikan kita gambaran dan sempadan untuk merencana kemungkinan akan datang. Potensi untuk "Tanah Melayu" KTMB Tanjung Pagar dimajukan rasanya lebih besar berbanding memiliki tanah di Marina South dan Rochor Ophir. Itulah nilai sejarah dan tanda warisan yang bersisa membuktikan Melayu masih mempunyai "Tanah Melayu" di bumi yang dahulunya dikenali Temasik.
Wasalam.
Tuan MSO
Malaysia sentiasa dipermainkan oleh Singapura. Setahu saya Malaysia tidak pernah untung apabila Singapura membuat keputusan.
Malaysia mendongak pun terantuk tunduk pun terantuk.
Singapura seperti peniaga monopoli dengan Malaysia hendak beli,belilah tak nak kau carilah kedai lain.
Pemimpin Malaysia hanya mampu nyanyi-nyanyi kecil bagi melayan perasaan yang kecewa dan mendendangkan lagu melayu lama versi baru.
Ketika ini Malaysia mentimun dan Singapura pisaunya.Singapura gajah,dan Malaysia batang pisangnya.
anzam2009
Begitulah akhirnya..setiap kali PM bertukar pasti ada penyerahan yg merugikan kita.Sebaliknya pihak bertentangan yg untung besar.Mana pergi kecerdikan pemimpin kita?Apa yg jelas kelihatan cerdik ialah bila menawarkan 'gula2' kepada rakyat dalam setiap PRK dan PRU.Itu mereka mmg bijak sbb bukan duit mak bapak mereka...
Satu persatu harta dan khazanah negara tergadai dan diberi percuma atas alasan kecil dan bersifat teknikal semata-mata.Pemimpin terlalu leka dibuai kuasa dan kemewahan tanpa sedar bumi Malaysia ini sedikit demi sedikit 'dikutis' org...sedar2 semuanya sudah menjadi 'bubur' semuanya menjadi hak org lain.Bila la pemimpin negara nak bangkit pertahankan maruah dan hak negara..bertegas dan sanggup berperang demi hak negara tercinta.Nampaknya harapkan pemimpin, pemimpin yg gadaikan negara...
dolloh badwi jelas pengkhianat negara. zaman dia yg paling banyak pembaziran dan penyerahan kedaulatan negara.
pulau batu putih masuk icj adalah wayang semata. nak serah buta-buta macam tu nampak sangat peel huduh serta bodohnya. masuk la ICJ dengan 2-3 bukti-bukti penting hilang atau di tiadakan. mana nak menang kalau niat nak kasik...
padahnya...semua rakyat kena diperbodohkan... apa nak buat...rakyat malaysia lah yg paling berjurus dan bersopan santun.. buat la apa pun... blok L/M dah digadai... (ada tahik disebalik jubur dolloh)...Iskandar Malaysia pun 1 hal..
najisb penerus agenda dolloh...mungkin repor hantutoya, intelligent serah padao dolloh dan anak hantu nya...si gadai tg pagar diganti dgn tanah sekankang kera... tempatyg bakal menjadi pusat judi termaju di dunia... akan dibangun secara JV dgn spura..hahahaha... atas darat pun kita nampak sapa yg untung besauu..
1 hal lg..tol kedua negara dikurangkan... lori2 kargo dan kontena akan bertali arus masuk spura la pasni utk ke port spura.. and ship owner dan fowarding agent akan pakai port spura aje la... lama-lama pasir gudang port akan mampus...PTP menyusul kemudian...
patut la terkenal 1 dunia... BANGSA MELAYU BANGSA PALING BODOH DI DUNIA.... BODOH SEBAB MENGEKALKAN PARTI DUNGU MEMERINTAH MALAYSIA.... OTAK ORANG MELAYU DISUAPKAN DENGAN KESIBUKAN CARI DUIT... TAPI MAIN LAMA MAKIN PAPA KEDANA.
Strategi S'pura amat licik serta xmampu dibaca oleh PM 1M'sia yg sblm ini trlalu bijak utk menjahanamkn karier politik Anwar dan PR, tanpa mrk sedari pujian yg melangit yg diberikn oleh Obama dan Lee Hsien Long adalah utk memastikan agar M'sia tumbang serta akur dgn arahan mrk... mrk lupa bhw S'pura mempunyai barisan pemikir2 strategi yg diacu direkrut brdasarkn teori2 strategi Israel, cthnya penasihat prtahanan dinegara trsebut adalah dr Israel.
Perlu diingat jg bhw S'pura tetap mengganggap M'sia sbg ancaman utama bg mrk...
itulah nasib KTMB bawah apco daripada
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB)
menjadi
Kuda, Toto, Magnum, Bola (KTMB).
nasib malang melayu berterusan bila wujudnya NKRA ( Najib Kerja Rosmah Arah).
Post a Comment